Sunday, April 3, 2011

Bukan Semua Org Belajar Sebab Nak Dpt 9A

Salam,

Kadang-kadang kita dapat merasakan hidup ini bagaikan satu kembara ilmu yang tiada berpenghujung. Itulah yang dapat saya rasakan tatkala mengikuti rakan-rakan saya di NGO Wargakilang melawat sebuah Pondok Tradisional di pedalaman Beris, SIK Kedah pada hujung minggu yang lalu.


Melawat Pondok Tuan Guru Hj Mat Nahu ini bagaikan sebuah perjalanan merentas masa ke zaman saya yang silam. Barisan rumah pondok kayu yang tidak berapa tersusun di sepanjang gigi sungai itu mengingatkan saya kepada rumah-rumah lama di kampong sewaktu kecil dahulu. Yang menambah nostalgianya, tatkala Mudirnya, Ustaz Kamel membawa kami berjalan-jalan di sekitar kawasan pondok berkenaan, kami tiba di tebing sungai, tempat budak-budak pondok ini mandi manda; terus saya teringat zaman budak-budak saya dulu.


Di tebing yang hampir serupalah, saya berselimut kain pelikat atau kain batik di kedinginan subuh pagi, kemudian terus terjun ke dalam sungai tanpa apa-apa, dan serentak itu juga meloncat naik semula ke pinggir tebing, terus pulang ke rumah bersiap untuk ke sekolah. Itulah rutin harian saya setiap pagi di hari sekolah.

Bila pulang dari sekolah, saya melalui satu kawasan pinggir hutan yang ada pokok ASAM GELUGOR, kadang-kadang saya pungut beberapa biji buah yang gugur dibawa pulang untuk arwah ibu jadikan Asam Keping. Di sebelah petang, saya dengan kawan-kawan selalu masuk ke pinggir hutan simpan berdekatan men-terbil burung, melastik buah SETOI atau pun memanjat dahan RAMBAI.

(Ustaz Kamel, berkain pelikat bergambar beramai-ramai di tebing sungai)

Ah, begitu berbetulan sekali, rupa-rupanya di tebing sungai Pondok ini ada ketiga-tiga pokok itu; ASAM GELUGOR, Pokok SETOI dan Pohon Rambai, akarnya berkongsi tapak yang sama di tepi tebing itu. Begitu nosltagia sekali buat diri saya.

Pondok Tuan Guru Hj Mat Nahu ini memang betul-betul jauh ke pedalaman, sudahlah tidak ada line h/p, kedudukannya yang begitu jauh hingga terhimpit ke tebing sungai ini betul-betul mengingatkan saya kepada kata-kata orang ALIM, yang antara lain berbunyi:

“Di akhir zaman nanti, bila mana FITNAH berleluasa dalam masyarakat, larilah kamu ke tempat yang jauh dari orang ramai demi memelihara agamamu”

Saya tak pasti sama ada ini adalah hadith atau pun cuma kata-kata orang ALIM. Tapi itulah hakikatnya di zaman ini, kalau kita betul-betul nak jaga kemurniaan ISLAM yang ada dalam diri kita, memang hari ini kita memang tak sesuai dah duduk dalam masyarakat orang ISLAM yang kita ada la nie. Ya lah, merata fitnah dok ada, pi kedai nak beli roti boleh nampak muka depan akhbar ka majalah apa ka dengan gambaq seksi dan kisah-kisah seks sensasi. Bawa anak isteri pi beli barang di shopping complex pula, tipulah kalau tak bertembung dengan pompuan tua muda yang berpakaian seksi berbagai aksi. Bawa kereta lalu lalang boleh nampak papan iklan dengan imej wanita menggoda berbagai gaya.

Pendek kata, kalau ikut kata-kata orang ALIM di atas, memang tempat ulu macam Pondok TG Hj Mat Nahu inilah patutnya kita pakai lari mai kalau betul-betul kita nak jaga kesucian dan kemurniaan cahaya Islam di dada.

Tuan Guru Hj Mat Nahu sudah pun arwah, yang tinggal hanyalah anak-anak muridnya seperti Ustaz Kamil untuk meneruskan perjuangan. Mungkin Arwah sudah pun boleh nampak perkara ini (FITNAH akhir zaman), kerana itulah beliau memilih tempat yang terpencil ini untuk membuka pondoknya. Wallah hu aklam.

Yang paling menarik dan agak terkesima buat saya ialah Pondok ini dengan lebih kurang 80 orang pelajarnya, bukanlah seperti sekolah pondok atau pun sekolah agama rakyat yang biasa kita dengar; mereka di sini belajar seperti orang dulu-dulu belajar pondok, depa mai mengaji kitab semata-mata untuk mengaji agama dan mendalami ISLAM, dan bukan untuk dapat Sijil, Ijazah atau pun apa. Di sini tidak ada Sijil Tinggi Agama ka Sijil Rendah ka apa ka, apa tah lagi PMR atau pun SPM. Semuanya adalah 100% pure mengaji agama semata-mata, tidak ada sijil tidak ada apa.


Bila saya tanya Ustaz Kamel, dia kata depa ikut system yang digunapakai di Hadramaut Yaman mana entah, di mana orang mai mengaji sebab nak belajar agama bukan nak sijil atau pun apa. Habis tu, kalau tak ada SIJIL, nanti depa nak jadi apa?

Bila saya ajukan pertanyaan ini, Ustaz jawab:

“Matlamat kita ialah nak jadikan mereka ini sebagai INSAN BERTAKWA. Kerja apa, itu Allah yang tentukan, sebab setiap kita yang dilahirkan ini ALLAH SWT dah tentukan rezeki masing-masing. Apa pun kerja mereka nanti, kita harap mereka akan menjadi seorang pekerja yang BERTAKWA”

Tu dia, mana ada Sekolah kat Malaysia ini yang macam itu punya dok ada VISI dan MATLAMATnya, jauh melangkau minda sedar kita.

Cubalah lihat wajah anak-anak yang saya diberi kesempatan untuk menyampaikan sedikit ceramah motivasi, teknik untuk memotivasi diri sendiri ini; boleh nampak wajah-wajah GHURABA (pemuda aneh di akhir zaman) di dahi mereka.



Moga para GHURABA ini akan menjadi penyambung kepada warisan ISLAM yang diperturunkan kepada mereka oleh Tuan Guru mereka yang menerima daripada arwah Tuan Gurunya yang menerima daripada Tuan Guru yang terdahulu, dan bersusur galur hingga ke zaman awal Islam. Moga dengannya nanti, anak cucu cicit kita akan mampu terus bernafas dengan cahaya Islam yang akan terus bersinar selagi mana adanya sistem-sistem pondok tradisional seperti ini.

Jika ada masa, kunjungilah pondok TG Hj Mat Nahu ini; banyak bantuan yang mereka perlukan. Kata Ustaz Kamel, selain daripada makanan harian dan kain pakai seperti kain pelikat dan baju, mereka juga berbesar hati kalau ada sesiapa yang mampu tolong bina madrasah tempat mereka belajar kerana di madrasah kayu dengan atap zink berlubang sana sini yang kami tumpang solat zohor dan buat kenduri tahlil ini, di sinilah juga sebenarnya merupakan rumah Ust Kamel, mudir pondok ini sendiri.

Moga apa saja bantuan yang dapat disalurkan terus kepada pihak Pondok TG Hj Mat Nahu ini akan dikira sebagai balasan pahala yang berkekalan buat kita semua di Akhirat nanti.

Ada masa pi lah melawat depa, boleh bawa anak-anak kot kalau depa teringin nak terjun sungai ka apa. (Orang lain tak tau, tapi saya tunggu cuti sekolah ja nanti, nak bawa anak-anak mandi manda kat situ, nak tunjuk kat depa macam mana Abah depa mandi pagi waktu kecik-kecik dulu).

Sekian, sekadar perkongsian akan sebuah kisah realiti yang terperosok di penghujung zaman. Bukan semua orang mengaji/belajar sebab nak dapat 9A!!


(Nota: Selepas tersebarnya kisah Pondok TG Haji Mat Nahu ini, ramai yang tanya macam mana cara nak bantu Pondok ini.  Di bawah ini adalah akaun pihak Pondok yang diuruskan oleh Mudirnya, Ustaz Kamel untuk rujukan. Pihak NGO Wargakilang dengan ini berhasrat membantu  pihak Pondok TG Hj Mat Nahu melancarkan dana wakaf untuk tujuan membaik pulih pondok ini bagi memberi sedikit keselesaan kepada murid-murid di sini. Moga sumbangan kita yang tak seberapa ini akan digantikan dengan balasan akhirat yang kita sendiri tidak dapat menduga bentuk rupanya nanti, insyaallah)

Berikut adalah email daripada sdra Shukri (ees_herbs@yahoo.com), Tuan Timbalan YDP NGO Wargakilang yang dihantar kepada berbagai mailing list, forum dan juga Facebook.

From: Mohd Shukri Mohamed Talib (ees_herbs@yahoo.com)
Sent: Wednesday, June 13, 2012 10:00 AM
Subject: [warga_kilang]: Wakaf-Penambahbaikan Pondok Mat Nahu

Assalamualaikum sahabat2 semua.

Kita sedang dalam usaha untuk mengumpulkan dana-dana bagi penambahbaikan pondok mat nahu (PAN) dialamat, Madrasah Ahmadiah Addiniyah Islamiah, Kampung Kuala Beris, Mukim Sok, Daerah Sik, Kedah, justeru kita melancarkan wakaf binaan dgn RM20/Kaki persegi.

Untuk yg ingin turut serta bagi merealisasikan pembinaan tersebut juga sebagai saham akhirat, sila isikan borang yg disertakan ini dan kembalikan kepada saya untuk diisikan Lot# dan kemudian resit akan diposkan semula kepada alamat anda:



Ianya terbuka untuk individu dan juga wakaf kepada almarhum atau armarhumah, RM$$$ sila bank in kedalam akaun MBB spt dibawah, akaun tersebut dinamakan kepada pemegang amanah, iaitu Ustaz Kamel Mustafa atau sebarang pertanyaan lanjut oleh terus diajukan kepada beliau.

Akaun MBB: 1521 2520 1247
Pemegang Amanah : Ustaz Kamel Mustafa, 019-9311253
Pondok yg dinyatakan diatas adalah berdaftar dengan HESA (Hal Ehwal Sekolah Pondok), kedah.

Sila Hebahkan kepada sahabat2 anda yg lain, untuk yg berminat untuk sama-sama membantu kami semua, sila berikan alamat lengkap, dan sijil wakaf (satu buku ada 50 keping) akan diposkan kealamat anda, kemudian anda juga dapat berbuat sama (hebah dan kumpulkan dana) sptmana yg kami semua lakukan.

Bersama-samalah kita bantu membantu dan membawa kesinambungan perjuangan Rasul kita yg mulia, Muhammad SAW.

Wassalam
NGO Wargakilang

Contact(Zon Utara)
Coordinator : Wahab - 019-4700759 Aznee - 012-4323305
AJK: Shukri - 019-5407859 Fendi - 012-4097268 Sattar - 019-4766155 Monier- 012-4128209

3 comments:

Katon Tin Ton said...

salam tuan
mintak izin copy & paste ke blog saya http://why-islams.blogspot.com/

thx

Anak Perelih said...

Assalamualaikum saudara Monier...

Selepas membaca posting saudara, dan plan saudara nak bawa keluarga, saya percaya ramai lagi yang berfikiran seperti itu... teringat kenangan zaman dulu dulu..

Jadi pendapat saya, utk membantu sekolah pondok tersebut mendapatkan dana, saya cadangkan supaya diaorg buat pakej kelas agama short term kuliah 2-3 hari atau hujung minggu sambil boleh bawa keluarga menikmati sungai dan nostalgia zaman dulu dulu... saya percaya ianya boleh mendapat sambutan... melancong sambil beramal/menuntut ilmu sambil membantu pondok tersebut... dan ini membolehkan pondok tersebut mempunyai sumber kewangan lain yang sendiri

Salwani said...

monier

saya bercadang nak letak anak saya kat situ selama cuti sekolah hujung tahun