Tuesday, January 22, 2013

WARGAKILANG: JJMK Nelayan 2013


Di hari weekend yang lalu, mengambil kesempatan cuti Keputeraan Sultan Kedah, bersama-sama dengan beberapa orang sahabat dari NGO Wargakilang, kami bertolak dari Utara ke Pantai Timur dalam misi mencari senarai keluarga miskin untuk program Wargakilang Jln-Jln Masuk Kg di musim tengkujuh membantu kaum Nelayan di sana.

Saya bertolak awal sehari bersama keluarga sebelum sahabat2 yang lain menyusul keesokan harinya. Belum separuh perjalanam, mata saya terasa amat mengantuk, lalu berhenti sekejap di Hentian PLUS terdekat nak cari buah-buah untuk menghilangkan rasa mengantuk itu.

Sebaik saja melangkah keluar dari kereta, masyaallah – TAYAR kereta MPV saya bahagian hadapan itu itu flat se-flat flatnya, rapat hingga ke rim, tunggu masa nak terkopak keluar. Nak kata tak cukup angin, baru sekejap tadi sebelum masuk tol Bandar Bharu, saya dah bubuh angin di kedai tayar berdekatan Saya terkejut dan tergamam yang amat sangat sebab bukan sekali dua, tapi banyak kali dah saya dengar kawan-kawan bercerita dan juga baca dalam suratkhabar kisah orang mati accident kerana kereta terbabas di hi-way disebabkan tayar keretanya pancit.

Saya tak tau nak kata apa, cuma rasa bersyukur yang tak terhingga kerana dlm MPV Wish yang agak sempit itu ada isteri dan 6 orang anak-anak saya bersama-sama. Tak dapat saya bayangkan apa yang mungkin berlaku jika saya teruskan pemanduan dan tak berhenti rehat di situ. Dipendekkan cerita, polis peronda PLUS tolong tukar tayar spare dan nasihatkan saya supaya exit di Tol Kuala Kangsar cari kedai tayar terdekat kerana tayar spare yang kecik itu tak akan mampu membawa kami hingga ke perkampungan Nelayan di Terengganu nung – yang masih 7 jam lagi perjalanannya.

Saya sengaja tulis cerita ini sebab nak habag kata kerap benar saya dengar Ustaz-Ustaz duk bercerita “SEDEKAH ITU DAPAT MENJAUHKAN BALA”. Hari ini, masyallah – Tuhan dah tunjukkan kepada saya di depan mata. Walaupun belum sampai di Terengganu nak bagi sedekah, tapi niat dan mungkin juga duit minyak kereta itu sendiri sudah pun dikira sebagai sedekah. Wallah hu aklam.

Saya berharap, kisah saya tadi mampu menjadi iktibar untuk menyemarakkan budaya sedekah di kalangan kita, dan saya juga berharap benar moga sebahagian daripada foto yang dirakam oleh sahabat-sahabat saya (Aznee Othman dan Din Setongkol) di bawah ini mampu menjadi pendorong untuk pembaca sekelian turun bersama-sama kami membantu sebahagian daripada keluarga Nelayan di Kemaman dan Beserah, Kuantan menempuh musim tengkujuh yang masih berbaki ini.


(Skuad Riki Wargakilang di sebuah perkampungan Nelayan di Kuala Kemaman)


(Sdra Azman berbaju putih, sahabat kami dari sebuah kilang di Kemaman menasihatkan saya berhati-hati kerana sekarang ini musim tengkujuh dan ombak kuat yang sukar diramalkan)

Keadaan laut yang bergelora tak menentu ini menyebabkan kaum Nelayan tidak dapat turun ke laut seperti biasa.


