Wednesday, November 21, 2012

Jln-Jln Masuk Kg: Wargakilang bersama ANSARA Kulim


Dalam banyak-banyak program Jln-Jln Masuk Kg yg pernah saya ikuti bersama-sama dgn rakan2 di NGO Wargakilang, yang terbaru pada tanggal 17 Nov lalu yg mungkin tak dapat saya lupakan.

Apa tidaknya, setelah hampir 10 tahun bergiat aktif dengan kerja amal melalui NGO Wargakilang, inilah pertama kalinya saya dijemput oleh pihak alumni ex-MRSM Kulim (ANSARAKU) yg mana saya sendiri adalah bekas pelajarnya, untuk membantu mereka menunjuk jalan dan bawa barang-barang sumbangan ke rumah org2 miskin di kawasan parlimen Kulim Bandar Bharu dan sekitar.

Dalam setiap siri ceramah motivasi yang saya dan team Motivasi NGO Wargakilang kendalikan (untuk budak-budak sekolah secara FOC), saya sering bercerita kisah saya sebagai anak org kg yang miskin dari pedalaman Baling, berjaya belajar hingga ke Amerika, alhamdulillah dengan bantuan biasiswa MARA melalui MRSM.

Kami tak pernah lupa tekankan bahawa PELAJARAN/EDUCATION adalah satu-satunya jalan keluar yang ada untuk mereka melompat keluar dari orbit kemiskinan.

Hari ini, bila saya lihat kawan-kawan dari ANSARAKU, rakan-rakan satu MRSM dengan saya yg kini rata-ratanya merupakan golongan cendiakawan dan org-org penting (VIP) di berbagai sektor dan bidang kerja berminat nak turut sama bersama kami di NGO Wargakilang dlm kerja-kerja kemasyarakatan dalam apa yang kami namakan sebagai “As a Payback to Society” ini, saya jadi teruja.

Depa-depa ini rata-ratanya org yang ADA-ADA (golongan berada) yang insyallah punya banyak wang tapi mungkin tak punya banyak masa untuk masuk kg tanggung beras macam kwn-kwn saya di NGO Wargakilang lakukan, memetik kata-kata Sdra Anuar Omar (Presiden ANSARAKU) sewaktu beliau mula-mula call saya ajak bincang nak buat project ANSARAKU-Wargakilang masuk kg ini, kata beliau:

“Monier, kami tang bab kutip duit nak bagi beras kat hang tu no problem, insyaallah ramai yang boleh bagi, tapi kalau kata nak tanggung beras masuk kg macam yang hangpa dok buat tu, hat tu kami tak mampu”

(Kami ingatkan dua tiga kampit beras saja depa nak bagi, tapi depa bawa mai satu lori, 6 Tan Beras, 6000 kg – ada Mat Salleh sorang dari UK ikut serta sebab nak ikut tengok kerjabuat NGO Wargakilang dari dekat)

(Antara rumah yg kami kunjungi ialah keluarga seorang Ibu Tinggal yang tabah – membesarkan 5 org anak-anaknya dengan pendapatan Upah Ikat Sayur/Ulam RM7 sehari. Boleh bayang sendiri macam mana teruknya keluarga ini nak survive)


(Tersenyum makcik ini menerima sumbangan dari ANSARAku melalui Sdra Kamal, ex-MRSM Kulim batch SPM 1986)

Kesemua sekali ada 40 keluarga yang terpilih untuk menerima sumbangan. Untuk menjimatkan masa kami kumpulkan beberapa keluarga sekaligus di pusat-pusat agihan yang ditetapkan.

(Sumbangan dibuat secara ringkas, tiada kusyen atau pun khemah tetamu disediakan)

Tuan rumah ini pun bukan org senang. Rumah ini dibina sedikit demi sedikit, masih tiada tingkap cermin nako atau pun dinding luar berplaster simen. Anak 4 lima orang tapi TV pun tak ada – sebab rumah tiada bekalan elektrik – macam manalah budak-budak ini habiskan masa waktu cuti sekolah ini tanpa TV di rumah. Kalau anak saya, ASTRO tergendala sebab hujan lebat pun boleh riuh satu rumah.

(Antara penerima sumbangan ialah seorang isteri yang mewakili suaminya yang sibuk bekerja – sebagai seorang peminta sedekah di kawasan sekitar)

Moga 40 kg beras sumbangan ANSARAku ini beserta sedikit barangan keperluan harian mampu meringankan beban Makcik ini - yang punyai 6 orang anak, di mana 2 orang adalah OKU.

(Antara 5 keluarga Penoreh Getah / Ibu Tunggal dari sebuah kampung yang dikunjungi)

Abang Jamil, baju biru muda kat depan tu cakap, sejak Raya Haji baru beberapa hari saja boleh menoreh sebab musim hujan, mereka berterimakasih sangat dengan sumbangan beras dan barangan keperluan harian yang diberi.

Turut kami kunjungi ialah sebuah rumah yang tak serupa rumah seperti dalam gambar di bawah;

(Rumah tikar getah)


(Sdra Anuar Ali, AJK ANSARAKU sedang menyampaikan sumbangan)

Dalam emailnya, saya ada terbaca Sdra Anuar cerita, dia cakap kat anak dia dari KL tu, bilik tidur anak dia lebih besar dari rumah Pakcik ini, anaknya patut bersyukur dengan apa yang ada.

Kami juga sempat singgah di rumah 6 orang anak-anak YATIM PIATU yang kehilangan ibu dan ayah dalam satu kemalangan jalan raya, yang sulung di TINGKATAN SATU.

(Presiden ANSARAKU, sdra Anuar Omar sedang menyampaikan sumbangan kpd anak-anak yatim piatu ini - yang lain tiada di rumah. Mereka kini tinggal bersama Nenek dan Bapa Saudara, yang hanya bekerja sebagai seorang JAGA)

Terima kasih ANSARAKU di atas sumbangan Beras dan Barang2 Makanan ini, insyaallah ianya banyak membantu.

Perjalanan ke rumah yang terakhir yg jauh ke dalam agak mencabar.

(Yang bawa kereta lawa-lawa dari KL kami nasihatkan tinggal kat jalan besar, tumpang kereta kami masuk ke dalam)



(Seronok sungguh anak-anak depa ni dapat naik 4WD saya, no wonder lah sebelum nak balik tu ada sahabat dari KL mai habag kata “Thank You Monier for the very good outing today”)

Outing tak outing, sengaja kami bawa kawan-kawan dari ANSARAKU mai rumah Encik Razi yang jauh ke dalam ini kerana kami ada hajat, nak minta tolong depa sikit.


(Abang Razi dalam gambar ini yg uzur kena gout/sakit kaki merayu sangat-sangat kalau boleh minta tolong bagi 3 orang anak-anaknya bersekolah semula)

Kami pun tak pasti apa cerita sebenarnya, tapi yang pastinya yang kami dimaklumkan yang ketiga-tiga orang anak beliau di Kg Sungai Pasir, Kulim yang bersekolah di Sek Mek Keb Mahang, Kulim Kedah telah dibuang sekolah kerana ponteng.

Ikut cerita Abang Razi, perjalanan takdir mentakdirkan anak-anaknya ini jatuh sakit 3 orang bergilir-gilir, seorang itu sakit mulut/gigi teruk sampai bengkak-bengkak, tak dapat pi sekolah. Bila yang itu sembuh, anak no-2 pula sakit kaki tak mampu nak pi sekolah. Abang Razi sendiri kami boleh lihat dalam keuzuran berjalan pun mengheret kaki dan terhincut-hincut, dan tak mampu nak bawa motor pi sekolah nak maklumkan hujung pangkal. Saya tak pasti sama ada pihak-pihak berkenaan ada masuk sendiri ke kg ini nak cek tengok keadaan sebenar keluarga ini.

Apa-apa pun, pihak Sekolah mungkin punya rules & regulation yang tersendiri, namun seperti yang saya tulis di awal cerita tadi, PELAJARAN/EDUCATION adalah satu-satunya cara untuk anak-anak ini melompat keluar dari orbit kemiskinan yang berlegar di sekeliling mereka ini. Tanpa pelajaran, tanpa SPM apalah yang mampu mereka lakukan nanti – di kilang2 yang kami dok kerja ini, nak masuk kerja Operator pun minimum kena ada SPM.

Kami di NGO Wargakilang berharap sangat agar pihak ANSARAKU ataupun ANSARA Pusat dapat membantu.


(Kami di NGO Wargakilang hanya mampu tolong tanggung beras masuk kampung, tapi kami tak punya kepakaran nak mengubah masa depan anak-anak bangsa yang terkandas kerana tercicir dalam pelajaran)

Terima kasih kpd semua yang menjayakan expedisi masuk kampung membantu anak-anak bangsa ini, khususnya kpd rakan-rakan dari NGO Wargakilang, pihak ANSARAKU dan juga team Marshal dari kumpulan Motor NEC.

moniermatdin@yahoo.com
21.11.12
http://www.moniermatdin.blogspot.com
http://www.facebook/wargakilang

3 comments:

KANG LATEP said...

tahniah ats khidmat masyarakat..semoga ramai beroleh manfaat...

Unknown said...

Tahniah...menarik

Siti Adora binti Rahtimin said...

saya menangis membaca post2 tuan..... sedih mengenangkan nasib org2 susah yg tuan kunjungi. dulu saya pon susah wlupon tak sesusah mereka. pernah juga terputus bekalan beras, pnjm beras dr jiran.... makan nasi dengan gula pon saya da rasa... cuma alhamdulillah sy tggl di felda, jd susah mcmmane pon tidak la sesusah org2 susah lain yg tggl dirumah yg tak berupa rumah.... ya Allah mmg sedih........ semoga Allah meringankan kesusahan mereka, tabahkan hati mereka..... semoga ramai lagi yg berhati mulia seperti tuan diberi kelapangan dan kesihatan utk tersu berbakti... terima kasih sy ucapkan.....