Wednesday, August 14, 2013

WARGAKILANG: Projek Seven Pound


Beberapa tahun dahulu, dalam sembang-sembang sesama kami di NGO Wargakilang, timbul cadangan selain daripada konsep touch and go yang kami selalu buat - pi bagi sumbangan kpd keluarga2 berkenaan, kutip pahala kemudian balik; kami merancang nak buat apa yang kami sebut sebagai Projek Seven-Pound (idea asal daripada cerita sebuah Movie), iatu cuba mengubah nasib 7 buah KELUARGA yang tidak kami kenali dengan satu projek khusus yang bukan setakat pi hulur sumbangan saja macam yang selalu Wargakilang duk buat.

Setakat ini, kalau mengikut rekod kami daripada 7 penerima bantuan yang dikenalpasti; dengan dikepalai oleh sdra WAHAB, dibantu oleh Ketua Projek bagi setiap keluarga yang berkenaan, Alhamdulillah 6-Pound telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Projek yang pertama bermula pada tahun 2006; dimana kisah Kak Mazni di Pekan Pulai, Baling Kedah yang saya paparkan di blog saya bertajuk “Kisah Ketabahan Seorang Wanita” menjadi cerita sensasi, tersiar di media perdana, menjadi perhatian ahli politik dan pihak-pihak yang berkenaan.

Ceritanya mengisahkah ketabahan Kak Mazni, seorang Ibu yang mempunyai 6 orang anak-anak yang bersekolah, dengan suami yg lumpuh/stroke merengek tak kira siang malam di samping terpaksa jaga ayahnya yg sudah uzur. Dalam sejarah kami masuk kg beri bantuan, Kak Maznilah insan pertama yang kami temui bila mana kami hulurkan note RM50, beliau menangis bercucuran air mata cakap terima kasih terima kasih tak henti-henti sambil menundukkan kepalanya berulang-ulang kali ke arah kami macam orang Jepun duk bagi salam. Cerita beliau ini ada melekat di google at:

http://www.geocities.ws/monier_matdin/kmazni.htm

Waktu JJMK Baling Ramadhan 2013 yang lalu, team AJK Wargakilang singgah di kedai makan Kak Mazni – seronok tak sangka beliau beliau bertemu kami kembali setelah 7 tahun berlalu, habis dibungkusnya jualan koi bulan posanya dan buah2an bagi kat kami.

(Berdiri dari kiri, Sdra Warikh Mantan YDP WK, Tn Hj Fendi Tok Mulu WK, Wahab Ketua WK Utara, Shukri TYDP dan Aznee SU).

Setelah kisah beliau itu muncul di dada-dada akhbar dan rumahnya turut dikunjungi dan menjadi perhatian seorang ahli politik tersohor tanah air, dan kami di Wargakilang khususnya sdra Wahab duk pi ulang follow up keluarga Kak Mazni ini, Alhamdulillah sejarah hidup keluarga beliau telah berubah sepenuhnya. Anak-anak beliau sudah berjaya, ada yg bekerja dan ada yang sedang berada di IPTA.

Projek 7-Pound yang ke-2 ialah keluarga Abang Saad di Labu Besar, Kulim Kedah yang kami kunjungi pada hari Merdeka tahun 2007, yang saya paparkan semula di blog saya pada tahun 2009 bertajuk: Jln-Jln Masuk Kampung – Selamat Hari Merdeka!

http://dcckkilang.blogspot.com/2009/10/jln-jln-masuk-kampung-selamat-hari.html

Cerita ini mengundang penerbit BersamaMU TV3 untuk menghubungi kami, dan seterusnya membawa kepada kemunculan Abang Saad dan keluarganya dlm program berkenaan. Saya pun tak pasti apa istimewanya kisah keluarga Abang Saad 7 orang anak yg hidup dlm kemiskinan jauh di pedalaman dengan rumah berlantai tanah tanpa bekalan letrik ini hinggakan pihak TV3 berminat dengan kisahnya. Mungkin kisah beliau bela anjing untuk menjaga pokok Ubi Kayu (makanan spare in case terputus beras) yg saya garapkan di bawah ini menjadi perhatian pihak2 berkenaan:

