Wednesday, July 15, 2009

Ceramah Motivasi 'Aku Yakin Boleh'

15 July 2009



Hari sabtu yg lepas 11 Julai 2009, sekali lagi team Motivasi NGO Wargakilang.com dijemput untuk memberi ceramah motivasi kpd pelajar-pelajar sekolah, kali ini di Sek Men Keb Bakti, Tasek Gelugor Pulau Pinang.

Sebelum ini, team ini sudah pernah turun memberi ceramah motivasi di sekolah-sekolah di sekitar Kedah dan Pulau Pinang, dan baru-baru ini di Kuala Lumpur dengan kerjasama Muslimat JIM Pusat.

Team Motivasi Wargakilang.com ini bukanlah terkenal macam syarikat-syarikat konsultant motivasi bertauliah yg selalu dok turun pi mtvc merata tu; ya lah org lebih prefer panggil pakar motivasi berbayar berbanding dgn team mtvc NGO Wargakilang.com yg dok buat kerja secara amal saja, FOC tanpa sebarang bayaran.

Malam itu, ada 5 orang penceramah Biro Motivasi Wargakilang yg turun:

1. Sdra Warikh, dulu kerja Engineer kilang, sekarang berkat kerja ikhlas dia dok buat kerja-kerja amal secara FOC ini, alhamdulillah Tuhan dah bayar cash kat dia. Beliau yg berkelulusan dlm bidang Engineering dari UK ini, sekarang dah bergelar Jutawan; beliau merupakan YDP NGO Wargakilang.

2. Sdra Yusaini, dulu kerja Engineer kilang gak, sekarang beralih arah jadi Pensyarah kat sebuah IPT tempatan, berkelulusan dlm bidang Engineering jugak drpd USA; beliau merupakan Pengerusi Biro Motivasi NGO Wargakilang.

3. Sdra Aznee, sekarang seorang Engineer, kat kilang INTEL, berkelulusan dari UK, pendatang baru dlm arena motivasi secara FOC ini. Terima kasih Aznee sebab sanggup turun mai mlm tu, tinggal anak bini, mai turun buat kerja amal semata-mata lillah hi taala nak kongsi ilmu dan tips/petua dengan anak-anak bangsa.

4. Sdra Azman, penceramah tetap team MTVC Wargakilang.com, seorang Engineer (dah melompat banyak kilang dah, pernah merasa pahit getir hidup dlm VSS), berkelulusan dari Ireland.

5. Last sekali, saya lah, anak kampung dari Baling, Kedah, memandai-mandai aja turun mai ceramah kat anak-anak org pekan kat Tasek Gelugor, Penang mana ni.

Saya rasa bukan isi ceramah tu yg saya nak habag, tetapi saya nak kongsi kat sini macam mana sambutan anak-anak kita kat sekolah tu; mlm tu yg turun semuanya budak-budak Asrama, sampai pukul 12:00 lebih budak-budak tu masih terpaku kat situ, tak nampak pun macam mengantuk ka boring apa ka; depa nampak puas hati sungguh, sehinggakan ada sekumpulan pelajar-pelajar tu siap hantar kami sampai ke pintu kereta.

Daripada sembang-sembang dgn depa lepas motivasi tu, saya merasakan bahawa anak-anak kita kat sekolah-sekolah nu depa amat dahagakan tips dan motivasi drpd kita-kita yg sudah berjaya dengan career masing-masing ini.

Kalau setakat tips/petua drpd pakar-pakar motivasi yg memang khusus dlm ilmu motivasi ini, depa dah selalu dengar dah. Depa nak dengar sendiri drpd mulut-mulut org-org yg sudah berjaya melalui pahit getir hidup seorang pelajar dan seterusnya seorang mahasiswa itu.

Saya seperti biasa, sebagai MC, saya selalu buka majlis dengan berkata:

"Adik-adik, pernahkah dengar cikgu kata belajar sampai BERJAYA?"

Pernah!!

"Macam mana yg dikatakan orang yang sudah BERJAYA?"

Masing-masing senyap.

Saya kata:
"Ha, di hadapan adik-adik ini, En Warikh, En Yusa, En Aznee dan En Azman; inilah antara contoh-contoh orang-orang yg sudah BERJAYA yang cikgu adik-adik selalu dok habag tu. Insyaallah, malam ini mereka akan berkongsi Tips dan Petua dengan adik-adik macam mana nak jadi seorang yang berjaya ".

Saya lihat selepas tu, ramai yg dok kalut buka buku nota catit setiap kali penceramah memberi tips dan ceramah motivasi masing-masing. Mereka pakat terpaku bila rakan-rakan saya tu dok cerita dan tunjuk gambar-gambar sewaktu depa di Amerika, UK, Ireland dan mana nu.

Saya rasa puas hati sungguh melihatkan sambutan yg begitu menggalakkan dan kerjasama yg begitu baik yg diberikan oleh murid-murid yg hadir tu tambah-tambah tatkala sessi Latihan Dlm Kumpulan (LDK) bila mana sdra Warikh bagi setiap kumpulan teloq seorang sebijik plus bahan-bahan sampingan, dan minta setiap kumpulan design bekas supaya teloq tu tak pecah bila dijatuhkan daripada tempat yg tinggi - 1st year Engineering project masa saya kat US dulu.

Antara babak yg saya rasa agak menarik ialah bila mana saya tunjukkan slide gambar IJAZAH yg saya terima kat Universiti dulu. Rupa-rupanya majoriti budak-budak tu tak pernah tengok pun apa ke benda tu yg cikgu selalu sebut kat depa segulung Ijazah tu. Hah! mlm tu bagi sebahagian besar mereka, buat pertamakalinya depa dapat melihat sendiri apa ke nama tu yg dikatakan sebagai segulung IJAZAH. Moga ia akan menjadi katalist untuk mereka lebih bersemanat untuk menuju ke puncak jaya!.

Bila majlis berakhir, saya puas hati sungguh bila mana sewaktu ceramah penutup budak-budak tu melaungkan dengan penuh semangat kata-kata peransang yg kami berikan, bergema satu dewan:

Kami tak lemah Matematik!
Kami tak lemah Sains!
Kami tak lemah Bahasa Inggeris!
Kami Boleh!
Malaysia Boleh!
(dan beberapa kerat lagi rallying cry yg lain)

Saya sungguh-sungguh puas hati sebab walaupun ceramah motivasi kami hanyalah FOC, secara percuma sahaja sebagai apa nama tu "A Pay Back to Society" - sebagai satu cara untuk kami membayar kembali kpd masyarakat yg bertanggungjawab menaja kami hingga berjaya melanjutkan pelajaran ke Amerika, UK, Ireland dan mana-mana tu - tetapi kami rasa amat berbaloi sungguh bila melihat sambutan penuh bersemangat oleh pelajar-pelajar berkenaan, juga feedback positif yg diberikan oleh 3 orang Guru Bertugas yang hadir itu.

Kami cuma berharap, di tempat lain di Malaysia, akan ada juga group-group yg serupa dengan kami dapat melakukan perkara yg sama. Insyaallah, jika kita sama-sama melakukan kerja amal membantu anak-anak bangsa yang memerlukan, kesinambungan peradaban bangsa kita ini insyaallah akan terus berpanjangan,; dan di akhirat kelak, seperti mana kata org alim: Apabila matinya anak Adam, cuma ada 3 perkara yg dtinggalkan. Antaranya ialah Ilmu yg diajar kpd orang lain, dan dimanafaatkannya dalam kehidupan.

Sekian, sekadar ingin berkongsi cerita, nak habag kata di celah-celah kemelut politik yg melanda bangsa kita ini, masih ada orang-orang kita yg mengambil jalan tengah untuk turun sendiri membantu anak-anak bangsa tanpa mahu menyalahkan mana-mana perkumpulan. Ada masa, jomlah pi turun bimbing anak-anak kita di luar sana ini.

Moga ada manafaatnya.


moniermatdin@yahoo.com
15.7.09

No comments: