Saturday, May 1, 2010

Jln-Jln Masuk Kg: Tazkirah Hari Buruh 2010


JALAN-JALAN MASUK KG: TAZKIRAH HARI BURUH

Semalam, Sabtu 1 Mei 2010, bersempena cuti Hari Buruh, dan seperti cuti hari pekerja di tahun-tahun yang lepas, bersama-sama dengan rakan-rakan dari NGO Wargakilang.com, sekali lagi kami diberi masa dan kelapangan untuk masuk ke kampong-kampong menghulurkan sumbangan.

Kali ini kami ditakdikan masuk ke kg-kg di sekitar Gunung Semanggol, Perak. Semua sekali campur dengan kwn-kwn dari kawasan kilang Kulim Hitech Kedah, kilang Bayan Lepas, Penang, dari KL dan juga sorang pensyarah ex-pekerja kilang dari UUM, Jitra; semua sekali dalam 6 buah kereta.


Di awal perjalanan, masih saya ingat sembang-sembang saya dgn kwn-kwn dalam kereta. Saya habag kat depa petikan khutbah jumaat hari sebelumnya di masjid tempat saya. Khatib tu nama dia Ust Mutalib Maarof; antara lain ustaz kata:

“Hidup kita di dunia janganlah kita nak megah sangat, janganlah nak sombong dan bangga sangat dengan harta, pangkat dan kekayaan yg kita ada. Kita ini asal keadaannya dijadikan drpd benda yg dipandang jijik dan hina (air mani), dan kemudian akan dikembalikan menjadi benda yg jijik dan hina (menjadi bangkai selepas mati)”.

Kata dia lagi:

”Kita dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan bertelanjang bulat, tidak ada apa yg kita bawa hatta sehelai benang sekali pun. Kemudian Tuhan anugerahkan kita pangkat, kedudukan, harta dan kekayaan; maka kenapakah kita tidak mahu menjadi manusia yg bersyukur?”.

Lalu, saya ingatkan diri sendiri dan juga kawan-kawan yg turut serta, antara lain misi jalan-jalan masuk kg kami ini selain drpd ingin membantu mereka-mereka yang memerlukan, adalah juga sebagai melahirkan kesyukuran di atas rezeki kurniaan Illahi selama ini, dan juga natijahnya adalah sebagi tazkirah kehidupan untuk kita semua.

Semua sekali, ada 8 keluarga yg kami kunjungi; namun dalam banyak-banyak keluarga itu, ada dua family yg kisahnya begitu berbekas di dada.

Yang pertama ialah keluarga Pn Ramziah di Sg Baru Selinsing. Ibu tunggal bertudung labuh ini nampak begitu tabah dan kental sekali merintis cubaan hidup – suaminya pergi mengadap illahi hampir setahun yg lalu meninggalkan beliau seorang diri membesarkan 5 org anak-anak kecilnya ini – hanya dengan bergantung hidup kepada hasil jualan kuih muih yg tak seberapa.

Waktu kami ke situ, cuma ada 4 org saja anak-anaknya bersama Pn Ramziah, yg sulung di asrama. Antara 4 itu, dua yg bongsu (pompuan 4~6 tahun) begitu petah sekali berkata-kata, dan nampak gembira sungguh dengan kedatangan kami. Tak pastilah pula sebab kami ramai datang atau pun sebab brg-brg makanan keropok dan biskut bertindan yg kwn-kwn kami pesan suruh bagi tu.

On the way back, ada sorang kawan tu habag, dia dengar anak-anak Pn Ramziah itu berbisik sesama depa, hat ni kita belum pernah makan, hat tu belum pernah makan dll. Mungkin sebab tu kot, bila Aznee (Engineer Intel) bukak Cikedis bagi kat depa, berebut-rebut budak-budak tu suap makan – mcm makan pop-corn saja.


Saya tanya Aznee, pasal apa anak lelaki Pn Ramziah hat darjah 6 tu senyap saja, pandang kami satu macam, mcm tak suka dengan kedatangan kami - tak seperti adik-adik pompuannya yg begitu riuh rendah sungguh mulut depa. Adik-adiknya itu dok pot pet pot pet dari mula sampai ke sudah, sambil dok ratah cikedis tu.

Sorang sahabat tu kata, mungkin bila dia tengok kami (lelaki) yg mai tu, terus dia teringatkan ayah dia. Mungkin dia dok salahkan Tuhan sebab pi ambik ayah dia dll.

