Saturday, September 20, 2014

WARGAKILANG: Jln-Jln Masuk Kg Hari Malaysia




Semalam waktu khutbah jumaat di masjid An-Najah, Padang Serai, tersentak tak jadi nak lelap bila Tok Khatib dengan suara yang lantang berkhutbah tentang 4 jenis manusia yang tak boleh diterima dakwaan mereka, maknanya tak boleh dipercayai akan kata-kata mereka. Antaranya ialah orang-orang yang mengaku takutkan Tuhan dan cintakan Nabi tapi tak bagi makan/sedekah kepada golongan fakir miskin; dan bukan setakat tak bagi sedekah, tapi memandang sinis pula kepada orang-orang miskin ini.

Bila dengar khatib cakap macam tu, teringat saya dengan program Jln-Jln Masuk Kg NGO Wargakilang beberapa hari lepas sempena cuti Hari Malaysia. Alhamdulillah ramai kwn-kwn yang turut serta membawa beras dan barang2 makanan serta kain baju untuk org2 miskin di kg2 pedalaman di Selama Perak nu.


        
(Deretan kenderaan berkonvoi masuk ke kampung-kampung)

Itu pun ada orang pandang sinis dlm kerja buat kwn2 kami nak bantu orang miskin ini - depa kata yang hangpa bawa pi beras sekampit tu hangpa ingat boleh basmi kemiskinan ka, walhal nya kami bukannya nak basmi kemiskinan pun, kami cuma nak pi tolong setakat mana yg mampu sambil mencari janji-janji Tuhan yg ustaz-ustaz duk kata tu. Tak tau lah pula manusia yang jenis suka pandang sinis kerja buat orang lain membantu orang miskin ini termasuk dalam kategori yang Tok Khatib cakap itu atau pun tidak, wallah hu aklam.

Bercakap pasal mencari janji-janji Tuhan, kalau kita berbuat kebaikan akan dibalas kebaikan ini, saya teringat DOA sebelum konvoi bertolak dari ADTEC Mahang di bawah ini. Doa dibacakan oleh sdra Sharuzi dari Kuala Lumpur.



Kusyuk dan sampai ke lubuk hati saya meng-aminkan doa sdra Sharuzi sahabat saya yang bekerja sendiri, turun naik dalam bisness sejak berhenti kerja tahun 2008 dulu, dan sekarang ini tak berapa sihat sebab ada sedikit masalah kesihatan. Antara yang saya ingat doa yang dibaca dlm bahasa Malaysia itu, kata beliau:

"Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkau jadikanlah kemiskinan keluarga2 yang akan kami lawati ini sebagai iktibar untuk kami, sebagai pemusnah takbur buat diri kami. Ya Allah Ya Tuhan kami, Ada di antara kami ini  yang sedang berhadapan dengan kesulitan, dengan berkat kerja buat kami ini Engkau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka; ada antara kami yang sakit, Engkau sihatkanlah mereka; ada antara kami yang berhajat, Engkau kabulkanlah hajat mereka...Amin!"

Itu yang sempat saya ingat - dan itulah sebenarnya yang menjadi pendorong untuk saya dan rakan-rakan di NGO Wargakilang duk buat kerja ini, bukan nak basmi kemiskinan tapi nak mencari janji-janji Tuhan sambil mengharapkan redhaNya.

Berikut adalah sedikit catatan kisah perjalanan kami kali ini untuk perkongsian bersama.

(Sebahagian kain baju terpakai yg dibawa dilonggokkan di bawah rumah ini untuk diagihkan kemudian)


(Rumah Melayu Tradisional - satu nostalgia untuk mereka yang berasal dari desa)

(Antara penerima sumbangan: Ibu Tunggal anak 4 yang kematian suami menjelang hari raya yang lalu)

Sumbangan disampaikan oleh Kak Tun baju oren, dah kena VSS. Waktu bekerja kilang dahulu pernah mendapat anugerah the Best Volunteer kat INTEL. Sebetulnya insan-insan ikhlas berjiwa sukarelawan seperti Kak Tun inilah yang sering hadir membantu kami di setiap program Jln-Jln Masuk Kampung.

(Kak Tun dan rakan-rakan di sebuah rumah berdinding buluh beratapkan zink lama dan tikar plastik)

(Barang-barang disusun ikut keluarga dan ready untuk diagihkan)

Perjalanan seterusnya membawa kami ke sebuah rumah dinding buluh beratap rumbia seperti dangau orang asli yang dihuni oleh keluarga berbangsa Melayu 4 beranak, sdra Azami isteri dan dua orang anak, yang tiada bekalan terus arus elektrik, cuma disambung sendiri satu wayar biasa ke rumah jiran.