“Bila tengok kedudukan rumahnya yg agak terpinggir kedalam hutan tu, saya tanyalah kot-kot ada binatang buas pernah datang bertandang. Ha, awat tak daknya kata En Saad; sesekali BABI dok mai keliling rumah tu kira perkara biasalah. Dan, dlm keadaan segan bercampur malu, dengan nada suara yg perlahan En Saad kata: "Tu yg saya bela Anjing tu....nak halau BABI!!" Hah, tu dia di kala org dok sebuk sembang pasal 50 tahun kemerdekaan negara, dok sebok sembang pasal Koridor Pembangunan Wilayah Utara, dok sebok pasal perjuangan untuk mengisi erti Kemerdekaan; En Saad pulak dok sebok mempastikan Babi tidak mengganggu ketenteraman anak-anaknya. Kalaulah ada letrik, rumah terang benderang, mungkin Babi pun takut nak mai”

Setelah muncul di kaca TV, keluarga Abang Saad telah mendapat bantuan pihak berwajib; kini mereka tidak tinggal di pinggir hutan itu lagi, sudah pun mendapat sebuah rumah tempat tinggal yang sempurna di PPRT berhampiran – sebuah keluarga lagi yang berjaya diselesaikan masalah utama mereka, tempat penginapan – melalui projek Seven Pound Wargakilang ini.

Projek yang ke-3 ialah rumah Abang Lan di Beris, Sik Kedah; sebuah rumah yang amat daif yang yang kami temui secara tidak sengaja sewaktu kami masuk kg untuk cari keluarga miskin yang layak menerima sumbangan daging Korban. Kisahnya ada saya paparkan di blog saya at:

http://moniermatdin.blogspot.com/2011/11/jln-jln-masuk-kg-mencari-golongan-ke-3.html

Alhamdulillah, dengan bantuan seorang rakan FB bernama Zulheimy yang berusaha mengutip dana melalui rakan-rakannya, dan kemudian dengan usaha keras sdra Wahab, Ketua Wargakilang Utara yang boleh dikatakan tiap-tiap minggu turun pi ke Sik pi follow up project pembinaan rumah baru keluarga ini. Hasilnya kini keluarga berkenaan sudah pun mendapat sebuah rumah yang jauh berbeda berbanding rumah mereka sebelumnya (foto rumah mereka sebelum dan selepas ada dlm blog berkenaan)

Projek yang ke-4 ialah projek baik pulih Pondok TG Haji Mat Nahu, di Kuala Beris Sik Kedah yang diketuai oleh sdra Aznee.

http://moniermatdin.blogspot.com/2011/06/jln-jln-masuk-kg-pre-ramadhan.html

 (Sebelum: pondok kayu berlantai papan berbumbung zink separuh uzur tanpa siling)


 (Selepas: keadaan yg lebih selesa, lantai marmar dengan siling dan bumbung baru - Ustaz Kamil Mudir Pondok berjubah bersama AJK Wargakilang)

Projek yang ke-5 ialah rumah Pak Mud di Kuala Temim, Sik Kedah yang hangus terbakar tak beberapa lama selepas kunjungan konvoi JJMK Wargakilang pada bulan Ramadhan tahun 2012 dulu. Dengan kerjasama team Surau Kilang NAZA Gurun yg membenarkan akaun Surau kilang mereka digunakan untuk kutipan dana kilat pembinaan rumah baru Pak Mud, hasilnya pada bulan Ramadhan tahun ini (2013), Pak Mud sudah pun dapat masuk rumah baru.


(Rumah Pak Mud Sebelum)


(Pak Mud dan Isteri di tapak rumah yang terbakar)


 (Rumah Baru Pak Mud Selepas)

Sekalung tahniah kpd sdra Wahab yang tak henti-henti duk pi follow up – kami di Wargakilang ini sebenarnya agak jealous dengan beliau yang begitu ligat duk kutip pahala ini.

Projek yang ke-6 yang baru berjaya disiapkan beberapa bulan yang lalu ialah pembinaan tandas untuk rumah Ibu Tunggal yang lumpuh di Selama, Perak yang kisahnya boleh diikuti di catatan berikut:

http://moniermatdin.blogspot.com/2013/05/cerita-tandas-yang-kita-take-for-granted.html

Terima kasih kepada rakan-rakan sekelian yang tak putus-putus memberikan kerjasama dan sokongan untuk membantu kami merealisasikan projek-projek 7 Pound kami ini. Insyaallah, dengan izinNya, mudah-mudahan banyak sudah PAHALA yang kita semua sama-sama berkongsi di atas kerja buat kita bersama-sama selama ini.