Aznee jawab:

”Ha betoi! – aku dulu masa dok asrama, bila lepas mak aku mai melawat, bila balik asrama, terbaring atas katil, termenung sorang-sorang, aku memang marah sungguh kat Tuhan. I question myself – why me? Pasal pa org lain ada mak dan ayah mai melawat, tapi aku cuma MAK saja. Mana AYAH aku? Pasal apa Tuhan ambik ayah aku, pasal apa ayah aku? Pasal apa bukan ayah org lain dll?”

Mungkin sebab tu kot, dlm ramai-ramai yg pi dgn 6 buah kereta semalam tu, Aznee lah org yg last sekali keluar dari rumah tu, hatta masa nak bertolak pulang tu dia tak habis-habis dok ucapkan good bye kat budak-budak pompuan tu, dan dialah juga yg last sekali masuk ke dalam kereta. Saya boleh nampak air mata bergenang di kelopak mata merah Aznee.

Rupa-rupanya persinggahan kami yg seketika di rumah ini membawa satu pengertian dan nostalgia yg tersendiri dan amat abadi buat sahabat kami ini. Saya kata kat Aznee, insyaallah di lain kelapangan kita akan jenguk mai lagi.

Sehingga itu, kami doakan semoga Puan Ramziah dan anak-anaknya ini akan terus tabal dan cekal menempuh hari-hari dan ujian hidup yg mendatang.

Rumah yg kedua – yg saya rasa teringin nak saya abadikan di blog saya ini sebagai suatu catatan perjalanan peribadi – sebab dah banyak dah kg yg saya dan rakan-rakan pernah masuk, tapi belum pernah saya temui keadaan yg sebegini.

Waktu kami singgah di rumahnya ini, Encik Hamsah suami isteri tiada di rumah, mereka pulang ke kampung di awal pagi kerana urusan peribadi. Yg ada di rumahnya itu hanyalah tiga org anak-anak kecil (sekolah rendah) menunggu rumah.

Yang kesiannya, waktu kami singgah itu lebih kurang jam 11:30 pagi, tapi bila ditanya budak-budak itu masih belum makan-makan lagi. Terus kami pesan suruh bukak biskut dan makanan ringan yg kwn-kwn kami bagi tu. Pahala besarlah siapa-siapa yg kirim kat kami makanan itu bilamana dimakan oleh perut-perut yg lapar seperti budak-budak tu.


Selain drpd bekerja bendang, kami dimaklumkan En Hamzah menyara keluarganya dengan membuat tapai. Lalu, banyak mana sangatlah pendapatan En Hamzah bulan-bulan; mungkin kerana itu rumahnya memang nampak daif sungguh (seperti dlm gambar).

Ya lah, kalau dapat sehari RM10 pun, mana yg penting makanan untuk 7 org anak-anaknya atau pun nak beli batu simen nak buat rumah?

Mungkin kerana itu juga agaknya, En Hamzah suami isteri amat berkira dan begitu berjimat cermat dengan sedikit wang ringgit yang mereka mungkin ada hatta kain lampin untuk anak kecilnya selagi mana boleh dipakai, walaupun sudah nak lusuh dan hampir lunyai – maka selagi itulah akan terus diulang basuh dan diulang pakai.

Yang paling sadis sekali, lihatlah gambar yg sertakan ini, belum pernah saya tengok di mana-mana tempat di bumi Malaysia ini ada org yg basuh semula diapers ataupun yg org selalu sebut sebagai ”pem-pes” (nama umum untuk lampin pakai buang) sesudah dipakai.


Semua kwn-kwn saya yg pi tu jadi terkejut, depa dok cerita kat rumah depa, pem-pes pem-pes berbagai jenama ini, lebih pakai, gulung-gulung lipat buang lempaq masuk tong sampah. Yang ini, lepas pakai, buang semula isnya, kemudian dibasuh, dijemur dan dipakai semula. Macam ni punya dok ada, tak tau nak habaglah.

Kalaulah kita semua ini, tak kira apa parti dan apa jua latar perjuangan selalu dok sibuk dengan kisah bisness dan projek juta-juta million dan laksa, hari ini mailah kita sama-sama muhasabah diri masing-masing: di kala kita dok kalut dan gelut dengan kisah projek jutaan laksa ini, masih ada rakyat marhain di bawah sana yg nak makan hari-hari pun masih berkira, yg susu anak ada tak ada pun masih belum tentu, dan yg masih dok pakai pem-pes recycle & diulang basuh ini pun masih ada!!

Malulah kita semua!

