Thursday, May 3, 2012

JJMK Wargakilang: Hari Buruh 2012



Alhamdulillah, JJMK (Jln-Jln Masuk Kg) NGO Wargakilang pada cuti Hari Buruh 1 Mei 2012, dlm expedisi membantu masyarakat terpinggir di sekitar Penaga Penang dan Pulau Sayak, Kedah berjalan lancar.

Kesemua sekali ada lebih kurang 30 buah kenderaan kecil besar yang mengikuti expedisi JJMK Wargakilang kali ini.

Antara yang turut serta ialah Team dari Surau Kilang NAZA, Gurun Kedah yang turun mai dengan sebuah VAN sarat dengan brg2 sumbangan untuk 40 keluarga. Juga, sebuah Van dari kilang EUNOMEDICAL Sungai Petani turut memuatkan quantity barang dlm jumlah yang sama. Terima kasih juga kepada seorang individu, FB nickname Din Stongkol dari Sungai Petani, turun mai dengan dua buah kenderaan bersama sanak saudaranya membawa brg2 juga dlm jumlah yg lebih kurang sama.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada seorang Individu yang enggan dikenali, tak join sekali, tapi turun mai di tempat perhimpunan di parking lot Masjid Bertam, Kepala Batas ini bersama-sama dengan sebuah LORI sarat dengan brg2 untuk 40 keluarga. Juga sekalung penghargaan buat NGO PEMBELA, lengkap beruniform biru-putih yg dianggotai oleh sekumpulan anak-anak muda dari Sungai Petani, turun dengan 6 buah kereta/4WD bersama barang muatan, bersama-sama dengan seorang individu yang saya dengar dipanggil mereka sebagai “Ayah”, yg saya rasakan merupakan seseorang yang berpangkat AYAHANDA dalam perkumpulan mereka.

Selebihnya adalah sumbangan kawan-kawan dari berbagai buah kilang, syarikat, NGO dan org2 perseorangan; antaranya ialah dari kilang INTEL, Fuji, Fujimi, 1st Solar, Jabil, Venture, Seagate, Infineon, Celestica, Silverstone Taiping, dan lain-lain lagi yg x sempat saya catat. Semuanya mai dengan tujuan yg sama, nak buat kerja amal nak bantu anggota masyarakat yang memerlukan.

(Inilah longgokan brg-brg untuk 40 keluarga hasil sumbangan rakan-rakan yg tersebut di atas)

Di JJMK kali ini, kami di Wargakilang amat berbangga dengan penyertaan kaum wanita yang agak begitu ramai kali ini.

(Dalam perjalanan ke rumah Tok Tam di Penaga, Penang)


(Puan Wan dari Jabil, antara muka baru dlm JJMK WK menyampaikan sumbangan kpd seorang Nelayan di Penaga, Penang)



(Puan Huda yang datang jauh dari Putrajaya menyampaikan sumbangan kpd seorang Ibu Tunggal di Kg Pulau Sayak, Kedah)

Kami turut merasa bertuah kerana selain daripada penyertaan wakil-wakil surau daripada Surau kilang Fuji ,Jabil dan NAZA, kali ini kami turut menerima penyertaan daripada team UNION kilang Eunomedical Sungai Petani, Kedah yang diketuai sendiri oleh Ketua UNION mereka iaitu sdra Zainuddin.
(Sdra Zainudin menyampaikan sumbangan kpd seorang Warga Emas)

Moga sumbangan kita yg tak seberapa ini akan mampu menggembirakan hati para penerima.

Di sebuah kampong on the way ke Pantai Merdeka, Kedah pula, majlis penyerahan sumbangan berlangsung di bawah rumah org kg yang dikendalikan oleh Pak Mat, seorang Ketua kampong di situ. Lupa pula nak tanya Pak Mat ini MKK ka (PAS) atau pun JKKK (UMNO). Apa pun “KK” yg Pak Mat berjawat, kami berterima kasih banyak-banyak kpd Pak Mat di atas usaha beliau mengenal pasti org susah dan menganjurkan majlis yang ringkas dan simple ini – tanpa Khemah Kanopi, Pentas, Rostrum, Mikrofon mahu pun Sofa untuk VIP. Walaupun sumbangan kami ini hanyalah sedikit barangan keperluan sehari, tapi Pak Mat tak habis-habis ucapkan terima kasih terima kasih berulang kali.

(Majlis penyerahan sumbangan di bawah rumah org kampung)

Dalam ramai-ramai penerima yg kami kunjungi ini, Tok Tam di Penaga adalah yang paling gembira sekali. Dia kata Hari Raya pun orang tak mai rumah dia ramai macam ini!!

(Sdra Shukri EES, Timb YDP Wargakilang menyampaikan sumbangan utk Tok Tam)


(Tok Tam terharu dan mengalirkan air mata di atas kunjungan yg tidak disangka)

Ada juga rumah-rumah yg tidak sempat kami kunjungi kerana kesuntukan masa, salah seorang sahabat di Penaga tolong sampaikan barangan sumbangan tersebut kpd mereka.

(Che Tom, seorang Ibu Tunggal yg punya anak masih bersekolah dan Ibu yg uzur bersama barang-barang sumbangan yg diberi)

Dan, yang paling membekas di hati-hati kami antara semua ialah rumah adik Khairul di Pulau Sayak, Kedah. Usianya baru saja menjangkau 20 tahun, tapi terpaksa memikul tugas sebagai ketua keluarga, menjaga dan membesarkan adik-adiknya.

Ayahnya ada - serupa tiada, kadang-kadang ada kadang-kadang tiada, tapi di kebanyakan masa selalunya TIADA. Untuk mereka yg punya saudara di Pusat Pemulihan, mungkin boleh faham apa yg dimaksudkan. Ibunya dikatakan merajuk, membawa diri pulang ke kg asalnya di pedalaman Kedah; maka tinggalkan Khairul dibantu jiran-jiran dan org2 kg membesar dan menjaga adik-adiknya ini.

(Sdra Halim  mewakili semua sedang menyampaikan sumbangan kpd Khairul dan adik-adiknya).

Malang sekali, hanya sedikit barangan ini saja yang mampu kami beri. Kami bukanlah NGO besar atau pun pihak ber-otoriti yang punya tongkat sakti untuk mengubah takdir hidup anak-anak ini. Kami hanya mampu berdoa moga di suatu musim nanti, angin perubahan akan datang jua membawa Khairul dan adik-adiknya keluar dari kesempitan hidup mereka ini.

Sekian, kisah perjalanan JJMK NGO Wargakilang kali ini, semoga ada manafaat dan iktibarnya buat semua.

moniermatdin@yahoo.com
http://moniermatdin.blogspot.com/
3.5.2012

No comments: