Alhamdulillah pada 5 hb Disember 2015 yg lalu, setelah dirancang hampir 3 bulan, program JJMS (Jln2 Masuk Sekolah) NGO Wargakilang masuk ke kampung2 di pedalaman Bota/Parit/Layang/Lambor Perak membawa sumbangan persediaan masuk sekolah anak2 asnaf dan sedikit barang2 keperluan harian berjalan lancar. Semua sekali, hampir 70 buah kenderaan pelbagai jenis rakan2 dari seluruh pelusuh Tanah Air, yang rata-ratanya cuma kenal sesama sendiri melalui medan FB turun menyertai konvoi kemanusiaan ini.
Target sumbangan ialah untuk 50 keluarga asnaf dengan kurang lebih 150 anak-anak mereka yang sudah dikenalpasti.
Seawal jam 8.00 pagi semua peserta berkumpul di medan perniagaan Titi Gantung, Bota Kiri dengan barang2 sumbangan masing2. Barang2 ini kemudiannya disusun dan diagih2kan menjadi 50 lot, satu lot untuk setiap keluarga
70 buah kenderaan perlbagai jenis sarat dengan barang2 sumbangan membelah hening pagi di kawasan permatang sawah bendang menuju ke Kampung Titi Gantung.
Orang mungkin tanya, mana hangpa dapat 50 asnaf dan 150 orang anak2 yang layak dapat bantuan itu?
Kalau ada satu benda yang kami boleh belajar drpd pengalaman kami duk masuk merata cerok kampong di seluruh bumi Malaya dah lebih 10 tahun dah ini, ada satu benda nak kongsi - di bumi Malaysia ini, kalau nak tau siapa keluarga susah, budak mana yang mai sekolah kasut koyak rabak, baju sekolah duk pakai hat tahun lepas dll boleh pi tanya Cikgu Sekolah.
Hanya Cikgu Sekolah yang tau budak mana waktu rehat pura2 tidur dlm kelas, tahan lapaq tak keluar makan sebab tak bawa duit mai sekolah. Hanya Cikgu Sekolah yang tau budak mana yang masuk tahun baru pakai "seluar baru" hat mak dia adjust, recycle seluar yang Abang dia pakai tahun lepas. Hanya Cikgu Sekolah yang tau budak mana yang mak ayah bercerai berai, dia ditinggalkan duduk dengan Tok Wan yang tua dan uzur, rumah usang harap bantuan JKM.
Dalam satu kes kronik bulan puasa di Kedah, melalui Cikgu Sekolah saya dimaklumkan satu kes budak miskin nampak terkulai teruk sangat dalam kelas, bila Cikgu tanya, dia habag kata pagi tadi tak sahur sebab tak dak benda nak makan, dan nak buka puasa petang itu pun tak pasti lagi apa benda yang ada untuk dimakan; hebatnya Cikgu Sekolah - boleh tau sampai tara tu !!
Kerana itu, untuk program di Bota ini kami minta bantuan Cikgu Sekolah, sepasang suami isteri Cikgu Rosli dan Cikgu Azzah, dua-dua grad dari Amerika tapi pulang mengabdikan diri jadi Guru Biasa di daerah kelahiran mereka di Bota, Perak - walaupun ditawarkan dengan pangkat dan jawatan yang lebih tinggi sesuai dengan kelulusan dan jawatan mereka.
Cikgu Rosli (kopiah putih) dan isterinya Cikgu Azzah; kebetulan mereka berdua dan kami suami isteri adalah rakan satu University waktu di Amerika dulu. Bangga dapat sama-sama turun dgn rkn2 di NGO Wargakilang untuk "payback to society"
Modus operandi Wargakilang - sebulan sebelum hari program, aktivist NGO Wargakilang telah turun ke kg2 di pedalaman Bota, Perak ini bawa kain baju dan kasut sample dari Penang, mai ukur dan amik size anak-anak asnaf berkenaan.
Dua orang aktivist Wargakilang, Tn Hj Sattar dan sdra Zairi sedang mengambil ukuran size baju dan kasut anak-anak asnaf, sebulan sebelum konvoi JJMS Wargakilang datang.
Antara keluarga asnaf yang ditemui sewaktu proses riki/bancian dan interview oleh skuad riki Wargakilang ialah keluarga En Zainon (Dua anak sekolah, seorang di IKM).
Melangkah saja masuk saja ke rumah di tepian bendang yang sempit ini, boleh terasa warna kemiskinan terpapar di merata-rata.
Di sinilah ruang tamu, di sinilah tempat tidur, di sinilah tempat anaknya tengok TV dan di sini juga tempat mereka study - cuma ada sedikit ruang dapur yang dipisahkan dengan sedikit kepingan bata tidak berplaster. En Zainon dulunya kerja kampung, sekarang ini uzur tak mampu bekerja, isterinya pula surirumah sepenuh masa; Alhamdulillah ada jiran2 dan saudara mara yg membantu setakat yang terdaya.
Di Center yang pertama di KgTiti Gantung, saya selaku MC menjemput keluarga En Zainon sebagai Penerima No-1 daripada 50 orang Asnaf yang bakal menerima sumbangan yg kami bawa ini.
Sdra AJ Johan (tengah) yang bertanggungjawab tolong jual KUPON dalam FB untuk dapatkan dana pakaian sekolah untuk anak2 asnaf ini, bersama Imam Wan dan Bilal Din daripada team SAR (Surau Arrahman, Sg Tiram Penang) mewakili konvoi menyampaikan sumbangan makanan dan beg sekolah utk anak2 En Zainon. Sdra AJ minta anak En Zainon, Adik Shukri try test pakai baju sekolah yang dibawa.
Konvoi bergerak ke center yang seterusnya di Bota Kiri.
Antara penerima sumbangan ialah En Ahad Suhaimi, yang matanya Kabur.
Melihat pakcik ini mengingatkan saya kepada satu kata-kata bermadah yang pernah saya terbaca di mana tak ingat, dia itulis lebih kurang bunyinya:
"Sometimes when I heard someone said
his/her life is hard, I was tempted to ask Hard Compared to What?"
Maksudnya, kdg2 bila terdengar ada org kata
hidupnya sukar, penulis rasa mcm nak tanya balik - Sukar nak dibandingkan dgn
Siapa?"
En Ahad yg kami temui dlm
program JJMS bantu asnaf di Bota Kiri, Perak - jalan terketar2, menapak pun
slow2 pelan2 selangkah selangkah, mata kabur - bila sembang dgn kita
matanya pandang ke arah lain.
Ada anak2 sekolah, isteri tak bekerja. Dlm
keadaan tak berapa nak boleh berjalan laju dan mata rabun tu pun masih boleh
duk buat kerja amik upah potong rumput utk menyara keluarga.
Bila saya tanya dgn mata rabun tu boleh
potong rumput ka? - dia kata insyaallah boleh, nampak sikit2 dan main agak2 ja
kot. Jenuh nak mesin rumput kalau main agak2 aja
- tapi demi sesuap nasi, jln terketar2 pun diredah jua.
Sdra Ridwan dari Tasek Gelugor sedang menyampaikan sumbangan utk En Ahad
Keluarga di bawah ini pula mengingatkan saya kata-kata orang alim, kadang-kadang Tuhan kalau dia nak uji kita, dia uji dengan bertimpa-timpa. Satunya, ujian itu nak tengok sama ada yg diuji itu sabar atau pun tidak, kalau sabar insyaallah ada pahala yang menantinya. Yang kedua, nak tengok sama ada kita yang melihat mereka yang diuji itu nak bantu atau pun tidak, kalau bantu insyaallah ada pahala yang menunggu.
Kisahnya, ada satu keluarga lima orang anak. Si Ayah dulunya kerja drebar lori, accident terbabas. Nama blacklist jpj sebab saman
byk. Dulu sewa rumah kat Kuala kangsar. Sekarang nie pulang menetap di kg halaman
bawa balik anak isteri, tinggal di rumah yg kakak2 tolong buat.
Si ayah nie ada penyakit gaut, tangan kanan
tak kuat sebab accident. Sekarang ini kerja kampung dgn punca pendapatan tak menentu;
amik upah meracun, menebas dll ikut kawan.
LIMA orang anak2nya Tuhan uji macam-macam:
No 1 Sulung perempuan, mulut sumbing.
No 2
Badan besar (obesiti).
No 3
Sakit jantung, sakit saraf dan lembik tulang.
No 4
Asma.
No 5
Baru 2 bulan (tak tau lagi nak sakit apa)
Yang No 3 ini ada masalah jantung, sakit saraf dan lembik tulang
Kaki dan Tangannya jadi lembik, boleh dilipat-lipat macam plastik
Sdra Ahmad Radzi aktivist Wargakilang dari Teluk
Kumbaq, Penang dalam laporannya setelah pulang dari lawatan riki ke rumah keluarga ini hari tu mesej kat saya, dia tulis:
"Nak mai rawatan ke Penang tak ada
transport; kena mai naik bas, kemudian naik feri, lepas tu amik bas. Naik bas balik hari, biasanya
rawatan tu pukoi 10 pagi, nak mai pagi tak dan pasai nak kena hambat
bas, kena mai sehari awai, kena sewa tempat tidoq -.tu yang tak mai tu sebab tak
mampu"
Nak amik duit mana nak nek bas nak amik
feri nak cross mai Penang, sewa hotel dan lain2; ayah pun kais pagi makan pagi ja
nak bagi anak2 makan. Ini adalah contoh keluarga asnaf yang sudah sampai ke tahap layak terima beras
fidyah. Keluarga ini menerima sumbangan brg2 makanan dan pakaian serta beg sekolah untuk anak-anak mereka di Center 2 di Bota, Kiri.
Seterusnya konvoi bergerak ke Center-Center lain di Tanjung Belanja, Layang dan Lambor, Perak. Di setiap lokasi, setiap keluarga menerima sumbangan pakej barang2 makanan, dan anak-anak mereka menerima beg sekolah masing2 yang di dalamnya mengandungi set alatulis dan juga pakaian dan kasut sekolah yang sudah diukur sizenya oleh team Wargakilang yang datang ke kampung mereka sebelum ini.
Tiga orang aktivist Wargakilang bergambar dengan anak-anak asnaf tiga beradik, adik Danial(7), adik Saifuddin (11) dan adik Shahari (13), bersama dengan beg sekolah masing-masing.
Puan Ila (tudung merah) antara yang pertama kali ikut program kami, mewakili rakan-rakan sedang menyampaikan sumbangan beg sekolah dan pakaian sekolah di dalamnya kepada salah seorang penerima.
Beg-beg sekolah berwarna Pink dan juga beg galas berwarna Hijau ini adalah sumbangan daripada Team CSR PETRONAS - terima kasih Petronas.
Di setiap lokasi, sementara menanti kawan-kawan siap menyusun barang, saya interview ringkas setiap penerima untuk tujuan rekod dan sedikit perkongsian biodata dan kisah hidup dengan kwn2 yang hadir.
Kakak ini namanya Puan Harlina Bt Jamaludin, Ibu Tunggal 4 orang anak. Suaminya meninggal dunia waktu umur anaknya yang sekarang ini 2 tahun baru berusia 2 bulan. Ada 3 orang anak-anak bersekolah. Dengan pendapatan kerja mencuci RM500-600 sebulan, tolak belanja anak-anak sekolah, baki yang tinggal nak beli BERAS dan makan minum pun terpaksa bercatu. Bila terdesak sangat, terpaksa berhutang dengan majikan atau pun minta bantuan saudara mara.
En Azlan Ibrahim, Manager PETRONAS dari jabatan Corporate Social Investment, Group Strategic Communications Division Petronas sedang menyampaikan sumbangan kepada Puan Harlina dan seorang anaknya yang hadir.
Selain Petronas, konvoi kemanusiaan Wargakilang ini juga turut disertai oleh Team dari USM Pulau Pinang.
Dr Afeezah drpd team PJJ USM sedang menyampaikan sumbangan
Keadaan yang serupa di setiap lokasi, para penerima menunggu sejak dari awal dan barang2 disusun mengikut senarai nama2 keluarga yang sudah dikenalpasti. Setiap beg ada tag nama anak-anak asnaf berkenaan untuk memudahkan agihan.
Hujan lebat di center terakhir di lambor, Perak. Saya tiada pilihan terpaksa berdiri atas anak tangga sebagai MC mengatur cara majlis.
Ikut senarai yang ada pada saya, di center ini ada seorang Ibu Tunggal yang teringin saya nak jumpa, Puan Noni, Ibu Tunggal yang membesarkan 11 orang anak-anaknya seorang diri sejak suaminya meninggal accident 7 tahun lepas, tapi dalam kekalutan hujan lebat tak sempat nak ambil gambar dan bersembang panjang dengannya. Insyaallah sumbangan makanan dan pakaian/beg sekolah membawa manfaat besar untuk keluarga beliau. Terima kasih semua.
Program berakhir kurang lebih jam 6.00 petang dengan hujan lebat mengiringi kami pulang.
Terima kasih Tn Hj Satar, Ketua Unit Trafik Wargakilang dan Team yang membantu melancarkan perjalanan konvoi hampir 70 buah kereta ini, bukan satu kerja yang mudah.
T/kasih sdra Bob dari INTEL selaku sweeper yang menjadi kenderaan yang terakhir dlm konvoi mempastikan semua kereta sampai ke lokasi yang dituju.
T/kasih sdra Din Setongkol, Ketua Unit Siar Raya Wargakilang yang mempastikan PA system tersedia di setiap lokasi. Tanpa pembesar suara, suasana Jln2 Masuk Kg akan jadi sunyi sepi.
T/kasih kepada Mastermind, Tn Hj Efendy yang menjadi kenderaan yang pertama tiba ke setiap lokasi, tolong pastikan semua penerima ada bersedia, setengah jam sebelum konvoi tiba. Tkasih juga kepada sdra Wahab (YDP Wargakilang) dan juga sdra Aznee (SU) yang berusaha di sebalik tabir tapi tak dapat sertai konvoi ini kerana ada hal. Tkasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dalam menjayakan konvoi JJMS Wargakilang di Bota, Perak. Tkasih.
Pulang saja dari Bota, Perak saya dapat wasap mesej daripada seorang hamba Allah yang baru kali kedua rasanya ikut konvoi kami masuk kampung ini. Dia tulis lebih kurangnya, dia jadi terkejut pulang saja dari ikut konvoi kami ini, tak semena-mena Boss dia offer naik gaji !!
Saya tak tau nak kata apa sebab ikut pengalaman yang lepas2, macam2 dah kisah mistik yang kami dengar dan kami alami sendiri hasil duk buat kerja masuk kampung bantu orang susah ini, cumanya terpulanglah kepada orang nak percaya atau pun tidak.
(Ikut rekod yg pada saya, hamba Allah ini cuma bawa mai 50 kampit bihun, satu kampit untuk setiap keluarga aja, tak banyak mana pun - tapi mcm orang alim kata, Tuhan tak pandang berapa banyak yang kita bagi tapi lebih kepada berapa IKHLAS yang kita beri. Wallah hu aklam)
Bila saya post mesej hamba Allah di atas dlm FB saya, ada seorang rakan FB nama Puan Aizurene dari Ipoh, Perak; dia yang pertama kali join aktiviti kami, dia tulis dia pun ada alami benda mistik yang sama tapi bukan dalam bentuk duit; dia cerita TANGAN kanannya yang sakit yang amat, dah dua minggu dah nak pusing pun sakit, sekarang ini terus LEGA, sembuh macam tu saja !!
(Komen drpd Puan Aizurene dalam FB saya)
Saya belek-belek gambar2 dalam simpanan saya, ada dua gambar beliau seperti di bawah.
Puan Aizurene (kacamata hitam) sedang menyampaikan sumbangan kpd Pn Jariah, Ibu Tunggal anak 8, kerja menoreh getah, lima masih bersekolah.
Puan Aizurene in Action.
Mungkin ligatnya beliau tolong pass barang, beg dan beras di setiap center yang kami singgah tu membantu blood circulation (melancarkan aliran darah) kat tangannya, natijahnya sakit tangannya yang berminggu2 itu dengan izin Allah SWT terus sembuh dan lega seperti sediakala. Wallah hu aklam.
Last sekali, tiga hari selepas konvoi JJMS Wargakilang di Bota ini, saya dapat wasap mesej daripada seorang kenalan, bekas rakan sekerja saya yang mengikut suaminya berhijrah mengikut lokasi kerja merata-rata. Suaminya yang bekerja sendiri ini, untuk program JJMS Bota ini dia taja pakaian sekolah untuk 75 orang anak2 asnaf. Antara anak penerimanya ialah adik Robiatul Adawiah dalam gambar di bawah ini.
Bekas rakan sekerja saya yang suaminya taja 75 orang anak2 asnaf ini tertarik dengan gambar di atas, beliau menulis:
Ibu mertuanya baru2 ini kena Cancer dan nak kena buat kimo. Biasanya kalau dah buat kimo, akan bertambah teruk - tapi dalam kes mereka ini, ibu suaminya ini terus LEGA dan SEMBUH selepas kimo yang pertama.
Dlm wasap yang seterusnya, beliau mengucapkan tkasih yang tidak terhingga kpd seluruh team konvoi kemanusiaan JJMS Bota ini, katanya sekurang2nya ia memberi peluang kepada mereka sekeluarga untuk terus mengutip pahala berbakti kepada bonda mereka yang tercipta itu. Wallah hu aklam.
Sekian laporan program Jln2 Masuk Kampung NGO Wargakilang untuk kali ini, sehingga ketemu di lain kali. Jangan serik untuk bersedekah dan membantu orang susah kerana sesungguhnya sedekah itu selain dapat menggamit rezeki, ianya juga mampu menyembuhkan penyakit. Tiga kisah di atas antara bukti yang nyata.Terima Kasih.
Mohd Monier Mat Din
10.12.15