Tuesday, September 8, 2009

Realiti Hidup: secebis kisah

Ahad baru ni saya balik ke kampung asal saya di Baling sana. Bukannya apa, rasa bersalah sangat dok tengok kain baju terpakai yang Cikgu Ayub dok kutip kat sekolah dia, dan yang Cikgu Ramlan dok hantaq mai tu makin dok berlonggok kat rumah saya ini. Saya terasa macam "tuan-tuan" punya baju tu dok gamit saya suruh hantaq baju-baju tu pi kat depa.

Betoilah telahan saya, bila sampai saja di kampung saya tu, bila bawa turun kain baju tu kat rumah Puan Sadariah (yg pulang ke kampung menetap di rumah pusaka arwah org tuanya menjaga abang dan adik OKU serta anaknya yg juga OKU - dan beliau sendiri diuji dengan tidak lagi mampu mengandung setelah kelahiran anak OKUnya ini, dan suaminya pula dot dot dot), rupa-rupanya Puan Sadariah dan jiran-jirannya memang ternanti-nantikan kedatangan atau pun kepulangan saya.



Kata Puan Sadariah:

"Ha, baru dua tiga hari lepas ada depa (jiran-jiran) dok mai tanya, tak ada ke lagi baju-baju baru?" - (maksudnya bekalan baju terpakai yg terbaru, last sekali saya bawa balik entah beberapa bulan lepas)

Pn Sadariah jawab:

"Entahlah, rasanya dalam sehari dua ini Munir bawa balik kot"

Jadi, depa memang dok expect saya balik, dan alhamdulillah Ahad baru ni saya bawa balik sedikit sumbangan kain baju terpakai hasil usaha Cikgu Ayub dan Cikgu Ramlan, jiran setaman saya itu. Depa memang excited sungguh, tak dan apa-apa lagi saya dengar Pn Sadariah dok keloi (panggil) Kak Tikah jiran sebelah rumah tepi pokok rumbia itu dan juga Makda Gayah serta Tok Esah jiran sebelah rumah. Turut berada di rumah itu ialah Kak Nah yg saya kenal sejak kecik lagi.

Terus depa mai, dan pakat dok bey-dak (agih-agihkan) kain baju itu.

Kata Kak Nah:

"Ha, hat ini besaq sangat, tak muat kita-kita ni, lipat elok-elok nanti kita bawa pi kat rumah Kak Piah, saiz ni sesuai untuk dia"

Tu dia - depa bukan tamak dok kutip untuk depa saja, tapi jiran yg senasib dengan depa pun depa ingat jugak.

Cuba lihat gambar-gambar di bawah ini, rasa terharu dan teruja saya bila tengok depa ceria sungguh dok bukak kain baju itu kotak demi kotak. Sesekali depa ketawa riuh rendah bila jumpa kain baju dan tudung yg pelik-pelik, ada satu tudung tu macam tudung bollywood siap ada manik berkilat-kilat kat depan dahi, riuh rendah depa pakat dok buat lawak.




Saya lihat Kak Tikah (dgn dua org anak kecik yg ikut bersama - dia ada 7 atau lapan org anak kecik kecik kalau tak silap) sedikit ralat sebab kain baju yg cikgu ayub dan cikgu ramlan bagi tak ada untuk anak-anak kecik. Kak Tikah kalau boleh nak sangat seluar baju itu untuk dijadikan baju raya untuk anak-anak dia.




Tok Esah dan anaknya Makda Gayah pula dok pulun cari tudung. Ada satu tudung tu, Makda Gayah kata beli kat org Patani yg masuk jual kat kg tu mau dekat RM27, ini free sapa tak mau.
Cuba tengok gambar Tok Esah dok try tudung-tudung ini, nampak ceria sungguh depa-depa ini. Buat seketika dapatlah lupa lupakan sekejap hujan gerimis yg menghalang depa drpd keluar menoreh hari itu.