Last sekali projek ke-7 dalam senarai projek Seven-Pound WARGAKILANG ini ialah pembinaan sebuah bilik tidur untuk anak-anak Puan Rahana 8 beradik di Kg Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

(Dalam gambar ini adalah 6 drpd 8 org anak-anak Pn Rahana, no satu dan no dua rasanya tiada dlm gambar)

Sebetulnya, dalam ramai2 keluarga miskin yg pernah saya kunjungi dengan team JJMK Wargakilang Kelantan, keluarga Pn Rahana ini meninggalkan kesan yg begitu mendalam dlm diri saya.


(Anak-anak Puan Rahana sewaktu kunjungan skuad riki Wargakilang ke rumahnya - macam tak sabar-sabar nak terkam KFC itu)

Saya selalu teringat kat keluarga ini; bila teringatkan mereka saya jadi helpless tak tau nak tolong keluarga ini mcm mana. Suami beliau dulu kerja guard, tapi kini jatuh nyanyuk dan tidak mampu bekerja; kerana itu Pn Rahana yang hanya mengharapkan simpati jiran-jiran sering keputusan perbelanjaan.

Saya dimaklumkan oleh seorang jiran beliau (Poksu Aziz), pernah sekali Poksu Aziz terdengar Pn Rahana minta nak beli beras dua kilo di kedai runcit berdekatan, tak sampai hati dengar ada org beli beras timbang kilo, Poksu Aziz minta Tuan Kedai itu bagi kat Pn Rahana beras 10kg sekampit dan dia tolong bayarkan.

Yg itu ok lagi, beras sekilo dua bolehlah bertahan seminggu mungkin. Yg saya amat tersentuhnya, walaupun hidup dalam serba keterpayahan, pencapaian anak-anaknya begitu menjadi. Si sulung dapat PMR 8A, dan baru-baru ini adiknya, yg no-2 juga dapat PMR 8A. Yg sedihnya, saya dimaklumkan w/pun dpt 8A, tapi budak-budak itu tak ke mana sangat. Si sulung masih lagi mengayuh basikal pergi pulang ke sekolah lima enam km saban hari. Yg no-2 tak lah pulak berpeluang ke MRSM atau pun Sek Men Sains yg top-top di Malaysia. Memang begitukah takdir org susah ini - seperti anak Abang Jan di Baling Kedah, w/pun score hebat tapi tak boleh melangkah lebih jauh?

Dan, yg membuatkan saya selalu teringat kpd keluarga ini ialah kata-kata sahabat saya, sdra Che Jaafar yg tinggal tak jauh dari situ; Jaafar bagitau kesian sungguh kat mereka ini...rumah pun tak ada bilik yg sempurna. Emak dia nak sangat kalau boleh ada extension/sambungan rumah utk satu bilik tidur khusus utk anak-anaknya. Beliau mengharap sangat-sangat sebab sekarang ini kat ruang yg sempit itulah - ruang makan/ruang tamu/dapur...di situlah nak-anaknya makan, minum, tidur dan ulangkaji pelajaran.

Dalam ketujuh-tujuh kes Seven-Pound ini, kami melihat keluarga Pn Rahana di Kelantan ini adalah yang paling amat berpontensi sekali untuk dibantu, apa tidaknya dua orang anaknya yang pertama dan kedua, walaupun hidup dalam serba kemiskinan namun berjaya menjadi pelajar yang cemerlang; dua-dua dapat PMR 8A. Kami yakin, jika dua orang yang pertama itu boleh berjaya, insyaalah dengan sedikit push saja lagi, yang 6 orang itu pun ada harapan untuk berjaya.

Keluarga ini ada POTENSI besar; janganlah sia-siakan mereka. Mai lah bantu kami untuk membantu anak-anak bangsa kita yang “dilahirkan” cemerlang ini agar tidak terkandas di tengah jalan hanya kerana kemiskinan yang kita semua terlepas pandang. Kepada yang berminat utk membantu anak-anak ini mendapat sebuah bilik tidur yang sempurna, boleh hubungi wakil Wargakilang di Kota Bharu, Kelantan, Sdra Che Jaafar (010-4030401).

Moga kerja buat kita ini ada ganjaranNya buat kita semua di SANA kelak, mudah-mudahan.

moniermatdin@yahoo.com
15.8.13
 http://www.moniermatdin.blogspot.com
http://www.facebook.com/wargakilang

No comments: