Sunday, December 5, 2010

Jln-Jln Masuk Sekolah: NGO Wargakilang

Dalam AGM (mesorat agong) NGO Wargakilang yang berlangsung baru-baru ini, ada kawan-kawan yang mengusulkan agar tahun ini team Wargakilang dapat berbuat sesuatu untuk meringankan bebanan keluarga-keluarga yg berkenaan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan untuk anak-anak mereka. Bukannya apa, sebab semua orang yang ada anak, tak kiralah yang kerja besar atau pun yg kerja kecil, depa akan tau betapa peritnya nak kena kontrol budget tiap kali musim masuk sekolah menjelma.

Lantaran itu, hujung minggu yang lalu (4/12/10), di celah-celah kesibukan kerja dan beberapa undangan kenduri kahwin yg terpaksa diketepikan; dan juga di antara muncungnya mulut orang rumah, kami alhamdulillah dipermudahkan urusan dan diberi kesempatan untuk masuk ke beberapa buah kampung di pedalaman SIK, Kedah untuk mengenalpasti anak-anak yang memerlukan bantuan persekolahan mereka kali ini, seperti beg/baju/kain/seluar/kasut dan sebagainya.

Semua sekali, kami berjaya mengunjungi 8 buah keluarga di beberapa buah kampung yang berlainan; anak-anak mereka yang termasuk dalam senarai kami semuanya 18 orang. Oleh kerana masa yang agak suntuk – kerana setiap anak2 itu kami terpaksa ambik masa untuk ukur size baju, seluar/kain dan juga kasut – maka yang selebihnya (7 buah keluarga lagi) dikenalpasti oleh contact kami di kawasan kampung berkenaan. Jumlah besarnya ialah 32 orang anak-anak dari darjah 1 hinggalah form 5.

Dalam banyak-banyak rumah yg kami kunjungi, ada 2 buah yang membuatkan kami jadi agak terkedu, kerena perjalanan kami masuk kg kali ini bukanlah misi masuk kg bantu org miskin mcm yg kami biasa buat itu; tapi kali ini kami cuma nak cari budak-budak sekolah yang sedikit kurang berada untuk diberi bantuan, bukannya nak zoom cari keluarga miskin dan daif mcm selalu.

Tapi, mungkin sudah destini kami barangkali, tiap kali masuk kg mesti dipertemukan dengan keluarga miskin dan daif mcm dua buah keluarga ini.



Keluarga pertama: Ibu tunggal dengan 3 anak tinggal menghuni sebuah bangsal yang dibina secara tergesa-gesa oleh org2 kampung dengan bantuan RELA di atas tapak bekas rumah pusaka arwah org tuanya, setelah perjalanan hidup mentakdirkan beliau dan anak-anak terusir dari rumah Mentua.

Sdra Shukri, Timbalan YDP Wargakilang sedang mengukur size baju anak sulung Pn Noraziah ini. Tahun depan Darjah 4, size baju: lebar bahu 37cm, ukurlilit pinggang 60cm, panjang seluar 73cm, kasut tapak bawah 25 cm. Anak no-2 masuk PRA tahun depan, yang kecil masih menyusu – x mampu beli susu cuma mengharap susu free dari klinik kerajaan.

Sebuah lagi keluarga hampir mengejutkan kami, suami isteri dengan 4 org anak tinggal menghuni di sebuah rumah/pondok berbumbungkan kain tarpan.


Keluarga kedua: Bila ditanya nak ke pindah kalau ada kawan nak offer kerja kat Penang mana nu. Tanpa 2nd thought, Puan Zuraini terus saja jawab: "Boleh juga, teruk sangat rumah ini, budak-budak nak baca buku pun susah, tambah-tambah pula kalau hari hujan, bocor dan basah sana sini!".

Anak-anak Puan Zuraini, Tahun depan darjah 4 (size: bahu 38cm, ukurlilit pinggang 63, panjang seluar 72, kasut tapak bawah 25), darjah 2 (bahu 32, ULP 55, P/Seluar 66, kasut TB 23), darjah 1 (bahu 36, ULP 57, P/Seluar 62, kasut TB 23cm).

Entahlah, bila tengok rumah-rumah depa ini dan bila bandingkan nasib anak-anak depa berbanding anak-anak saya di rumah, rasa-rasa sekali macam hidup ini tidak adil. Nak tulis pun saya tak reti nak susun ayat macam mana. Ada 2 buah rumah lagi yg kami pi, yang saya rasa kalau saya tulis lebih-lebih nanti jadi emosi pulak.

Org bijakpandai pernah bermadah; kata depa "Kalau hangpa join NGO, hangpa kena maintain Neutral, kena dok tengah-tengah, jangan berpihak belah mana-mana, kena kontrol hangpa punya emosi".

So, ada dua cerita kat sini yang saya nak catat sebagai fakta saja, tak mau tulis lebih-lebih, nak kena kontrol saya punya emosi.


Satu: Sebuah rumah ibu tunggal yang kami kunjungi, kasut anaknya ini kemas dibasuh siap boh kapur lagi – untuk digunakan semula di musim persekolahan akan datang!!


Dua: Dari kejauhan gambar sebuah rumah yg kami kunjungi nun jauh di dalam kebun getah, selepas penat-penat kami ukur baju dan kain pelajar perempuan (form 1 tahun depan), si Abang yg kontrol keluarga ibu tunggal ini bagitau: "Opss, lupa nak habag, adik saya ni belajar takat darjah 6 saja, tahun depan tak masuk sekolah menengah. Dah hantar surat ke sekolah".

Bila kami tanya pasal apa? Dia jawab:
"Tak mampu, keluarga susah bla bla bla"

Hat ni saya agak emosi sikit, nak kena komen sikit. Minta SETPOL MB Kedah, tolong roger pi sat kat Ahli Parlimen SIK yang secara kebetulan merupakan bekas Pengarah JPN (Jab Pendidikan Negeri) Kedah, tolong mai jengok sat, rumah Puan Sazmah Bt Ismail, Kg Padang Pulut, Jeneri Sik Kedah. Kalau belajar takat darjah 6, tak dak SPM tak taulah apa nak jadi kat budak ini. Di kilang-kilang yang kami kerja ini, nak kerja Operator pun kena ada SPM.

Panjang pula saya menulis ini, diringkaskan cerita, sapa-sapa nak ikut kami masuk kampung bagi bantuan kelengkapan persekolahan 32 org budak-budak yg kami senaraikan pendekkan itu, sila hubungi sdra Shukri, Timbalan YDP NGO Wargakilang. Beliau ada senarai penuh size baju, seluar dan kasut budak-budak tu.


Sebetulnya, jenuh juga nak masuk kampung keluar kampung pi ukur size budak-budak itu; walaupun penat tapi kami rasa berbaloi sebab sekurang-kurangnya kami sudah mampu buat apa yg kami terdaya, selebihnya terpulanglah kepada kawan-kawan sekelian, terutamanya yang bagi usul dalam AGM Wargakilang tempoh hari minta diadakan aktiviti yang sedemikian.
(Saudara Satar, bertopi (Jabil) dan sdra Shukri (Seagate) sedang mengukur size seluar)


Kami plan nak pi sana 26 hb Dec ini; siapa-siapa nak join, bolehlah hubungi sdra Shukri untuk selaraskan bantuan benda-benda itu (wang ringgit tidak diterima).

Sekian.
moniermatdin@yahoo.com
6 Dec 2010
http://www.moniermatdin.blogspot.com/
join facebook "wargakilang" (huruf kecil)



NOTA: Untuk rakan-rakan di Lembah Kelang yg berminat ingin sertai xtvt kami di sekitar KL/Selangor, sila hubungi sdra Warikh (YDP NGO Wargakilang) seperti dlm email di bawah.


From: Mohd Warikh
Subject: Re: [warga_kilang] Jln-Jln Masuk Sekolah: NGO Wargakilang


Yg dok kawasan tengah kalau ada sapa-sapa nak join boleh ikut sekali. Hujung bulan 12 ni sama seperti tahun-tahun yang lalu kita akan bagi peruntukan perlatan sekolah pada anak-anak miskin dikawasan PPR. PPR Ampang awai-awai lagi dah cop kita utk pi sana. Kalau ada bantuan lebih kita akan pi juga kawasan PPR yg lain.

Yg berminat boleh email atau sms saya. Sapa-sapa yg tau keluarga lain yg memerlukan bantuan peralatan sekolah boleh habag mai juga.

-warikh-
019-4701477

6 comments:

Redzuan said...

Assalamualaikum,
Boleh pihak warga kilang bg no account bank utk kami bukan ahli bg sumbangan serba sedikit. Terima kasih

Mohd Monier Bin Mat Din said...

Maaf noh, inilah kelemahan kami di Wargakilang ini, kami tak reti nak kutip sumbangan kewangan sebab bijakpandai perundangan dok habag tak boleh kutip wang sebarangan, salah di sisi undang-undang.

Apa yg kami buat hanyalah jadi mcm pemandu pelancung, tukang tunjuk jln kat kwn2 nak pi bagi personaly brg2 sumbangan tu kat mereka-mereka yg berkenaan.

Kalau nak bagi sumbangan kewangan tu, bolehlah hulurkan kat rumah anak2 yatim yg berdekatan dgn tempat tuan, insyaallah pahalanya di sisi Allah akan diambik kira.

wsl
Monier

mns said...

Usaha sebegini memang bagus dan baik . Saya amat menyokong dan berharap ramai lagi saudara2 kita yang dimurahkan rezeki oleh Allah dapat membantu mereka yang memerlukan .

Seperkara lagi .. saya nak tanya En. Monier . ( atau mungkin dah buat ) kalau boleh ambil maklumat detail mereka berkenaan alamat dan keluarga kemudian sampaikan secara personal kepada pihak yang bertanggungjawab di kawasan tersebut . Lebih elok kalau terus ke YB adun atau YB parlimen .

Boleh juga le bahagian zakat seban kita pun tahu zakat tak diuruskan oleh kjaan negeri .

Saya rasa bukan adun tak ambik tau tapi mereka memerlukan orang macam saudara yang menjadi telinga dan mata mereka . Saya sendiri pun kasihan melihat adun Pas di kaw. saya yg tiada peruntukan besar dari kjaan . semua dia guna duit gaji dan elaun dia untuk bagi kat keluarga2 miskin ni . Tapi banyak mana dia mampu bagi sangat . Sampai dipermainkan oleh org umno . Alah bagi 50riggit ja .. walaupun UMNO tu tak pernah bagi . Ada sekali bencana kena kat penduduk kampung dia pi huluq la dalam RM100 +- satu keluarga . Mai YB umno depa pi bagi RM1000 nak tunjuk kata depa boleh bagi lebih . Itulah kekurangan YB2 PAS nie . Kalau nak kata depa ambik duit untuk harta depa . Saya tengok harta dia tak bertambah .

Jadi saya rasa sebelum kita nak kutuk @ heboh kita cuba jumpa depa habaq tang mana ada keluarga yang susah . Saya yakin kalau depa tau depa tak biaq macam tu saja walaupun mungkin apa yang depa bagi tu tak la banyak mana ....

JALAN REBUNG said...

salam team WK,

saya memang dah lama follow team ni melalui sahabat saya comey belako dan jugak tuan lukhman (UUM) ...even saudara aznee pun adalah senior saya masa di alam shah dulu ..sebagai orang kulim (tapi dok kat KL) saya amat bangga dengan usaha pihak tuan ...kalau ada rezeki saya nak jugak join aktiviti team WK akan datang ..teruskan perjuangan

Kosesma91 said...

Salam tuan,
Saya baru dapat reply dr YB Che Uda. Katanya dia dah mendapat maklumat lengkap dari MKK terlibat dan tindakan selanjutnya sedang dibuat.
Terima Kasih

Mohd Monier Bin Mat Din said...

salam kembali,
Tlg kirim salam kpd YB Che Uda. Mohon maaf kpd YB-YB yg berkenaan, saya x bermaksud nak mempertikaikan kerja-kerja YB.

Mungkin saya silap tulis gamaknya; apa yg saya maksudkan ialah tang bab-bab kemiskinan harta benda tu, insyaallah kwn-kwn dlm dunia internet ni boleh turun tlg bantu takat yg terdaya, misalnya nak pi bagi bantuan beg&baju sekolah 26hb Dec ini. Tapi, kalau mai tang bab budak x boleh pi sekolah, YB lain mungkin tak berapa tau cara nak buat, tapi YB Che Uda sebagai bekas Pengarah JPN (Jab Pendidikan Negeri) Kedah, sure dia tau mcm mana cara nak selesaikan masalah tu.

Cumanya mungkin kes itu x sampai ke pengetahuan beliau, lagipun rumah tu agak ke dalam, kalau keta biasa x sampai, kena jln kaki, saya guna 4WD sampai kat pintu pagaq saja.

Saya mohon maaf sbb tersebut kawasan parlimen beliau dlm tulisan itu, saya x bermaksud nak mengutuk sapa-sapa.

Tat pa lah, oghang kapong gak ni. Timasih la diii mu tulung oyat kot dia; oyat kot dia ghatik, adik bradik ambo telo timo, dema pakak pakakh che uda belaka. kingsalang katdia.