Yang paling banyak cakap, pot pet pot pet tak berenti-renti mestilah tuan rumah, iaitu Pn Sadariah, sambil dok lipat kain baju untuk diagih-agihkan kpd jiran-jiran yg lain, sambil dia dok sembang macam-macam. Antara yg saya ingat, Pn Sadariah kata:




"Hang tau Munir, depa-depa ini (org kampung) kalau ada DUIT - yang penting ialah nak beli MAKAN - kain baju tak penting, tak beli pun tat pa!"

Tu dia, termangu saya buat seketika, rasa bersalah pun ada rasa serba salah pun ada. Sebabnya, saya adalah anak jati kampung itu, waktu saya nak pi Amerika dulu, waktu buat kenduri turun tangga (kenduri kesyukuran) di kampung itu hari tu, arwah ayah dan arwah mak Pn Sadariah inilah antara yg paling kelam kabut dengan majlis kenduri itu. Waktu nak ke KL, nak naik kapalterbang pi Amerika, saya masih ingat lagi org-org kampung (kebanyakannya dah arwah dah) depa pakat mai hulur singgit dua kat saya - sampai la ni saya tak akan lupa.

Saya berasa salah sangat-sangat sebab di kala saya sekarang ini boleh dikatakan hidup dalam serba kemewahan (duduk rumah Banglo, pakai Triton, ada maid dll) tapi anak-anak arwah yg pernah membantu saya sewaktu kecil dahulu, anak-anak mereka di kampung saya itu masih hidup dalam serba kekurangan; nak beli kain baju pun terpaksa utamakan makan minum dahulu. Saya saya sedih sangat.

Saya mungkin tak mampu nak bantu mereka semua sekali, tetapi saya rasa kalau dengan sedikit sumbangan kain baju itu mampu menceriakan mereka, maka itu pun sudah memadai.

Lihatlah gambar Kak Nah di bawah ini; waktu saya sampai tu Kak Nah macam juga tipikal wanita-wanita di kg saya, sesama adik beradik tidak bertudung, bila keluar rumah atau pun ke mana-mana baru nak pakai tudung.

Belek pi belek mai, Kak Nah terjumpa sehelai tudung yg dia berkenan, terus Kak Nah try tudung itu. Tu dia, nampak ayu sungguh Kak Nah dengan tudung ni, kalah janda ustaz rock yg glamor itu. Kata dua pupu Kak Nah, abang Taufik yg ada sekali kat situ:

"Tu dia Kak Nah - kalah Minah Patani kat kedai Tom Yam!!"

Kak Nah tersenyum malu.




Kak Nah cumalah seorang Surirumah dan Penoreh Getah sepenuh masa; walaupun tanpa mekap tapi wajah Kak Nah memang ada gaya seorang model. Mungkin itulah antara kelebihan org-org kampung seperti Kak Nah, mereka tidak perlu habiskan beratus-ratus ringgit sebulan beli mekap untuk bagi nampak lawa. Hanya dengan sentiasa ceria dan bersyukur dengan apa yg ada, itu sudah cukup buat mereka.

Bagi sesetengah org, kain baju dan tudung-tudung yg menjadi rebutan Pn Sadariah, Makda Gayah, Tok Esah dan juga Kak Nah itu mungkin agak segan untuk dipakai sebab sudah out dated fesyen nya, tapi bagi Kak Nah dan jiran-jiran, di kampung ini tidak ada istilah "out-dated" buat mereka. Apa-apa saja pakaian yg dihulurkan, mereka terima dengan tangan terbuka dan penuh kesyukuran.

Cumanya, mcm kata Kak Tikah dan juga Pn Sadariah:

"Kalau boleh dapat pakaian budak-budak, elok sangatlah - boleh buat baju RAYA!!"

So, siapa-siapa yg ada baju-baju budak dan juga pakaian lelaki dewasa, bolehlah hulur pi kat depa, insyaallah depa akan appreciate dan menghargainya sangat-sangat.

Sekian.

Moga ada manafaatnya.
moniermatdin@yahoo.com
9.9.09
http://www.moniermatdin.blogspot.com

1 comment:

yohteh said...
This comment has been removed by the author.