Sebelum bertolak masuk kampung tadi, ada seorang sahabat dari Bayan Lepas yang sudah dua tiga kali ikut kami masuk kg tanya, mana mai sumbangan barang yang banyak2 yang Wargakilang selalu dapat ini. Saya pun tak tau nak habag macam mana sebab kami di NGO Wargakilang bukan ada dana pun. Bila melihat gambar Tn Hj Fendi, ketua skuad riki Wargakilang sedang menyampaikan sumbangan kpd sdra Azami di bawah ini, baru saya terperasan sesuatu.

Yang menghidupkan kerja buat kami di NGO Wargakilang ini sebenarnya ialah rakan-rakan sama ada secara individu atau pun perkumpulan yang tak putus-putus membantu kami ini, misalnya yang berbaju biru bertopi merah ini ialah sdra Shukri, Presiden NGO PEMBELA dari Sungai Petani yang kerap membawa team beliau bawa brg2 ikut kami bagi bantuan. Yang berbaju hitam memegang envelop sumbangan itu pula ialah sdra Farid Nor, ex-SAS, owner portal www.temanhidupku.com, seorang usahawan dari dari Kuala Lumpur yang sudah beberapa kali bersama-sama kami membawa sumbangan dari beliau dan rakan-rakan. Tkasih diucapkan.

Bila kami masuk kampung, niat kami hanyalah nak pi bagi sumbangan, kami tak berminat nak cari pasal dengan pihak2 berkenaan khususnya pihak berkuasa kampung atau pun agensi2 bertanggungjawab yang berkenaan. Kerana itu jarang benar saya dedahkan nama kg-kg yang berkenaan dlm blog saya ini.


Pun begitu, kalau ikut hati mahu saya tulis saja di sini nama penuh kampung ini, biar ORANG ATAS tahu yang Orang Bawah tak buat kerja. Rasa ralat dan terkilan sangat bila saya interview sdra Azami ini dia cakap tak ada siapa yang mai tengok atau nak mai bantu. Tak taulah pasal apa, mungkin beliau tak penting dalam senarai pengundi - kerana kalau dia pangkah sebelah mana pun tak memberi kesan, dek kerna secara tradisinya kawasan ini milik sebuah perkumpulan parti politik tertentu secara turun temurun. Wallah hu aklam.

Tak tau nak kata apa dah la, sudah lah rumah buluh ber atap rumbia, letrik pula disambung sendiri dengan seutas wayar dengan tiang buluh ke rumah jiraan.

(Tiang BULUH sebagai tiang "TNB" menghubungkan "wayar eletrik" ke rumah berdekatan)

Saya cakap kat sdra Aznee, Setiausaha NGO Wargakilang (topi hitam):

"This one insults our intelligence" - maksudnya, dlm era negara menuju visi2020 di zaman anak bangsa sudah naik ke Angkasa ini, tiang buluh sebagai tiang eletrik ini adalah sesuatu yang memalukan.

Kebetulan kami berdua ini lulusan Engineering tajaan kerajaan, saya dari Amerika dan Aznee dari United Kingdom. Kami cuma boleh tengok saja, tapi tak tau nak buat apa. Ada lagi anak bangsa yang hidup macam tu, kesian !!

Pun begitu, setelah 10 tahun lebih kewujudan NGO Wargakilang, kami mampu berbangga kini kerana setiap kali ada program JJMK masuk kg, bukan setakat kwn2 yang kerja kilang ikut kami bagi bantuan, turut serta juga ialah para teknokrat, ilmuwan dan juga intelek dari kota yang terlibat secara langsung dalam memberi input yang menggaris dasar, polisi dan belanjawan kerajaan di peringkat teratas.


Wanita berkacamata dari Ibu Kota yang sedang menghulur sumbangan mewakili rkn2 kepada pakcik tua yang uzur ini (pakcik ini terpaksa membawa beg kencing di pinggangnya ke mana-mana), saya dimaklumkan Wanita ini adalah seorang Director di sebuah firma pelaburan/kewangan di Kuala Lumpur - pernah muncul di kaca TV ditemuramah mengenai isu kewangan semasa.

Dalam beberapa posting di FB nya saya melihat banyak tulisan-tulisan beliau menjurus kepada peri pentingnya memberi perhatian kpd agenda membantu golongan miskin dan susah ini, tkasih dan alhamdulillah.

Moga lebih ramai lagi dari kalangan seperti beliau yang akan bersama kami di prog JJMK ini.

Dalam banyak-banyak kampung yang kami kunjungi dlm prog kali ini, saya tak akan lupa sebuah kampung yang begitu jauh ke dalam. Waktu riki hari tu saya tak ikut serta; bila terasa jauh sangat, saya tanyakan orang rumah kat sebelah dalam kereta "Tak Sampai Lagi Ka?".

