Monday, January 14, 2013

Sebuah Rumah Kayu di Kuala Temin


Dalam banyak-banyak keluarga yang pernah kami singgah dalam siri Jln-Jln Masuk Kg (JJMK) NGO Wargakilang, rumah Pak Mud di pedalaman Kuala Temin, Jeneri Sik Kedah adalah antara  rumah yang tak dapat saya lupakan.

(Rumah tradisional Melayu yang jarang-jarang kita temui)

Mungkin kerana itu, sewaktu berkunjung ke rumah beliau dalam riki kami mencari keluarga miskin untuk dimasukkan ke dalam database senarai penerima bantuan, saya insist kepada seorang sahabat minta dirakamkan gambar saya di tangga rumahnya ini.

(Gambar ini amat nostalgia buat saya kerana ianya mengingatkan saya kepada rumah-rumah lama di kg sewaktu kecil dahulu yang punya bentuk tangga simen yang serupa)

(Bukan saja tangga, tetapi telaga ini juga mampu mengembalikan nostalgia lama sewaktu di desa)

(Bahagian dapur, pandangan dari belakang rumah Pak Mud)

(Dapur kayu di ruang dapur berlantai buluh - rasa macam tak masuk akal masih ada lagi keluarga yang menggunakan dapur kayu yang sedemikian rupa)

Kerana itulah, kami sengaja menjadikan rumah Pak Mud sebagai Center atau pun Pusat Agihan untuk Pak Mud dan juga 5 keluarga yang berdekatan sewaktu majlis agihan bantuan JJMK Wargakilang di bulan Ramadhan  yang lalu.

(Bangsal buluh dan tanah lapang di hadapan rumah Pak Mud dijadikan tempat sumbangan)


(Sebahagian daripada ratusan peserta konvoi JJMK yang hadir)


(Pak Mud, berkain pelikat, begitu teruja melihatkan ramainya yang hadir dan jumlah sumbangan yang tak disangka-sangka)

(Kaum Ibu dan Anak-Anak mengambil kesempatan berlindung di bawah rumah daripada terik mentari di siang hari bulan puasa)

Dan, antara yang tak dapat saya lupakan, di akhir majlis Pak Mud minta microfon kat saya, minta izin nak cakap sikit. Pak Mud kata dia ingin ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang hadir. Dia cakap, dia tak tau nak kata apa, cuma nak habag kata terima kasih banyak-banyak di atas sumbangan yg diberikan itu.

(Pak Mud sedang berucap)

Saya dengar Pak Mud kata:

“Selepas ini, kalau siapa-siapa yang terlajak lalu sebelah sini, MAI LAH SINGGAH RUMAH saya ini, insyaallah semuanya dipersilakan!!”

Mewakili semua, saya jawab balik:

“INSYAALLAH”

Itulah last sekali saya sampai rumah Pak Mud, sehinggalah saya dapat distress call dari seorang sahabat baru-baru ini mohon bantuan, sahabat itu kata:

“Rumah Pak Mud hat kita pi JJMK bulan puasa hari itu dah PUNAH – HANGUS TERBAKAR dalam kebakaran!!”

Malang pula buat Pak Mud, dia dah tak boleh dapat bantuan mana-mana sebab rumah PPRT bersebelahan yang dihuni oleh anak pompuannya (ibu tunggal) bersama cucu-cucu Pak Mud adalah dibawah nama Pak Mud, maka sukar bagi Pak Mud untuk mendapat bantuan baru.

(Pak Mud dan Isteri di atas tapak rumahnya yang hangus terbakar)

Kami di Wargakilang berminat sangat untuk membantu Pak Mud mendapatkan rumahnya yang baru, terutama untuk anak beliau OKU yang kini tinggal menumpang bersesak-sesak di rumah PPRT sempit rumah anak pompuannya itu, tapi masalahnya kami di Wargakilang berprinsip tidak menerima sumbangan kewangan atas nama Wargakilang, cuma sekadar tukang tunjuk jalan dan tolong mengwar-warkan keluarga yang perlukan bantuan.

Alhamdulillah, berkat keikhlasan kawan-kawan di Wargakilang ingin membantu agaknya, kami menerima maklumat bahawa team Surau Kilang NAZA Gurun, Kedah bersedia menjadi coordinator untuk projek pembinaan rumah baru Pak Mud ini.

(Ustaz Ku berkopiah putih, Setiausaha Surau Kilang NAZA bersedia menjadi coordinator)

Bagi pihak NGO Wargakilang, kami amat berterima kasih dan menghargai kesudian pihak Surau kilang NAZA untuk mengetuai projek membina semula rumah Pak Mud ini. Moga ada kebaikan buat semua.


(Gambar kenangan Pak Mud dan Isteri di tangga simen rumah lamanya – kini hanya tinggal kenang-kenangan)

Kita mungkin tidak mampu memberi Pak Mud, isteri dan anak OKU nya itu sebuah rumah kayu bertangga simen yang serupa, tetapi sebarang bentuk rumah yang mampu kita dirikan di atas runtuhan rumah lama ini tentunya amat ber-erti buat mereka.

Kepada kawan-kawan yang berminat bolehlah membuat sumbangan direct kepada Team Ustaz Ku melalui akaun no yang berikut.

No Akaun: 0218-0000013-10-4 CIMB Islamic
Nama Akaun: “JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SURAU’
Koordinator: Us Hj. Ku Md Ali Hj. Ku Ramli ( S.Usaha Surau ) Tel 019-4581849

Sebarang sumbangan, sila SMS sdra Wahab at 019-4700759 sebagai coordinator bagi pihak NGO Wargakilang. Di atas sumbangan ikhlas yang diberikan, hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya.

Semoga usaha kecil kita mewujudkan sebuah tempat berlindung buat kerluarga ini akan diganjarkan dengan perlindungan yang berkekalan buat kita semua di SANA kelak, di hari yang tiada apa yang mampu melindung kita, melainkan kerja buat kita yang baik di DUNIA ini. Mudah-mudahan.

Terima Kasih.

moniermatdin@yahoo.com
15.1.13
http://www.moniermatdin.blogspot.com
http://www.facebook.com/wargakilang

2 comments:

Unknown said...

Semoga Allah membarkati usaha baik sdra. dan sahabat2. Barakallahu feekum. Teruskan perjuangan sdra2

insan biasa said...

DENGAR KATA TABUNG UTK PEMBINAAN RUMAH BARU PAK MUD NI DAH LEBIH DRP CUKUP. KHABARNYA PEMBINAAN RUMAH BARU ININ AKAN BERMULA SELEPAS PRU-13. SO RAMAI YG MENYUMBANG KE TABUNG NI INGIN TAHU STATUS PEMBINAAN RUMAH PAKMUD NI DAH BERMULA KE BELUM... DAH FEW MONTH AFTR PRU-13 DAH.