(Keluarga Abang Yazid dan anak-anaknya ini hanya mengharapkan simpati rakan dan taulan beserta RM200 wang sara hidup pihak berwajib. Kebetulan beliau baru disahkan mengidap ulcer perut, tak mampu nak buat kerja berat, bertambah bebanlah keluarganya di musim tengkujuh ini)


(Sudahlah makan minum tidak menentu, rumah tempat berlindung pula tidak selesa, atapnya bocor sini sana)


(Baldi kecil, bekas plastik dan plastik beras digunakan untuk menahan air yg tiris sewaktu hujan)

Saya teringat kata-kata sdra Azman, dia cakap kalau betul-betul nak rasa suasana hidup rumah Nelayan di sini, datanglah melawat mereka sewaktu hujan, boleh lihat keluarga-keluarga ini anak beranak bersesak-sesak di penjuru rumah mengelakkan diri dari air hujan yang tiris mencurah-curah dari bumbung rumah.

Saya juga teringat kisah kajian Prof Diraja Ungku Aziz mengenai kemiskinan di Kemaman dan Beserah pada tahun 1963 dulu. Sekarang ini sudah tahun 2013, iaitu tepat 50 TAHUN selepas kunjungan beliau ke sini, nampaknya tidak banyak perubahan yang berlaku. Seolah-olahnya keluarga nelayan di sini masih terperangkap dlm kapsul masa, terus menerus hidup dalam kemiskinan seperti dulu.


(Jika boleh diputarkan waktu, mungkin gambar hitam putih ini mampu melambangkan suasana yang sama sewaktu 50 tahun yang silam)

Pun begitu, ada juga rumah yang agak sempurna sifatnya seperti rumah Pak Hamzah, nelayan sepenuh masa dalam gambar di bawah ini.


(Rumah Pak Hamzah yang dibantu pihak berwajib – mungkin layak menerima bantuan kerana beliau OKU sejak lahir, terkehel kedua dua tangannya dan jari jemarinya dan sedikit herot wajahnya, cakap gagap-gagap dan sedikit sengau bila bercakap)



(Rumahnya betul-betul mengadap Laut China Selatan, jika datang Sunamo, rumah beliaulah yang pertama dilambung ombak.)



(Dalam nada sengau dan tergagap-gagap, Pak Hamzah yang punya 4 orang anak kecil ini mengadu kepada kami tak dapat turun laut kerana ombak kuat, dan tak mampu nak lakukan sebarang kerja lain kerana cacat)

Ada juga yang agak bernasib baik seperti Pak Wei dalam gambar ini, yang punya kemahiran mengambil upah menjahit pukat sementara menunggu musim tengkujuh reda.


(Pak Wei sedang menjahit Pukat Kaya yang digunakan untuk menangkap ikan kembung. Kata Pak Wei, “Pukat saja KAYA, tapi orang yang jahit ini tak KAYA-KAYA pun”.)

Ramai lagi keluarga yang kami lawati di perkampungan Nelayan di Kuala Kemaman ini, tak sempat nak diceritakan semuanya di sini.

Menjejaki kembara Pak Ungku Aziz di tahun 1963 dulu, keesokan harinya ketika hujan lebat mencurah turun, kami meneruskan expedisi kami ke perkampungan Nelayan di Beserah, Kuantan Pahang.


(Sebuah rumah Ibu Tunggal, kematian suami 3 tahun yang lalu, punya 3 orang anak yang semuanya masih bersekolah – tipikal rumah Nelayan di sebelah sana)

Insyallah Puan Maria Bt Majid ini akan dimasukkan ke dalam senarai yang akan menerima bantuan JJMK Wargakilang pada cuti Hari Raya Cina nanti.

Ramai sebenarnya keluarga miskin dan susah di sini. Sdra Andan Sura, Ketua NGO Beserah Care yang menjadi penunjuk jalan kepada kami di kawasan Beserah ini ada bercerita kepada saya kisah sebuah keluarga yang amat daif hinggakan tak mampu nak KHATANkan anak-anaknya. Sdra Andan Sura dan rakan-rakannya buat derma kilat untuk khatankan budak-budak itu.

Daif hinggakan tak mampu nak khatankan anak – ini sudah jatuh miskin tahap gaban!!

Antara rumah yang kami kunjungi ialah rumah Encik Ahmad Bin Salleh, seorang Nelayan sepenuh masa, anak 3 orang, yang sulung di MRSM; berusia tepat 40 tahun pada hari kami berkunjung ke rumahnya.

Isterinya bagitau, suaminya tiada di rumah kerana ke pantai menjala ikan.

Kami naik hairan di musim ombak besar dan hujan renyai-renyai sesekali bertukar lebat macam ini pun masih ada orang turun menjala ikan. Menurut isterinya, sebab tak dapat turun menangkap ikan ke laut lah, maka suaminya turun menjala, mencari pendapatan tambahan untuk menampung hidup mereka 5 beranak, sementelah pula isterinya kini sedang sarat mengandung tentunya perlukan duit untuk belanja kelahiran anaknya nanti.

Kami yang datang jauh dari Kedah/Penang ini jadi sedikit teruja apabila melihat dari tepian pantai, En Ahmad dan jirannya, En Ismail (anak 4, semua masih bersekolah) sedang menjala ikan di antara lambungan ombak.


(Bersabung nyawa menjala ikan untuk sesuap nasi – realiti hidup keluarga Nelayan di musim tengkujuh)


(En Ismail baru dapat 5 ekor ikan Kedera sementara En Ahmad belum dapat apa-apa lagi sejak 2 JAM menjala. Biasanya bolehlah dapat sekilo dua, dapatlah lebih kurang RM10 sehari)

Kisah En Ahmad dan jiranya En Ismail serta Pak Hamzah dan Abang Yazid di atas hanyalah secebis kecil daripada ribuan kisah hidup kaum Nelayan di sebelah Pantai Timur ini. Tahun 1963 dahulu Pak Ungku Aziz pernah berkunjung ke sini. 50 tahun selepas itu, tidak banyak yang berubah di sini.

Mungkin catatan garafiti seorang insan yang kami rasakan kehilangan cinta kekasihnya kerana beliau tidak berharta, yang kami temui di perkampungan nelayan di Kemaman ini mampu menceritakan segala-galanya.


("CINTA PERLUKAN HARTA DARIPADA RUPA")

Kemiskinan yang mencengkam bisa mengelabui mata. Perit dan deritanya hidup dalam keluarga miskin, tidak ada orang yang akan faham kecuali mereka yang pernah melaluinya. Saya adalah sebahagian kecil daripada kisah itu, saya paham benar apa maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh penulis grafiti ini.

Ada masa, mai lah join kami bantu keluarga-keluarga ini dalam program Jln-Jln Masuk Kg di perkampungan Nelayan di Kemaman dan Beserah pada hari Ahad 10 hb Feb 13, cuti raya Cina nanti. Kepada yang berminat sila bawa barang2 sumbangan masing2, berkumpul di Masjid Balok, Beserah seawal jam 8.00-8.30 pagi. Insyallah ada 20 keluarga yang akan kita bantu nanti.

Moga kerja buat kita ini mampu meringankan bebanan keluarga2 ini menempuh musum tengkujuh yang masih berbaki, dan moga kita semua akan beroleh pahala, dan dijauhkan BALA seperti yang disebut tadi.

Terima kasih di atas sokongan dan bantuan tuan/puan sekelian.

moniermatdin@yahoo.com 22.1.13 http://www.moniermatdin.blogspot.com http://www.facebook.com/wargakilang

3 comments:

Kisah Aku... said...

sempat turun beberapa kali di kawasan nelayan beserah dan tg lumpur sewaktu masih belajar dahulu, waktu tu tak mampu nak sedekah duit, sekadar berkongsi sikit pengetahuan yang ada dgn org kampung..memang sepanjang menetap disana tak berubah apa pun keadaan kat sana..

Mohd Monier Bin Mat Din said...

salam,
Plan asalnya, JJMK Nelayan ini kita nak mula dari Tg Lumpur ke Beserah dan seterusnya ke Kemaman, tapi tak jadilah pula sebab dari Tg Lumpur ke Beserah tu nak kena lalu byk traffic light dan jln2 utama kat Kuantan tu...nanti konvoi kwn2 dari Utara dan mana nu yg tak familiar dgn area Kuantan sesat merata. So, kali ini kita tumpu kat Kemaman dan Beserah dulu, next time kita akan fokus kat Tg Lumpur dan juga Tg Api...insyaallah.

Unknown said...

Alhamdulillah