Tuesday, August 31, 2010

Jln-Jln Bulan Puasa: Ramadhan 2010

Weekend baru-baru ini, 29 August 2010, sekali lagi Team NGO Wargakilang diberi peluang, kelapangan dan kesempatan untuk meneruskan program jln-jln masuk kampung sempena bulan Ramadhan kali ini. Dua tiga malam sebelum itu, waktu meeting sesama kami, dok risau jugak sebab tak pasti berapa kereta nak turun mai, ya lah semuanya main pakai tulis dalam blog dan email saja, memang no idea langsung macam mana sambutannya.


Bila pagi tu, tengok yg turun mai sampai 18 buah kereta, kalutlah juga rasanya. Tapi, macam saya cakap kat Aznee (Intel) dan Wahab (Venture), biaq pi lah, kita serah semua kat Tuhan. Insyaallah sebab tujuan kita baik, insyaallah ALLAH akan permudahkan.


Saya tak mau tulis panjang-panjang kisah jln-jln masuk kg kali ini, sebab di zaman Blog dan Facebook ini, belum pun kita se sempat sampai balik ke rumah, kawan-kawan yg lain yg turut serta, ada yg dah catat dan rakam semuanya dlm Facebook dan blog masing-masing. Kalau nak baca versi kawan-kawan yg turut serta tu, bolehlah try cek facebook Aznee (INTEL) dan Kamarul (INTEL) atau pun link ke blok Lukman (ex-Celestica) at:


http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/2010/08/jjmk-ramadhan-2010-29-ogos-2010.html
Yg saya nak tulis kat sini dua tiga perkara saja:


No satu, saya rasa bersyukur sangat-sangat sebab NGO Wargakilang yg asalnya diasaskan oleh dua orang saja, bermula dgn perjalanan kami berdua – saya (Monier) dan saudara Warikh (ex-Applied Magnetic, ex-Read Rite, ex-Fuji, dan ex-Komag ) pada tahun 2003 kalau x silap dalam misi jalan-jalan masuk kg di daerah kelahiran saya di Baling sana nu, hari ini alhamdulillah pada 29 Ogos baru-baru ini misalnya, lebih daripada 50 org turut serta dari berbagai kilang di seluruh kawasan Utara ini. Ikut buku log saya, yg turut hadir hari tu ada yg mai dari Jabil, Flextronic, Fuji, Myko, Venture, Escatec, Modenas, STEC, Silterra, Infineon, Lumiled, Intel dan ada ramai juga yang merupakan bekas pekerja kilang yg kini sudah pun berjaya dalam dunia bisness masing-masing. Terima kasih diucapkan.


Saya nak bagi special kredit kepada 3 buah kilang yg nampak memang aktif dan agresif sakan dalam agenda masuk kg membantu org-org susah ini; yang pertama ialah kilang INTEL yg diketuai oleh sdra Aznee dan Puan Azura yg membawa kontinjen yg paling ramai sekali, yg kedua team Jabil terutamanya sdra Satar yg jadi kereta last sekali macam Line Supervisor untuk jaga End of Line, yg ketiga team dari Flextronic, siap dengan T-shirt warna sama dengan nama kilang depa lagi; dan tak lupa juga kpd kwn-kwn dari kilang-kilang lain yg kebanyakannya tak kenai each other, tapi pada perjalanan 29 Aug ini, semuanya bergabung menjadi satu. Diharap kita akan mampu meneruskan aktiviti-aktiviti sebegini di masa-masa yg mendatang.


No dua, saya nak habag cerita ada satu benda baru yg kami temui dalam perjalanan kali ini, iaitu bab IC atau pun kad pengenalan. Atas kapasiti sebagai Pengurus Bahagian CSR (Tanggungjawab Koperat dan Sosial) di kilang tempat saya bekerja, saya telah diamanahkan oleh pihak kilang untuk memberi sumbangan sedikit jumlah cash kepada keluarga org susah ini, maka tiap kali saya sampaikan sampul berisi wang itu saya terpaksa meminta penerimanya sign surat pengesahan bukti terima beserta maklumat no IC masing-masing.


Masalahnya, boleh dikatakan hampir kesemua yg menerima sumbangan itu, bila ditanya no IC, semuanya tak ingat, jenuh nak kelebek (selongkaq) cari kat Almari buruk atau pun bawah tikaq mana-mana baru jumpa. Kalau sorang tak ingat tak apalah, ini hampir kesemua 11 orang tu semuanya tak ingat kecuali abang sorang tu yg lancar saja sebut IC dia, hat yg mula dgn A09xxxxx, IC zaman Tok Nadoq dulu tu. Bila tanya no IC baru tak ingat, jenuh kena pi cari dlm rumah baru jumpa.


Sembang pi sembang mai dengan kawan-kawan, rupa-rupanya di kawasan pedalaman macam ini, sekeping kad bernama IC itu tak ber-erti langsung buat depa. Depa perlu IC waktu nak menikah atau pun nak report mati saja, selain dari tu depa tak perlu IC rasanya.


Depa-depa ini tak macam kita di bandar yg IC ini amat penting sekali. Di bandar ini semua orang kena ingat no IC hatta anak-anak kita yg form 1 pun semuanya lancar kena hafal no IC masing-masing. Ya lah, kita ini nak beli (hutang) kereta kena tunjuk IC, nak buat lesen kereta kena bagi IC, nak hutang rumah kena ada IC, nak buat akaun bank kena bagi IC, hatta nak hutang along pun gerenti Along minta IC. Tapi, depa-depa kat ceruk ini, depa tak perlu risau pasal IC, depa tak perlu risau pasal nak fotostat IC pasal nak ingat no IC dan sebagainya sebab dalam dunia depa ini IC atau pun Kad Pengenalan Malaysia itu tak bererti apa-apa kepada mereka. Ianya hanyalah sekeping kad yg mungkin hanya penting bagi sesetengah pihak di musim pilihanraya, waktu-waktu lain tak penting langsung. Malang sungguh nasib mereka!


