Thursday, July 4, 2013

WARGAKILANG: Jln-Jln Masuk Kg (Ramadhan)


Pejam celik pejam celik, Ramadhan datang lagi. Kali ini, insyaallah NGO Wargakilang akan meneruskan lagi tradisi Masuk Kampung di Bulan Ramadhan menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan.

Beberapa minggu sebelum Ramadhan, bersama-sama dengan skuad riki Wargakilang, saya bawa sahabat-sahabat saya ini  ke kawasan Baling, daerah kelahiran saya.

Sengaja saya pilih Baling sebab 10 tahun dulu, di sekitar tahun 2003, di sinilah aktiviti Jln-Jln Masuk Kampung NGO Wargakilang bermula. Walaupun secara amnya, Baling sudah pun jauh lebih maju berbanding dulu, namun di celah-celah rumah batu itu, masih terdapat lagi rumah berdinding buluh dan ber-attap rumbia, perlambangan bahawa kemiskinan di Baling masih belum pudar sepenuhnya.

(Rumah tanpa air tanpa elektrik – menumpang bekalan dari rumah sebelah)

Ini pula di kawasan sempadan Kulim/Baling; rumah berattap rumbia, juga tanpa bekalan air dan punca elektrik.

(Ini bukan rumah orang Asli, tapi ini rumah orang Melayu Asli – sudah 6 tahun keluarga ini tinggal di sini, Guna Genset untuk menonton TV!!)

(Kesian, mengharapkan air hujan untuk air tandas dan mandi; untuk air minum tumpang rumah jiran)

Sebenarnya, banyak lagi rumah-rumah yang macam ini, tapi kita tak boleh nak pi jumpa tuan rumah nak pi ambik gambar atau pun bagi bantuan sewenang-wenangnya; nak pi juga kena ada “orang kuat” di kawasan itu yang bawa, seperti rumah di bawah ini.

(Rumah kotak, macam kandang – tak ada bilik, di situlah dapur di situlah tilam tidur di situlah tempat makan dan sebagainya)

Kami nak gabrah bila tengok tuan rumah sambut kami macam dalam keadaan marah. Ketaq juga kami bila tengok badan dia tak pakai baju, walau pun kecik, tapi berketoi macam Mike Tyson, macam menggenggam penumbuk, terketar-terketar dia cakap kat Pak Long yang bawa kami itu, dia habag kata dia tak puas hati sungguh – sebab orang orang kampung duk perli dia, sindir dia tanya bila nak dapat rumah banglo dll bila mana cerita kemiskinan dia dah masuk suratkhabar tabloid dah beberapa kali – dah jadi macam celebritylah pulak, tapi habuk pun tarak – apa pun tak dapat. Dia kata “Saya KIRI tidak KANAN pun tidak (tak sokong mana2 parti, dia ingat kami parti politik) – jgn ganggu saya, saya selesa hidup mcm ni, bla bla bla” – terketaq2 dia cakap dengan tangan mcm nak bagi penumbuk kat kami.

Kesian, media massa mempergunakan org2 miskin mcm ini hanya untuk menambahkan berita dalam edisi mereka – last2 orang yang betul-betul nak bagi bantuan macam kita ini pulak kena sergah!

Pun begitu, secara keseluruhannya, keluarga-keluarga miskin yang kami temui dalam riki kami utk program Ramadhan ini amat berbesar hati dengan kunjungan skuad riki kami, dan kami pula rasa bertuah sebab dapat bertemu dan mengenali mereka, seterusnya berpeluang untuk berbuat pahala di bulan Ramadhan ini.

Bukan saja di Kedah, tetapi skuad riki kami di Kelantan turut berjaya mengenal pasti lebih daripada 20 keluarga miskin untuk program JJMK Ramadhan di sana.

(Keluarga Abang Kamaruzaman di Machang Kelantan, buruh kampung anak 4 – sedikit resah mengharung Ramadhan kerana matanya cedera tertusuk duri kelapa sawit, entah bila boleh kembali keluar rumah mencari rezeki)

Dalam riki kami kali ini juga, kami bertemu dengan kisah kemiskinan yang agak kronik, hinggakan anak-anak terkandas dalam pelajaran dan tidak mampu meneruskan persekolahan, seperti kisah keluarga Makcik Pisah Ibu Tunggal di Kemaman Terengganu ini. Beliau ada 4 orang anak-anak yang sepatutnya masih bersekolah, yang Tingkatan 5 dan Tingkatan 3 sudah lama terkandas sejak habis darjah 6 lagi. Kini tinggal dua orang yang masih di sekolah rendah.

(Sdra Azman, wakil Wargakilang di Terengganu bersama anak-anaknya di rumah Puan Pisah)


(Suasana dalam rumah ini lintang pukang seperti tongkang pecah – entahlah apakah warna sebenar kemiskinan keluarga ini)

Insyaallah, kita akan ke Terengganu nanti untuk JJMK Ramadhan di sana.