Memang jauh ke dalam., di sebuah ulu kampung nun jauh di kaki rimba, di suatu lokasi di mana perkampungan manusia bertemu dengan habitat haiwan. 1st time saya sampai tempat-tempat macam ini.

Antara penerima di kampung ini ialah Abang Sulong, dalam gambar berkain pelikat
.

Kerja beliau hari-hari ialah masuk RIMBA pergi cari hasil hutan. Dua tiga hari baru2 ini beliau masuk rimba cari Asam Gelugor, dapat lebih kurang 30 kilo, tolak kpd peraih dengan harga 70 sen sekilo dapatlah lebih kurang RM21 untuk makan minum anak isteri sehari dua itu. Nak dapat RM21 itu pun jenuh terpaksa bergadai nyawa. Hari itu beliau terserempak dengan sekawan Harimau anak beranak 4 ekor semuanya.

Abang Sulong berkain pelikat ini adalah hero, wirawan di kampungnya - hari itu kena tahan reman  4 hari kerana menembak mati seekor HARIMAU belang, berat sepikul setengah yang merayau masuk ke kampung mereka. Harimau tersebut berjaya ditembak beliau tepat di dahi dari jarak kurang lebih 3 depa. Ini adalah secebis dari ribuan cerita kisah pahit maung org2 kampung di pedalaman mencari sesuap nasi untuk anak isteri, antara kisah-kisah realiti hidup yang bagi sesetengah kita mungkin tiada nilai berita.

Dalam expedisi yang seterusnya, kami bertemu lagi dengan rumah buluh beratap rumbia, kali ini milik Encik Aswan, nun jauh di pedalaman.

(Sumbangan disampaikan oleh sdra Zaidi, Spiritual Advisor NGO Wargakilang)

(Dua orang anak En Aswan bersama dua ekor BEAR sumbangan kawan-kawan)

Dua ekoq Teddy Bear itu adalah sumbangan special daripada seorang rakan sekerja saya yang minta saya bawa sendiri untuk disampaikan kpd budak-budak ini. Orang mungkin kata, apalah yang hang duk pi bagi Bear ini, bukan boleh bagi depa makan pun. Tak apalah, biaq pi lah orang nak kata apa pun, kalaulah Teddy Bear ini mampu memberi kegmbiraan dan kebahagian kpd budak-budak ini untuk seketika pun jadilah - kerana dalam detik yang seketika itu mereka akan berada di "dunia lain", seketika lupa sekejap tentang hidup mereka yang miskin ini. Sesekali, anak-anak ini pun perlukan escapisme.
Di rumah inilah perjalanan kami melawat dan membawa bantuan kepada 22 keluarga berkenaan berakhir.


Di sini, seorang sahabat sponsor buat kenduri jamu kami makan - nasi kampung, gulai ikan temenung, ikan masin, ulam kampung dan sambal belacan. Dah pukul 2.30 petang dah, memang sedap sebab masing-masing semuanya lapar.

Jelas nampak, rumah ini nun jauh di pinggir hutan.Sesekali berpeluang berkelah ramai-ramai dengan rakan2, keluarga dan anak-anak di kaki hutan seperti ini memang teruja - akan menjadi satu kenangan yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Terima kasih kepada sahabat yang sponsor kenduri ini.



SEKIAN KISAH EXPEDISI MASUK KAMPUNG KAMI KALI INI, HINGGA BERTEMU LAGI !!

Berbalik kepada kisah solat jumaat di Masjid An-Najah Padang Serai tadi, saya terperasan kat LED Display running lite kat dinding masjid itu berulang kali dipaparkan sebuah mutiara hadith yang berbunyi:

"Barangsiapa yang memudahkan kesulitan orang lain, maka Allah SWT akan memudahkan kesulitannya di dunia dan akhirat".

Mudah-mudahan kerja buat kita ini akan tergolong ke dalam maksud hadith yang berkenaan.

Terima Kasih

20.9.14

5 comments:

alang said...

Nanti mintak bang Monier betulkan eh, nama website kami www.temanhidupku.com :)
terima kasih

nasa mulia said...

semoga usaha dan kerja2 warga kilang dipermudahkan Allah swt demi membantu / membawa sedikit kegembiraan kpd org kampung..

iza azwati Hazih said...

Smg diberi kesihatan yg baik dan dipermudahkan Allah utk kerja2 amal ini

Dewi Aja said...
This comment has been removed by a blog administrator.
IBU PUSPITA said...
This comment has been removed by a blog administrator.