Tuesday, December 18, 2012

Jln-Jln Masuk Kg: Fadhilat Bersedekah


Di hujung minggu yang lalu, 16 Disember 2012, bersama-sama dengan hampir 40 buah kenderaan @ 180 orang peserta termasuk anak-anak kecil, Alhamdulillah kami diberi masa dan kelapangan untuk masuk ke kg-kg di pedalaman Selama dan Batu Kurau, Perak untuk menyampaikan sumbangan.

(Konvoi 40 buah kenderaan sedang merentasi bumi Larut, antara Selama ke Batu Kurau, Perak)

Sehari sebelum itu 15 Disember, saya dan seorang kawan ada pi hantar satu Triton (4WD) kain baju terpakai yang kawan-kawan kirim mai dari KL dan merata tempat, pi hantar ke rumah Paklong Wahid di Bukit Doi, sebuah perkampungan penoreh getah yang agak ke dalam di sempadan Sik/Baling, Kedah.

Bila saya habag kata kami nak pi Selama/Batu Kurau Perak esok hari, Pak Long Wahid habag dia dulunya berasal dari sana lah, kemudian pindah mai ke Sik/Baling, Kedah menoreh getah di pokok orang di sebelah sini, menikah dengan orang Kedah, duduk sini hinggalah ke hari ini.

Esok harinya, bila kami masuk ke kg-kg di Selama/Batu Kurau sana, barulah saya perasan, rupa-rupanya taraf hidup penoreh getah terutamanya set-set NGO (Noreh Getah Orang) ini, baik di Kedah mahu pun di Perak sana, 2x5 saja nasib depa. Patutlah Paklong Wahid habag, selain kain baju yang kami hantar itu, dia amat berterima kasih kalau ada orang sudi hantar mai kasut/sandal terpakai - habuan nak pakai buat pi motong (menoreh getah). Sekarang ini, sepasang kasut sandal kalau beli kat pasar malam pun dah dekat RM10 sepasang – besar nilainya untuk mereka yang bergantung hidup kepada pokok getah yang hanya boleh ditoreh bila musim tidak hujan ini.

Sebab itulah kot, bila kami singgah di rumah Abang Jamil di Selama Perak dalam gambar di bawah ini, saya paham bila mana isterinya habag - Abang Jamil, walaupun sudah dimaklumkan kedatangan kami – tapi pada hari itu terpaksa juga memanjat bukit pi menoreh getah sebab sejak sekian lama, hari itu cuaca agak elok sikit, yang membolehkan beliau menoreh getah. Ya lah, tak kata kat Abang Jamil, kalau tak menoreh getah, mana nak pi cekau duit nak beli makan minum anak-anaknya yang 9 orang itu (6 orang bersekolah)

(Saudara Burhan dari KL mewakili Wargakilang menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak Abang Jamil)

Di sebelah belakang Burhan ialah sebuah keluarga berdekatan, anak 14 orang – moga sumbangan beg/peralatan sekolah beserta sedikit barangan makanan ini sedikit sebanyak mampu meringankan bebanan dua keluarga ini.

Turut menerima sumbangan ialah keluarga Pn Niza, seorang Ibu Tunggal anak 6 yang kematian suami secara mengejut, kini tinggal bersama ibunya yang sudah tua,bersama dua lagi anak saudaranya yang masih kecil.

(Terima kasih di atas sumbangan beg/alatan sekolah dan brg2 makanan untuk anak-anak yatim ini)

Saya lihat wajah terharu di muka Puan Niza tatkala menerima sumbangan yang tak DISANGKA-SANGKA ini; pastinya suatu sumbangan yang amat bermakna buat beliau yang hanya bekerja sebagai seorang Operator Kilang dengan gaji yang hanyalah beberapa ratus sebulan – sesuatu yg di luar kemampuannya untuk menyediakan peralatan persekolahan yang sempurna untuk anak2 nya.

Mudah-mudahan Allah SWT akan turut mengurniakan rezeki dan bantuan yang juga tidak DISANGKA-SANGKA kepada tuan empunya beg/alatan sekolah dan brg2 makanan ini. Org alim kata kalau kita nak dpt rezeki yang tak disangka-sangka (surah Al-Talaq, 2-3), kita juga kena usahakan supaya org lain dpt rezeki yang tak disangka-sangka melalui kerja buat kita. Wallah hu aklam.

Turut kami kunjungi ialah sebuah rumah yang baru siap dua tiga hari lepas, hasil sumbangan Baitulmal untuk 6 orang anak-anak yatim piatu, sulung Tingkatan 1, yang kehilangan ibu dan ayah dalam sebuah kemalangan jalan raya tak lama dulu. Kini tinggal menetap bersama Nenek mereka yang sedang dimamah usia.

(Saudara Faizal, mewakili AJK Masjid At-Taqwa, Bertam Indah Kepala Batas Pulau Pinang sedang menyampaikan sumbangan untuk anak-anak yatim piatu di Selama, Perak ini)

Maklong Mah (Nenek) menerima sumbangan bagi pihak 6 orang anak-anak yatim piatu ini (3 kiri, 3 kanan), 3 yang tengah adalah sepupu-sepupu mereka.

(Seorang sahabat sedang menyampaikan sumbangan mewakili Jemaah Masjid Teluk Air Tawar, Pulau Pinang)

Kami di Wargakilang merasa amat terharu kerana ramai yang bukan orang kilang sering turut serta dalam konvoi amal kami ini seperti Jemaah/AJK Masjid dari dua buah masjid di Pulau Pinang ini.

Selain itu, kami turut disertai oleh para pensyarah dan mahasiswa/i UiTM Permatang Pauh, P Pinang.

(Dr Subri, Timbalan Rektor UiTM Pulau Pinang menghulurkan name card nya,– dengan sungguh-sungguh memaklumkan kepada keluarga ini, jika anak-anak ini sudah habis SPM, kalau nak masuk UiTM, sila hubungi beliau)

Saya tak sempat tanya detail kpd Dr Subri, tapi saya ada terbaca dalam Suratkhabar sebuah berita tentang usaha amal UiTM untuk membolehkan anak-anak orang miskin/susah melanjutkan pelajaran di UiTM melalui sebuah program khas untuk mereka. Terima Kasih UiTM kerana menyertai konvoi amal kami ini.

(Ini pula adalah gambar mahasiswa-mahasiswi UiTM sedang berganding bahu bersama peserta konvoi warga kilang memindahkan beras/brg2 sumbangan dari kenderaan ke rumah penerima. Moga selepas grad nanti, kerja buat kami di Wargakilang ini akan diteruskan oleh generasi mereka)

Kesemua sekali ada 27 keluarga yang termasuk dalam senarai penerima. Dalam banyak-banyak itu, hati saya tersentuh dengan dua buah keluarga berjiran ini.

(Rumah Kak Aya di Bukit Bertam – sebuah lambang perjuangan yang belum selesai)

(AJK Wargakilang sedang menyusun atur barang-barang sumbangan di atas kanvas plastic di hadapan rumah Kak Aya – untuk 6 keluarga penerima dari kawasan sekitar)


(Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya, semua brg-brg sumbangan dipindah naik ke atas pelantar batang pinang di rumah Kak Aya ini)

(Ruang luar bawah atap rumbia rumah beliau ini hanya mampu memuat sekitar 20 orang, habis basah kuyup para peserta.)

Ada yang sempat tumpang berteduh di rumah jiran sebelah.

(Tapi, rumah jiran Kak Aya, rumah Abang Shariman – salah seorang penerima sumbangan – pun lebih kurang 2x5 saja dengan rumah Kak Aya; ada bumbung tak serupa bumbung, ada dinding tak serupa dinding)

Abang Shariman diserang sakit sendi, tak mampu bekerja kuat, hanya mengharap simpati jiran, tinggal menumpang di rumah pusaka yang sudah beyond repair, tak mampu dibaiki lagi. Di kedua-dua buah rumah, air hujan bocor turun melalui celah atap.

Bagus juga hujan turun lebat, sekurang-kurangnya para peserta konvoi amal ini boleh merasa sendiri bagaimana derita dan sengsaranya hidup dengan keadaan rumah yang tak sepertinya ini. Mudah-mudahan mampu menjadi iktibar buat kami semua.

Kami di Wargakilang amat berbesar hati dengan jumlah peserta yang agak ramai kali ini, terutamanya yang membawa anak-anak dan isteri. Kami berharap Jln-Jln Masuk Kg bersama Wargakilang ini bukan sekadar untuk buat kerja amal, juga sebagai satu riadah bersama keluarga di hari cuti.

(Berhenti makan tengahari di masjid, beramai-ramai bersama keluarga)


(Bersantai makan Durian Kampung bersama keluarga di tebing sungai)

(Mandi-manda bersama anak-anak sambil bermain air yang putih jernih sejuk membedi)

Mengambil kesempatan di sini, mewakili NGO Wargakilang saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua para peserta yang terlibat, yang majoritinya saya tak kenal pun siapa, yang turun mai based on cerita dalam FB atau pun email yang diforward merata. Terima kasih juga kepada konvoi marshal bermotor yg membantu menjaga lalu lintas sepanjang konvoi ini. Dan, terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada seorang ustaz muda, Ustaz Firdaus dan anak-anak buahnya yang menjadi penunjuk jalan kepada kami di kawasan ini. Moga rahmat Allah bersama kalian semua.

(Ustaz Firdaus berbaju hijau sedang menyampaikan tazkirah di pusat agihan yang terakhir di Pantai Besar)

Antara yang saya ingat, Ustaz Firdaus pesan, selalulah berbuat amal kebajikan melalui amalan bersedekah ini, mudah-mudahan dengan izin Allah SWT ianya akan mampu memadamkan sebarang keterlanjuran.

Bila beliau cakap macam itu, saya teringat kata-kata orang alim:

“SEDEKAH ITU MENGGUGURKAN DOSA SEBAGAIMANA AIR MEMADAMKAN API, MAKA BERSEDEKAHLAH!!”

Jika ada kelapangan, mai lah join kami di JJMK (Jln-Jln Masuk Kg) akan datang, insyallah besar pahalanya amalan bersedekah ini.
Sekian, moga ada kebaikannya buat semua.

moniermatdin@yahoo.com
18.12.12
http://www.moniermatdin.blogspot.com
http://www.facebook.com/wargakilang

2 comments:

mamaina said...

terima kasih En.Monier kerana memberi peuang buat kami dan yg lain menyertai konvoi ini. Insyaallah jika ada kelapangan akan turut lagi di lain waktu. Semoga Allah memberkati usaha anda dan rakan2 yg lain.

Mohd Monier Bin Mat Din said...

Terima kasih kerana sudi mengikuti konvoi amal ini. Mohon maaf kerana saya tidak sempat mengenali semua yang hadir; mohon maaf juga di atas sebarang kekurangan. Doakanlah kita semua akan terus diberi masa dan kelapangan untuk meneruskan kerja-kerja amal ini. Tkasih.