Pun begitu, tidak semua anak-anak orang miskin terkandas sebegini; kadang-kadang takdir Tuhan berserta semangat yang kental mampu melontarkan anak-anak ini keluar dari kepompong kemiskinan.

(Abang Jan, penoreh getah di Baling, menoreh pokok orang, pendapatan l/kurang RM500 sebulan)

Anak Abang Jan dulu antara pelajar terbaik waktu PMR; dapat tawaran ke MRSM, tapi tak jadi pi sebab Abang Jan tak mampu. Bila Form 5, jadi Pelajar Terbaik SPM di sekolahnya. Dapat Matrikulasi, juga tak pi sebab Abang Jan tak mampu. Kemudian dapat offer UiTM, usaha pi usaha mai, Alhamdulillah Abang Jan mampu hantar anaknya masuk UiTM. Masalahnya, sampai hari ini tak dapat PPTN – setiap bulan Abang Jan hantar apa yang mampu; Abang Jan kata kadang-kadang anaknya telepon balik habag kata duit tak ada, makan ikat perut apa yang ada. Kesian! (Abang Jan motor pun tak tau bawa, inikan pula nak isi borang canggih manggih dalam internet nak minta PPTN). Kami doakan anak Abang Jan akan mampu harungi semua ini, dan akan mampu belajar hingga berjaya untuk mengubah masa depan keluarganya.

Penutup, saya nak kongsi kat sini kisah 3 orang Ibu Tunggal yang amat berbekas di hati kami waktu riki utk JJMK Ramadhan ini.

Pertama, Mak Da di Baling Kedah. Hangpa bayangkan macam mana Mak Da survive selepas suaminya meninggal dunia 4 tahun lepas, waktu anaknya yang bongsu berusia 2 tahun – hanya dengan berbekalkan pendapatan bulanannya menoreh getah orang, sebanyak lebih kurang 50 BATANG POKOK GETAH dengan pendapatan tak sampai pun RM10 sehari, tolak hari hujan dapatlah lebih kurang RM200 sebulan!

(Inilah wajah tabah Mak Da, membesarkan tiga 4 orang anak-anaknya yang masih bersekolah: tanpa apa-apa bantuan daripada pihak BERWAJIB!!)

Kedua, Puan Aishah yang sebelah matanya buta; menjadi Ibu Tunggal sejak suaminya meninggal dunia kena stroke sekitar 5 tahun lepas.

Masa kami pi rumah dia, dia tak dak di rumah, cuma dua orang anak lelakinya yang baru balik dari sekolah. Kemudian, dengar motor masuk mai, dari jauh saya nampak dalam keadaan terhoyong hayang beliau cuba berhentikan motornya, di belakangnya membonceng motor itu adalah dua orang anak perempuan yang OKU (kelas pendidikan khas sekolah menengah) terketar-ketar cuba nak turun. Bila saya lihat mata Puan Aishah yang sebelah buta itu, saya rasa terharu yang amat sangat.

(Di celah rasa simpati yang mendalam, saya sebenarnya amat kagum dengan kecekalan wanita tabah ini membesarkan 4 orang anak-anaknya (2 perempuan OKU), dengan hanya mengambil upah menggoreng kopi di rumah jiran dengan pendapatan yang tidak menentu)

(Rumah Puan Aishah yang asal sebelum disambung sikit dengan rumah simen hasil bantuan sebuah Pertubuhan)

Akhir sekali, rumah yang menjadi TAZKIRAH utama untuk kami, dan mungkin untuk diri saya terutamanya, ialah rumah Puan Zalina - ibu tunggal kematian suami yang meninggal kerana serangan JANTUNG 6 bulan yang lepas.

Pemergian tiba-tiba suami tercinta, tempat bergantung ini menyebabkan beliau tinggal keseorangan, terkontang kanting tanpa punca pendapatan membesarkan 8 orang anak-anaknya (4 di sekolah menengah, 2 di sekolah rendah dan 2 lagi yang masih belum bersekolah)

(Puan Zalina dan 4 daripada 8 orang anak-anaknya. AJK Wargakilang sedang menemubual anaknya yang sulung, tiada dalam gambar).

Ditemani oleh Tok Imam Masjid dan Ketua Kampung serta jiran-jiran sekitar, kami menghabiskan masa yang agak lama di rumah Puan Zalina, cuba menyelami perasaan beliau dan anak-anak yang secara tiba-tiba diuji dengan UJIAN yang berat sebegini rupa; namun berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Pastinya di mata beliau dan anak-anaknya, RAYA tahun ini tak akan semeriah raya yang sudah-sudah.