Siapa yg dok amik tau pasal rakyat-rakyat marhain kat bawah ini? Tak payahlah nak salahkan kerajaan atau pembangkang. Kita yg hidup senang dlm dunia kita masing-masing ini mailah kita sama-sama pikul tanggungjawab tu. Ada masa jomlah masuk ke kg-kg buat kerja amal tolong saudara saudara kita yg memerlukan ini. Tak ada apa yg ruginya kalau kita buat kerja-kerja amal ini.

After all, seperti pesan Ustaz Mutalib Maarof dalam khutbah jumaat itu tadi, hidup kita ini tidak ada apa, semua harta benda dan kekayaan yg kita ada ini hanyalah ujian dan sebagai cubaan belaka. Semuanya tidak akan tinggal kekal, lambat atau pun cepat, pasti akhirnya kita semua akan mengadap yg Esa jua.

Mailah kita sama-sama kutip pahala di dunia ini sementara ada.

Sekian. Moga sedikit tazkirah ringkas ini ada manafaatnya buat kita semua.

moniermatdin@yahoo.com
2 Mei 2010
http://www.moniermatdin.blogspot.com

3 comments:

Mohd Monier Bin Mat Din said...

From: FAZLI SAID

salam smua. br ada pluang nk tengok coretan sahabat smua. balik dari JJMk, malamnya terus kena kerja malam directly. cover partner brcuti plak.

Alhamdulillah, moga usaha kita smua dberkati Allah. yang
brcadang nk join boleh plan siap2 hajat tu. mmg penuh keinsafan bila
lihat dgn mata kepala sendiri, keadaan kehidupan saudara kita yg serba kedaifan.

Rasanya kalau diri kita sendiri yg berada d tmpt mereka, mungkin kita pun tak sanggup.. terima kasih atas smua belanja dr sahbat atas segala makan dan minum.

Mohd Monier Bin Mat Din said...

From: Sharulnizam Mohd Tamizi

Assalamualaikum. ..

1st nak ucapkan timer kasih kepada individu yg tolong bayar segelas kopi utk saya pagi tu..Saya tak tau sapa yg bayar sebab duk sembang ngan Bro Fazli dan masa nak bayar tu mkcik tu cakap dah bayar semua dah.Syukur Alhamdulillah.

Masa di meja makan tu saya tengok riak muka gang WK begitu bersemangat sekali tapi muka saya sembab skitlaa sebabnya saya tak cukup tidor hehehe...maklumlah pertukaran plan last minit yg mana saya ubah haluan pulang ke kg mertua utk hantar family dan tiba dlm kul 4 pagi..Alhamdulillah saya sempat juga sampai walaupun kekawan tengah duk bersarapan pagi tu.

Bro Wahab join ngan saya 1 keter dan byklah perkara yg kami sembangkan berkenaan WK..tapi selepas melawat 2 buah rumah,kepala saya jadi berserabut yg sememangnya saya memang nampak serabut (YB Monier tegur pagi tu) .

Memula rasa goyang gak bila nak bawak keter masuk ke kawasan sawah ni sebabnya yg 2 bijik kat depan tu Triton memang gah skali masuk sampai ke dalam tapi disebabkan bukan lesen beli maka gagahkan jugak masuk hehehe..dengan bantuan dari rerakan dalam 2 Triton tu..Agak penat jugak tapi masa mengangkut barang ke rumah mereka tu rasa bersemangat semula tambahan melihatkan anak2 yg hadir sekali turut gembira dan bersemangat. Bila sampai ke rumah2 tu memang rasa agak sayu juga melihat persekitaran yg ada.Tak kesahlaa Isu 15 tahun lepas ke..2 tahun memerintah ker tapi hakikatnya mereka dah lama menjalani kehidupan sedemikian.

Mereka mungkin terharu dengan kehadiran WK ke sana.Pak Mid memang nampak tak senyum langsung masa aritu..nampak cam General tengah baca peta cari lokasi seterusnya hehehe..ampun Pk Mid.Jurucakap kami memula YB Monier tapi lepas tu byk pulak yg jadi Uwartawan namun sedikit sebanyak dapatlah tahu cerita persekitaran yg ada.Bro Lukman memang nampak cool abis....walaupun tersesat sekejap hehehe..

Setelah selesai 7 buah keluarga diagihkan sumbangan... Bro Shukri sempat buat kejutan pd kami,Jutaan terima kasih kepada Taikun Herba kita memberi secara percuma product terbaru yg sedang diiklankan kini.

Setelah selesai makan kenduri kami berjemaah di masjid bersebelahan Pusat Tahanan ISA dan beransur pulang.Hujan memang lebat petang tu dan saya menghadapi kesukaran utk meneruskan xtvt mengagihkan sumbangan kepada beberapa keluarga di Kuala Ketil/Baling. .Memang sukar utk keter saya nak masuk ke kampung2 tu masa hujan lebat ni...nampaknya kena ikut jejak Triton gaklaa tapi maapler saya pro pd Ford...Jd kena cari Ford ranger lak ler hehehe.

