Sunday, December 26, 2010

JJMS Wargakilang: Back to School

Alhamdulillah, seperti yang dirancang, bersempena dengan cuti hujung minggu dan krismas di kilang-kilang industri, semalam 26 hb Disember, untuk pertama kalinya NGO Wargakilang berjaya mengadakan program masuk kampung sempena musim Back to School, di mana ramai keluarga miskin dan susah memerlukan bantuan khususnya peralatan pakaian dan pembelajaran untuk kembali semula ke sekolah.


Kami namakan program ini sebagai JJMS (Jln-Jln Masuk Sekolah)yang turut disertai oleh satu perkumpulan anak-anak muda dari Penang/Kedah yang menamakan diri mereka sebagai NGO PEMBELA, terima kasih kerana ikut serta.

Malam sebelum bertolak, ikut perkiraannya cuma 5 buah kereta saja yang confirm nak pi, tapi mai hari pagi tu, ada 13 kereta yang ikut sekali. Kira hebat juga dunia internet dan facebook ini, kita tulis saja, nanti adalah kawan-kawan ikut mai.

Kesemua sekali, kami singgah di 6 buah rumah; 2 rumah anak yatim, 1 rumah anak yatim piatu, 1 rumah Ibu Tunggal, 1 rumah wakil penduduk (tempat utk diagihkan kain baju terpakai) dan satu rumah sepasang suami isteri dan 4 anak-anak yang rumah tak seperti rumah.

Melawat rumah anak-anak yang kehilangan ketua keluarga ini amat sayu sebenarnya; tidak ada apa yang seronoknya melawat rumah 4 org anak-anak yatim di Padang Serai yang baru dua minggu kehilangan ayah, macam itu juga tidak ada apa yang menariknya berkunjung ke rumah 3 orang anak-anak yatim di Sik yang bergantung sepenuhnya kpd pendapatan ibunya membuat tempeyek sejak arwah depa meninggal beberapa bulan yang lalu.

Melawat rumah depa-depa ini bagaikan pi melawat rumah orang mati, boleh nampak warna-warna duka dan kesedihan di mana-mana; rasa sayu dan rasa helpless, tak tau nak tolong mcm mana bila tengok budak-budak itu di hadapan mata. Kami berharap sumbangan pakaian dan peralatan sekolah yang tak seberapa yang kawan-kawan kirim itu sedikit sebanyak mampu membuatkan anak-anak depa ini ceria.

Waktu kami sampai di rumah seorang Ibu Tunggal di Jeneri, Sik Kedah; bila kami sembang, dia habag kata anak dia si Balkis yang kecik itu dok menangis berapa kali dah dalam minggu ini tanya bila mak dia nak beli baju sekolah, ya lah sekolah dah nak buka seminggu lagi dah, dia belum ada baju sekolah lagi sedangkan kawan-kawan dia semua dah ada baju dah.

Bila mak dia habag macam itu, saya teringat cerita apa entah Drama Swasta kat TV musim raya hari tu kisah anak-anak seorang Ibu Tunggal yang kematian ayah, si kecik yang hampir sebaya dengan Balkis anak kakak ini macam itulah perangai dia, menangis dan merengek-rengek minta mak dia belikan baju raya – sebab kawan kawan dia semua dah beli baju raya, dia saja yang belum ada baju raya. Macam-macam alasan yang mak dia bagi nak habag kata tunggu sat dulu nak roling duit ka apa, lebih kurang mcm kakak ini jugak, dia dok roling duit ambik tempahan buat tempeyek.

Sebab itu, dalam banyak-banyak rumah yang kami pi semalam, rumah kakak yang buat tempeyek ni saja yang saya minta anak-anak dia salin pakaian try test pakai Uniform Sekolah, Kasut dan Tudung yang kami bawa itu, nak pastikan semuanya fit dan ok.


Cuba tengok gambaq budak-budak itu dlm set Uniform yg kwn-kwn kirim itu; puas hati sungguh saya bila tengok depa seronok dan ceria mcm tu, mcm tak sabaq-sabaq dah nak pi sekolah dengan pakaian dan beg baru.

Bukan kata depa seronok, saya sendiri naik seronok, tak tau nak habag dengan kata-kata bila tengok anak-anak yatim macam Balkis dan Juliana ini gembira. Mak depa pula lebih dari gembira, saya nampak sendiri air mata merah bergenang di kelopak mata ibunya.

Moga di atas titisan air mata seorang ibu tunggal yang tabah ini, akan ada pahalanya untuk mana-mana hamba Allah yang kirimkan beg,pakaian dan peralatan sekolah untuk anak-anak yatim yang terperuk di pedalaman Jeneri ini. Terima kasih banyak-banyak, hanya Allah SWT yang mampu membalasnya.

Cerita pasal tangisan seorang ibu Tunggal ini, hari ini bukan sekali kami ketemu ibu tunggal yang tak mampu tahan air matanya bila bantuan entah dari mana-mana tiba-tiba datang di kala dia amat memerlukan.


Ini adalah gambar seorang Ibu Tunggal di Beris, Sik Kedah sedang menerima sumbangan peralatan persekolahan kiriman kawan-kawan yang disampaikan oleh seorang aktivist wargakilang, sdra Satar dari Penang.

Bila kami buka berkotak-kotak sumbangan yang kawan-kawan kirimkan itu, yg mana ada antaranya pakaian, kasut, beg dan peralatan sekolah beserta juga bertin-tin dan berpaket susu untuk anak keciknya, dan ada juga yg kirim periuk dan kuali serta brg2 keperluan dapur, bila saya buka kotak-kotak itu satu persatu, kakak ini tak dapat menahan air matanya, menangis penuh terharu di hadapan kami.

Terima kasih banyak-banyaklah kepada yang memberi; hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas budi sdra/i.

Rumah last pulak, boleh tengoklah seperti dalam gambar di bawah ini. Rumah tak seperti rumah.

Rumah dinding buluh ber-atap Tarpan yang bocor sana-sini.


Kami tak berapa kisah sangat dengan pasangan suami isteri itu sebab depa dua org mungkin dah biasa hidup susah mcm tu sejak dari kecik, dan terus terperangkap dalam dunia kemiskinan depa itu sampai sekarang. Yang kami kisahnya ialah tiga orang anak-anaknya yang sedang bersekolah itu, bukan kami kata tapi mak dia sendiri habag yang budak-budak itu memang tak ada tempat langsung nak belajar atau pun ulangkaji pelajaran; bila hujan pula bocor sana sini.


Tanpa tempat khas untuk belajar atau pun buat kerja sekolah ini, kami merasakan di masa depan nanti anak-anak sdra Roshidi ini akan terus terperangkap dalam orbit kemiskinan yang diwariskan kepada mereka ini.

Maka itu, atas idea dan usaha utama seorang sahabat, sdra Halim dari kilang Honeywell Prai (anak jati Kuala Lumpur, asal dari Bangsar, dia habag dia tak pernah imagine ada org kampung duduk rumah mcm ni), beliau cadangkan kami beli khemah pasang siap dan pasang di sebelah rumah berdinding buluh ini sebagai tempat budak-budak itu belajar.



Lalu, dengan kerjasama kawan-kawan di NGO Wargakilang, kami bawa mai khemah, lampu, meja dan kerusi mai pasang seperti dalam gambar-gambar di bawah.


Sdra Halim (bertopi putih) dan kwn2 tengah dok pasang khemah

Inilah generasi pewaris NGO Wargakilang, anak-anak kami yang turut serta sempena musim cuti sekolah ini, sedang bertungkus lumus memasang skrew dan kaki Meja.



Macam di kilang jugak, cable-tie ini banyak gunanya; tengah dok pasang dinding tarpan.

Bila kami sampai, tuan rumah hamparkan tikar atas tanah, jamu kami dengan pisang goreng, buboq sora dan ayaq sirap. Macam berkelah di Lata Ulu Paip saja.

Dah siap, khemah tempat study budak2 itu. Insyaallah boleh guna, bila hujan tak bocor dah.

Sdra Halim di dalam khemah bersama-sama dengan 3 adik-adik kita ini. Nampaklah sikit ada keselesaan untuk depa belajar dan ulangkaji pelajaran nanti.


Orang mungkin ketawa kat kami bila pi pasang khemah macam tu macam main-main saja, tapi nak buat macam mana, kami bukanlah kerajaan negeri atau pun pusat, cuma sebuah NGO kecik yang tak punya apa-apa geran/dana, hanya khemah macam ini saja yang mampu kami usahakan. Harap-harap ianya membantu.

Walau bagaimanapun kepada sdra Halim dan sahabat-sahabatnya dari kilang Honeywell Prai, kami dari NGO Wargakilang mewakili keluarga sdra Roshidi ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Moga di atas usaha dan bantuan rakan-rakan semua, ada balasan pahalaNYA buat kita semua, insyaallah.

Sekian. Bukan nak bermegah dan riak dengan kerja amal kawan-kawan kami di NGO Wargakilang ini tapi nak habag kata, dalam banyak hal daripada kita dok salahkan orang itu orang ini, dok tuding jari kat YB/MB atau Menteri, eloklah kalau boleh kita sendiri turun tengok apa yang kita boleh beri.


Walaupun hanyalah sebuah beg sekolah, atau sekampit beras atau pun sebuah khemah kecik berwarna biru insyaallah insan-insan yang amat memerlukan seperti depa-depa ini amat menghargai.



Mailah kita pakat-pakat buat kerja amal demi AGAMA, BANGSA dan NEGARA.

moniermatdin@yahoo.com
27 Dec 2010
join us at facebook/wargakilang

2 comments:

JALAN REBUNG said...

salam team wargakilang,

jutaan syabas dan tahniah kepada team yang tak henti-henti membantu sahabta yg sangat memrlukan. keep it up

nurpalestina said...

salamalaik..

teruskan ibadah ini...mudah2an perjuangan ini menjadi perjuangan yang diredhai ALLAH.

ALLAHUAKBAR!!!!