Saturday, October 30, 2010

CITA-CITA itu apa dia, Cikgu?


Kali ini nak bersembang bab education, bab pendidikan anak-anak kita sat.

Bukannya apa, seminggu dua ini dok nampak sekolah-sekolah dan ibu bapa - termasuklah orang yang menulis ini - dok kalut dengan musim peperiksaan; baru saja anak hat form 3 tu habis PMR, sekarang ini berdebar-debar pula dengan anak hat no 2 nak ambik SPM tak lama lagi.

Di celah-celah tu pulak, semalam Sabtu kalut dok hantar anak hat darjah 5 nak naik darjah 6 tahun depan pi Seminar Motivasi UPSR - satu kepala RM60, ada dua buas bas daripada sekolah rendah anak saya tu bertolak ke satu dewan seminar di Kulim Hitech.

Pikiaq-pikiaq sekali, boleh buat duit jugak tu, kalau satu kepala RM60, kalau satu sekolah 100 org dah RM6000, kalau 10 sekolah, fuh! banyak jugak tu.

Tapi, macam tu lah adanya; zaman la ni dunia berkisar tentang sekeping sijil yg dinamakan UPSR, PMR, SPM, STPM, Diploma, Ijazah, Master, PhD dan sebagainya. Semua orang jadi kalut disebabkan benda-benda ini. Semua orang sanggup berhabis duit bergolok gadai kerana nak anak-anak berjaya dan lulus cemerlang dalam peperiksaan-peperiksaan itu.

Di celah-celah tu pulak, kerajaan nak wajibkan subject sejarah jadi syarat lulus SPM; hah, maka nantinya untunglah sapa-sapa yg dok buka pusat-pusat tuition tu, boleh tambah satu lagi kelas khas khusus untuk subject sejarah.

Tak kisahlah subjek sejarah ka, sains ka apa ka; tapi yg dok nampaknya fenomena ibu bapa dan masyarakat berlumba-lumba nak bagi anak-anak depa score ini, yg ok nya ialah golongan yang kaya dan berada tak kisahlah hat duduk di kg ka atau di bandar. Tapi, bagi mereka-mereka yg kurang mampu, yg dok kerja motong getah jadi kuli di kebun orang, pekerja ladang dan juga golongan pekerja kilang yg tinggal menyewa di tmn-tmn, depa boleh tumpang tengok saja lah. Anak-anak depa cuma dok harap apa yg cikgu ajaq di sekolah saja, kalau nasib baik score 5A, maka 5A lah; kalau tidak ikut ja lah apa yg ada.

Sebab itu, bila ada sorang kawan lama, seorang guru sekolah rendah di sebuah kg di pedalaman Serdang yg terletak di sempadan Kedah/Perak, bila dia email saya dia habag kata di sekolah baru dia tu, kesian kat budak-budak kat situ, mcm tak kisah langsung bab-bab pendidikan dan masa depan ni;

Dia habag kata, bila dia tanya anak-anak murid dia tu apa CITA-CITA depa bila besaq nanti; ada sorang tu angkat tangan tanya:

"Cikgu, CITA-CITA itu menatang apa cikgu?"

Hah, sampai macam itu pun dok ada, di kala kita di kota-kota ini dok sembang pasal masa depan negara dengan project mega berbilion-bilon dollar, ada terperosok di suatu penjuru negara ada anak-anak bangsa yg masih tak mengerti apa itu istilahnya CITA-CITA. Mereka ini akan meneruskan kelansungan kerjaya ibu bapa mereka sebagai penoreh getah atau pun pekerja ladang di estet-estet kelapa sawit yg luas semedang di luar pagar sekolah mereka itu.

Sebab itu, dua tiga hari lepas, menggunakan nama saya sebagai bekas Presiden Mahaisiswa/i Malaysia, University of the Pacific, Stockton California; saya turun sendiri pi sekolah depa tu, pi bagi ceramah motivasi FOC pi habag kat depa kepentingan dan mustahaknya pelajaran untuk masa depan dan juga sedikit tips dan petua macam mana nak berjaya dalam pelajaran, agar dengannya mereka juga akan dapat menjadi seperti saya yg alhamdulillah sekitar 30 tahun dulu duduk di rumah berdinding buluh di kg di pedalaman Baling sana, hari ini sudah mampu keluar daripada orbit kemiskinan itu.


Moga ada yg terbuka hatinya untuk mengikuti jejak langkah saya ini.

Dan, berkesempatan di sini, kalau ada cikgu-cikgu sekolah kat Kedah ini nak jemput saya (dan juga rakan-rakan dari NGO Wargakilang.com), dipersilakan. Jangan bagi duit, sebab kami buat ini semua FOC, lillah hi taala demi anak-anak kita.
Saya tulis ini bukan nak menunjuk/riak atau apa, tapi betoi-betoi nak habag kata - di zaman ibu bapa dan masyarakat berlumba-lumba nak anak-anak depa score periksa ini, ada anak-anak bangsa kita yang terpinggir sebab mereka tak mampu hadir tuition atau pun dibelikan buku-buku rujukan seperti anak-anak kita; maka jadinya, elok benar kalau sapa-sapa yg ada masa dan punya daya itu, mailah kita sendiri turun ke sekolah-sekolah membantu anak-anak kita ini.
(Disertakan di sini gambar budak-budak di sek yg sebut ini, dan juga gambar sorang adik yg stokin berlubang sana sini - moga diberi keinsafan buat kita semua).


Sekian.
moniermatdin@yahoo.com
http://www.moniermatdin.blogspot.com/
31 Oct 2010

2 comments:

Unknown said...

may Allah swt bless you. Amin.

next time nak buat program camni war2 kan lah...kami boleh turun padang sama. boleh praktik balik skill motivasi karat kat U dulu ;)

Hasfazilah said...

Salam En. Monier,
Jika ada lagi, sampaikan jugak ke sini (UiTM), kami nak juga turut serta