Untuk kita semua, bersyukurlah sekiranya kita masih diizinkan untuk bernafas dan bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ini; marilah kita mengambil sepenuhnya peluang yang ada untuk berbuat amal kebajikan di bulan yang penuh barokah, di mana ganjaran pahalaNYA, menurut sesetengah pendapat orang alim, bukan 700 atau pun 7000 kali ganda tapi berkali-kali ganda, tidak terkira jumlahnya.

Bagi saya pulak, saya agak tergamam seolah-olahnya Tuhan nak bagi satu tazkirah tersendiri buat diri saya di rumah Pn Azlina ini. Apa tidaknya, beliau anak 8 saya pula anak 9. Anaknya yang bongsu umur 2 tahun, anak bongsu saya di Izzan juga usianya hampir sebaya. Beliau orang Terengganu, isteri saya juga orang Terengganu. Suaminya meninggal sebab sakit JANTUNG, saya sendiri hari itu dua hari masuk ICU sebab kena serangan JANTUNG – kini makan ubat tiap-tiap hari; doktor kata kena makan sampai MATI!.

Justeru, sebelum kita MATI – mai lah kita sama sama buat kerja amal. Ada masa, jomlah join kami dalam program Jln-Jln Masuk Kampung di Bulan Ramadhan ini. Insyaallah besar manafaatnya yang menanti.


Sekian
moniermatdin@yahoo.com
5.7.13
http://www.moniermatdin.blogspot.com
http://www.facebook.com/wargakilang

2 comments:

Mohd Monier Bin Mat Din said...

JADUAL JJMK RAMADHAN 2013

As Salam Semua,

Seperti biasa dibulan Ramadan NGO Wargakilang akan mengadakan Jalan2 Masuk Kampung bagi sessi memberi bantuan kepada asnaf yg 8,mendekati mereka dan menghayati erti kemiskinan.

Tidak seperti tahun2 sebelumnya, dimana tahun ini kita di NGO Wargakilang terpaksa menghadkan kehadiran kereta untuk satu sessi kepada 50 biji kereta sahaja. Untuk kehadiran 50 kereta pertama bagi dua2 sessi JJMK Utara, sila daftarkan kehadiran anda dgn saudara Monier(email : moniermatdin@yahoo.com atau sms ke h/p : 012-4128209).

Di bawah adalah jadual JJMK Ramadan bagi tahun 2013..(1434M):

1)JJMK Ramadan (Pantai Timur) - Kemaman Trengganu
Tarikh : 13hb Julai 2013
Hari : Sabtu
Masa : 8.00am - 4.30pm
Tempat Berkumpul : Masjid Geliga
Ketua JJMK Pantai Timur: Azman- Trengganu (013-9179989)
AJK : Monier -Trengganu (012-4128209)


2) JJMK Ramadan(Utara) - Baling/Sik Kedah
Tarikh : 20hb Julai 2013
Hari : Sabtu
Masa : 7.30am - 6.00pm
Tempat Berkumpul : Akan diberitahu kepada 50 kereta pertama yg mengesahkan penyertaan.

Ketua JJMK Utara- Wahab -Bayan Lepas Seberang Perai (019-4740759)

3)JJMK Ramadan (Utara) - Baling/Kulim Bandar Baharu Kedah
Tarikh : 27hb Julai 2013
Hari : Sabtu
Masa : 7.30am - 6.00pm
Tempat Berkumpul : Akan diberitahu kepada 50 kereta yg pertama yg mengesahkan penyertaan. Wahab -Ketua JJMK Utara- Bayan Lepas Seberang Perai (019-4740759)

AJK:
Sattar - Bayan Lepas/Seberang Perai (019-4766155)
Shukri - Bayan Lepas/Seberang Perai (019-5407859)
Zairi - Seberang Perai (012-4071785)
Din - Seberang Perai/Sungai Petani (019-4571447)
Aznee - Sungai Petani/Gurun (012-4323305)
Zaidi - Kulim Bandar Baharu (019-5598822)
Monier - Padang Serai/Kuala Ketil (012-4128209)
Fendi - Seberang Perai (012-4097268)
Radzi - Bayan Lepas (012-4725232)

4)JJMK Ramadan (Pantai Timur) - Machang Kelantan
Tarikh : 3hb Ogos 2013
Hari : Sabtu
Masa : 8.00am - 4.30pm
Tempat Berkumpul : Masjid Keputeraan Pulai Chondong
Ketua JJMK Pantai Timur - Burhan - Kelantan (013-3412057)
AJK : Che Jaafar- Kelantan (010 4030401)


Shukri
NGO Wargakilang

gayour said...

as salam
hebatnya usaha wargakilang dan tuan2 semua.
moga diberkati dan dirahmati Allah.

selamat berjuang!