Tuesday, July 30, 2013

WARGAKILANG: Baju Raya Untuk Orang Kampung


Hari jumaat mlm sabtu lepas, bersama-sama dengan rakan2 di NGO Wargakilang, kami hantar balik ke kampung halaman saya di Baling, Kedah kain baju terpakai, hampir satu lori banyaknya. Kami agih-agihkan kpd beberapa center, salah satu centernya ialah di rumah sepupu saya, yang agak luas ruang legar tepinya sebagai pusat agihan di kampung itu dan juga untuk kampung-kampung sekitar.

Sabtu esok harinya itu saya sibuk dengan program Jln-Jln Masuk Kg NGO Wargakilang di sempadan Kulim/Baling, tak sempat nak balik jengok proses agihan kain baju hari itu. Esok harinya, hari Ahad saya balik tengok sat, tu dia haih meriah sungguh depa pakat duk “shopping” beli baju raya.

Saya turut dimaklumkan oleh sepupu saya bahawa hari Sabtu semalamnya pun, berpusu-pusu orang kampung datang mai pilih kain baju tu – depa nak buat BAJU RAYA!

 (Seronok melihat meriahnya orang-orang kampung duk pilih BAJU RAYA)

 (Kaum pompuan di dalam, orang lelaki pilih kat luar)

(Walaupun nampak macam kain baju ini berselerak lintang pukang, tapi semua yang hadir sudah dimaklumkan, dah habis pilih, yang mana tak nak, nanti lipat dan susun elok-elok untuk orang lain pilih pula)

(Kak Tekah dan Kak Timah sedang mencari baju yang sesuai dengan mereka)

(Tok Timah yang pernah saya tulis dlm Facebook, kerap makan Moi (Bubur Nasi saja) sebab sering keputusan BERAS – hari ini Tok Timah dapat tudung dan baju baru, tapi kesian kat Tok Timah sebab sejak dari pagi tadi lagi duk kelebek cari , tak jumpa-jumpa lagi kain yang satu suit dengan baju yang dia pakai)

Dlm ramai-ramai, saya diberitahu Tok Timah yang paling beruntung sekali – semua orang jealous kat dia sebab antara semua itu, dia seorang saja yang dapat kain tuala, besar dan GEBU yang bertulis TLDM. Depa kata kalaulah depa pun jumpa tuala macam itu, seronoknya!

 (Harun yang OKU jalan mengensot, seronok tak sangga dapat dua tiga helai BAJU RAYA)

 (Makcik ini, saya lupa pula apa nama sedang asyik menggeledah cari baju budak2 untuk anaknya)

(Kat bahagian Pakaian Lelaki, depa pakat duk belek tak habis lagi cari saiz yang bersesuaian)

(Dalam ramai-ramai saya perhatikan Makcik Chah yang paling khusyuk sekali, minat sungguh dia dengan tudung, dia belek sehelai sehelai, last-last dapat satu beg)

(Abang Man Tekah dah dapat dua bundle baju untuk keluarganya, nak bawa balik dulu nanti mai lain; sementara Pakcik Manan kat depan tu duk pilih baju tak habis-habis lagi)

(Pak Long Man dah dapat seluar yang sesuai dengan size dia)

(Abang Man Tekah dah mai balik, kali ini dia dapat baju batik YB lah pulak)

(Abang Man Tekah bawa balik bundle terakhir untuk keluarganya – tapi rasanya esok dia mai lain)

(Puan Rubiah dapat sehelai tudung yang dia minat)

 (Puan Rubiah sedang mencuba try tudung baru ini)


Saya terdengar Puan Rubiah cakap, “Ha, ini baru masuk!!”

Memang masuk pun, saya kata kat sepupu saya, pakai tudung macam itu Pn Rubiah nampak macam Ustazah. Sepupu saya cakap, memang dia Ustazah pun – bekas Ustazah KAFA. Patutlah dia berkenan sangat dengan tudung labuh itu.

Meringkaskan cerita, memang meriah sungguh lah adik beradik saya, jiran-jiran dan org-org kampung duk “shopping” baju raya yang kawan-kawan kirim itu. Saya dengar cerita, bukan orang kampung saya saja, tapi jiran2 dari kampung-kampung sekitar ramai yang turun mai; ada yang mai dari Kg Teluk Petata, Kg Kemangin, Kuala Kuang, Seniyek, Iboi hatta dari kampung BOK BAK pun ada turun mai. Seronok depa tahun ini jimat duit tak payah beli BAJU RAYA.

Bagi saya pula, selain daripada rasa kepuasan melihat seronoknya org2 kampung dapat baju raya ini, dan selain daripada berpeluang mendapat tempias pahala daripada kerja buat kawan-kawan yang kirim mai kain baju itu, insyaallah; saya cukup gembira kerana setelah PRU13 berlalu, di mana masyarakat kita berpecah bagai nak rak daripada peringkat atas hinggalah ke bawah, hari ini saya melihat dengan mata kepala saya sendiri, yang turun mai dan sama-sama memilih kain baju terpakai@ baju raya ini, semua orang ada, tak kira parti apa.

(Kak Nah dengan tudung baru ini adalah orang kuat Wanita UMNO, sementara Mak Da Gayah di belakangnya adalah penyokong PAS)

Saya juga melihat Sabri, orang kuat Pemuda UMNO di kg itu pun ada turun sekali, sama-sama berganding bahu dengan Taufik, Ketua Pemuda PAS Cawangan membuka kotak-kotak pakaian. Jarang-jarang saya ketemu fenomena macam ini. Tanpa disedari kerja buat kita yang asalnya hanyalah nak hantar pi pakaian terpakai untuk org2 kg, tapi di sebaliknya ada sedikit rahmat yang tersembunyi. Walaupun p.raya memisahkan kita, tapi alhamdulillah raya menyatukan kita. Moga2 ianya akan terus berkekalan.

Yang saya tak dapat lupanya, bila saya nak beredar, sepupu saya yang mewakili semua yang hadir, mai habag kat saya, depa nak serah kat saya duit RM160 yang depa jumpa dlm timbunan kain baju itu, dan ada juga yang terjumpa brg2 emas, depa tanya nak buat macam mana? – betul bendul sungguh depa ini, saya kata, ambik sajalah – dah rezeki hangpa!! (Org dah sedekah kain baju itu, apa yg ada dlm saku/kocek baju seluar itu kira hak depalah).

Last sekali, depa duk habag terima kasih banyak-banyak sapa-sapa yang hantar mai kain baju raya ini, cuma yang agak kurangnya ialah pakaian kanak-kanak. Sepupu saya habag, hari pertama lagi, semua kain baju size budak-budak habis lincin!! Awat tak habisnya, pakaian anak-anak yang dihantar mai itu selain daripada berjenama (org kg tak kenai pun jenama-jemana ini), bajunya memang cantik-cantik dan bergaya sekali, seperti dua contoh gambar di bawah ini.

 (Adik Zulaikha ini pula nampak santun habis dengan pakaian barunya ini, siap dengan beg tangan siapa entah bagi, hantar mai sekali dengan kain baju terpakai ini)

(Adik Nurzahirah, nampak cute sungguh dengan baju raya ini walaupun pose atas kotak pakaian)

Mewakili rakan-rakan di NGO Wargakilang dan juga orang-orang kampung yang menerima, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kawan-kawan tak kira di mana berada yang berusaha kumpulkan dan hantar mai kain baju terpakai ini kepada kami untuk diagih-agihkan.

Terima kasih banyak-banyak. Mudah-mudahan kerjabuat kita di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini akan diganjarkan dengan balasan PAHALA yang berlipat-lipat kali ganda hendaknya.
Terima Kasih.

moniermatdin@yahoo.com
31.7.13
http://www.moniermatdin.blogspot.com
http://www.facebook.com/wargakilang

2 comments:

Mila@Rimbun said...

Insaf jap saya membaca entry ni. Selalu terfikir takde sapa nak baju2 lama tuh... kat rumah pun banyak baju2 lama yang tak tau nak hantar kemana.

Kay.Z.-M. said...

Amboi Adik Zulaikha, sekali dapat baju Burberry ko.