Memandangkan menghadapi kesukaran di sana..saya beransur pulang ke rumah mertua dan pd pagi besoknya 2nd May 2010.Saya membawa barangan sumbangan diagihkan kepada beberapa keluarga disekitar Gerik Perak.(citer pasal keluarga2 tu akan disiarkan nanti) tapi malang tak berbaur sebab pd asalnya saya nak sambung agihan pd sebelah malamnya tetapi tak kesampaian sebab keter saya langgar Musang besar gak dan ada skit kerosakan pd baharian bawah hadapan keter saya.Jd saya ambik keputusan Bulan JUN utk turun lagi.

Penat memang penat tapi puas hati bila dapat buat xtvt camni.

Rumah tepi sawah
Padi dari sawah
Kami datang bawa hasil dari sawah
Utk mereka yg tinggal tepi sawah.
Jauh atau dekat dari sawah
Kita tetap makan padi dari sawah.
ComRade

-Sharul-

Mohd Monier Bin Mat Din said...

From: Mohd Faizal

Alhamdulillah ... dapat jugak sy n family join aktiviti amal ni ....
dah lama nak join aktiviti ni tapi disebabkan biro amal kita selalu buat kat area kedah n jauh sikit tu yg x dpt nak join ....
bg area kl sy ada gak join warikh n shahrul utk aktiviti amal ni , cuma disini kami lebih tumpukan rumah anak² yatim n PPRT ,

pada mulanyer sy nak pergi sorang jer , kebetulan pg tu anak² sy bangun awal n tanya ibunyer nak pegi tak , n ibu dia ckp nak ikut tu yg sy bawak 1 family ,
biasa ler bebudak bila ckp nak berjalan semua pakat nak ikut , anak sulong sy x henti² tanya , kita nak pegi mana ayah ? so sy ckp kita nak pegi tlg org miskin yg kurang mendapat bekalan makanan , bebudak kalau dia x dpt ape jawapan yg puaskan hati dia selagi itu dia tanya , kenapa dia x cukup makan , kenapa rumah dia camtu kenapa ini kenapa itu , susah gak ler nak menjawabnyer ....

masa dirumah Encik Hamsah sy ckp kat anak sulong sy tengok adik tu pampers dia pon ibu dia basuhkan blk , tapi along kencing sikit pon ayah dah buangkan , nengok beruntungnyer along bukan kat tempat diaorg , diam anak sy sekejap , nengok mcm paham ape yg sy ckpkan , tapi x tau ler ....
melihat keaadan rumah en hamsah sesiapa shj akan meruntun jiwa menjadi sebak , x sangka pada masa ni ada lg keluarga yg duduk kat rumah yg x seperti rumah ....

kat umah kak ramziah pulok , nampak sgt anak sy anak munir n anak shukri mcm x pernah nengok ayam , nasib baik laaa ibu ayam tu paham bebudak ni x pernah nengok aku kot , tu yg dia diam tu , takpa laaa hangpa nak usap aku n anak aku pon x pa jgn hangpa amik anak aku dah .... selalunyer bila ibu ayam tgh mengeram dia akan garang sikit tapi ni tak , dia biar jer bebudak tu main ngan dia .......

selepas pulang dr rumah kak ramziah sy x dpt join wahab n the gang pegi makan kenduri sbb , anak² sy x blh bwk majlis , jap gi ada jer yg menjerit .....
dlm perjalanan pulang sampai di kamunting kami dibasahi hujan rahmat .... bini sy ckp , nengok bang tadi kita bg bantuan punya laaa panas nengok ALLAH balas blk kejap jer , dia bg sejuk blk badan kita n tlg basuhkan keter kita yg dah 2 bln rasanyer x basuh ...

akhir kata sy nak ucapkan tahniah kepada pendokong watak utama dlm misi bantuan amal ni khas buat pak mid , wahab , munir , aznee , lukman ,shahrul , shukri , abg lebai n sorang lg sy lupa nama ..... dan amnyer kepada kengkawan GE n semua kengkawan yg sudi menyumbangkan bantuan .... semoga usahah kita dirahmati ALLAH aminnnn.....

note : insyaALLAH kalau ada kelapangan n ada misi bantuan yg lain akan sy ikuti .... byk benda yg sy dpt berlajar dr apa yg sy lihat .....


jazakumulllah
faizal .......