No-3, Untuk yang pertama kali melihat dengan kaca mata sendiri kemiskinan yang melata di hadapan mata ini, sedarlah bahawasana ini bukanlah lakunan pentas bangsawan tapi ianya adalah sebuah realiti kehidupan; tidak ada mana-mana pihak yang wajar dipersalahkan baik pihak kerajaan mahupun perkumpulan pembangkang. Apa yang berlaku adalah kesilapan dalam feedback system di peringkat bawah; pihak atasan tidak dikhabarkan oleh pihak yang dilantik di peringkat bawahan, maka inilah natijahnya.


Lalu, kita berharap di zaman blog, facebook dan twitter ini, mana-mana rakan yg punya access kepada media-media berkenaan, harap dapat dimanafaatkan sepenuhnya medium itu agar dengannya pihak atasan dapat dimaklumkan tentang isu kemiskinan ini. Tindakan seterusnya terserahlah kpd mereka.


Untuk yg tidak berpeluang mengikuti expedisi kita kali ini, saya cuma nak bagi lintas lansung melalui beberapa klip photo untuk perkongsian bersama:



Barang-barang diagih-agihkan mengikut senarai 11 keluarga yg telah disenaraikan.







Selepas taklimat, sdra Fazil (Lumileds) diminta melakukan doa selamat.







Konvoi 17 buah kereta (asal 18, sebuah rosak) bermula dari parking lot Kulim Hitech Park.







Kesemuanya 11 buah rumah dikunjungi, details boleh didapati di blog sdra Lukman.




Aktiviti bermula dari pagi berterusan hingga selepas zohor, waktu tengahari panas terik, semua pakat lari cari tempat teduh berasak-asak di bawah rumah org kampung yg kecik dan sempit itu.





Dalam perjalanan ke sebuah rumah di kawasan di mana hujung desa bertemu kaki hutan, kami melalui beberapa kawasan kebun getah, waktu tu hampir jam 12 tengahari (bulan puasa), seorang pakcik dlm perjalanan pulang dari menoreh, sorang sahabat tahan pakcik tu dan secara spontan hulurkan sekampit beras yang dibawanya. Terimakasih tidak terhingga pakcik tu.






Sampai sebuah kampung, tiba-tiba hujan turun, ramai yang memilih untuk tunggu dalam kereta. Sapa-sapa yang gagah keluar, dengar ceritanya balik malam tu tak boleh tidur demam selsema sampai ke pagi, ya lah baru tadi panas terik, kemudian hujan lebat dan lepas tu panas balik. Badan jenis dok biasa kerja dalam air-cond di kilang, mana nak tahan.




Anak-anak yg turut serta sedang belajar macam mana nak turun tangga kayu. Seorang sahabat bagitau dia ada terdengar bunyi "keriuuk!!" tanda ada papan/kayu patah tatkala kaum hawa yg ramai turut serta tu berasak-asak naik masuk ke dalam rumah. Orang dok habag dah!!



Gembira tak terkata Abang Kamarudin dengan sumbangan barangan makanan yg diberikan; dengan nada berbisik dia kata kat saya: “Selepas ini, kalau (ditakdirkan) seminggu tak boleh motong (menoreh) pun tak pa”. Bulan posa ni baru 5 hari dia boleh menoreh sebab cuaca tak menentu. Besarlah pahala sesiapa yang bagi sumbangan barangan itu.



Bergambar ramai di kg Tg Piring, Nami, Sik Kedah. Ramai anak-anak dan kaum Hawa, semuanya nampak ceria walaupun dalam keadaan berpuasa.




Terima kasih kpd sdra SATAR & Team JABIL sebab successfully jaga End of Line walau pun di awal-awal perjalanan, ada yg sesat jalan. Tengok time kat gambar tu, 12:30 tengahari tengah panas bulan posa, tapi pulun jugak. Moga ada balasannya yg menanti.





Akhir kata, SALAM AIDILFITRI dari pedalaman NAMI (bukan MIAMI), kalau ada masa mailah jengok saudara-saudara kita seperti keluarga En Rizuan dengan rumah kayu ber-awning-kan atap daun serdang seperti dalam gambar di bawah ini. Insyaallah mereka amat menghargainya.




Penutup: rumusan ringkas daripada perjalanan kami dimusim ramadhan kali ini hanyalah tiada lain bahawa kemiskinan memang ada di mana-mana, Allah SWT jadikan orang itu miskin sebagai Ujian untuk mereka; Allah nak tengok mereka tabah atau pun tidak menempuh ujian itu. Dan, dlm masa yg sama ianya juga adalah merupakan Ujian untuk kita semua; Allah SWT nak uji kita juga, nak tengok apa yang kita buat dengan kurniaan rezeki kita yang berlimpahan itu. Masing-masing ada bahagian Ujian masing-masing.

Justeru, marilah kita sama-sama melakukan kerja amal sementara sihat dan masih ada masa ini.

Sekian moga ada manafaatnya.
moniermatdin@yahoo.com
31.8.10

2 comments:

Unknown said...

salam sdr monier, million thanks for giving us opportunity to participate in this meaningful event. it was tiring and worth trip. everytime we handover donation items -> the doa from those underprivileged families make me speechless. may Allah swt bless you for your big heart!

mohd sidi said...

Terimakasih banyak Monier & pasukan. Semoga dirahmatiNya.