Thursday, April 12, 2012

URGENT S.O.S dari PERLIS

URGENT S.O.S:

Semalam saya menerima satu panggilan drpd seorang kenalan di Perlis. Nak minta tolong NGO WARGAKILANG; nak minta tolong sangat-sangat katanya....mcm urgent S.O.S lah pulak.

Dia kata ada sebuah rumah Anak Yatim yg dia dan kwn-kwn dia selalu dok pi bagi bantuan dlm bentuk barangan makanan dan keperluan harian; kali ini benar-benar terhimpit sebab Asrama budak2 tu dah diberi amaran oleh pihak yg empunya kuasa - kena cari lebih kurang RM50,000 untuk siapkan peralatan/prasarana keselamatan, kalau tidak tak dapat OC, dan budak2 tu tak dak tempat nak tinggal nanti.

(Antara peralatan keselamatan yg diperlukan)

Saya dah layari blog rumah anak-anak yatim di Perlis ini seperti di bawah, dan secara peribadi saya merasakan depa memang benar2 perlukan bantuan. So, kalau sapa-sapa yg ada rezeki lebih tu, silalah baca details dlm blog depa ni, dan huluq-huluq pi lah apa yg patut. Besar pahalanya bantu anak-anak yatim ni; ini juga peluang untuk kita tambah dana kita di Akhirat kelak.

Dok fikir-fikir sekali, nak cari RM50,000 bukannya mudah semudah buat cucuq kodoq dlm belanga; tapi kita dlm FB wargakilang ini ada 674 orang. Kalau sorang pakat sumbang online kat depa RM20 seorang, insyaallah bolehlah dapat lebih kurang RM13,000. Hat selebihnya, insyaallah adalah group lain sumbang pulak kot.

Jom bagi RM20 sorang (sila cek blog depa mcm mana nak bagi sumbangan).

Saja nak habag, hari tu ada dengar Orang Alim cakap; dia tanya tau dak pasal apa hadith Nabi bab yg menyatakan bila mati anak Adam maka terputuslah dia dgn dunia ini kecuali 3 perkara: satu-sumbangan sedekah jariah, dua-ilmu yg diajar dan org amalkan, tiga-doa anak yg soleh. Pasal apa SEDAKAH JARIAH duduk di depan dan DOA ANAK YG SOLEH duduk di belakang?

Orang Alim tu kata sebabnya ialah dalam 674 orang macam kita ini insyaallah semua kita ada RM20 dan mampu bagi sumbangan kalau kita nak, makna kata semua kita mampu buat, tapi tak semua daripada 674 orang kita ini mampu memperolehi ANAK-ANAK YG SOLEH yg akan mendoakan kita bila mati kelak.

Sekian, renung-renungkanlah!!
moniermatdin@yahoo.com
13.4.12

Di bawah ini adalah gambar sdra Azwar (Urusetia Teratak Rahmat - berbaju kemeja lengan pendek) bersama dengan sahabat saya yg SMS itu (berjaket).
Sila cek blog rumah anak-anak yatim itu kat sini:

No comments: