Tuesday, February 12, 2013

Jln-Jln Masuk Kg: Ya Hanana


Alhamdulillah, pada musim cuti raya cina yang lalu, kami sekali lagi diberi masa dan kelapangan serta kesihatan untuk meneruskan perjuangan NGO Wargakilang membantu keluarga miskin di beberapa buah perkampungan Nelayan di Pantai Timur.

(Bagi orang luar seperti kami, memiliki rumah di pinggir laut dengan suara ombak memukul pantai dan bayu laut yang membuai adalah sebuah impian yg tidak kecapaian – namun, bagi kaum nelayan di sini, realiti hidup mereka tidaklah seindah foto yang digambarkan)

Perjalananan kami bermula seawal jam 8.00 pagi, berkumpul di Masjid Balok Beserah, Kuantan Pahang.

(Barang-barang sumbangan untuk 20 keluarga penerima yg sudah dikenal pasti)

Fokus sumbangan kami kali ini ialah keluarga ibu tunggal, anak yatim, orang tua dan juga keluarga nelayan.

(Tempat agihan yang pertama ialah di rumah seorang Ibu Tunggal di Beserah, Kuantan – dlm renyai renyai hujan, para peserta tolong angkut barang sorang sikit)

(Puan Mariam Majid, Ibu Tunggal yg kematian suami, punya 3 orang anak yg kesemuanya masih bersekolah sedang menerima sumbangan drpd sdra Murtazar dari Kuantan yg pertama kali ikut JJMK Wargakilang)

Di Kemaman, Terengganu pula sumbangan dilakukan di beberapa buah rumah dan juga surau sebagai pusat agihan.

(Puan Budinah, suami meninggal, punyai seorang anak, bersama 2 daripada 4 orang anak-anak yatim piatu yang dijaganya. Kesemuanya masih bersekolah – sdra Azman dari Kemaman sedang menyampaikan sumbangan mewakili NGO Wargakilang)

(Puan Azizah, Ibu Tunggal kematian suami bersama 3 daripada 4 orang anaknya sedang menerima sumbangan dari Tengku Nazri, yang datang jauh dari KL)

Setiap keluarga menerima sekurang2 nya satu kotak tepung seperti dalam gambar – kerana kami dimaklumkan oleh rakan kami di Pantai Timur bahawa orang di sini suka buat cucoq (Cucoq = bahasa utara, JEP-PUT = bahasa Tganu).

Sebab itu, bila kami singgah di rumah Pok Dillah, 60an bekas Nelayan yang uzur dan menumpang anak-anaknya, yg kesemuanya juga bekerja sebagai Nelayan; sengaja saya buka tepung dan minyak masak ini dan bagi sendiri kepada isteri Pok Dillah dan anak perempuannya ini, yang kebetulan mereka tengah kupas ubi kayu nak buat cucur/kuih untuk diletakkan di gerai kuih yang berdekatan.

(Moga sumbangan tepung dan minyak masak ini dapat menambah jumlah cucur/kuih mereka ini, dan seterusnya dapat membantu menambahkan modal pusingan)

(Perjalanan di celah-celah perkampungan Nelayan ini menjadi satu pengalaman tersendiri buat kami-kami yang mai dari jauh ini)

(Pok Wei, seorang Nelayan tua antara penerima sumbangan JJMK kali ini)

(Sdra Yazid, seorang Nelayan muda yang terkandas di daratan kerana diserang sakit usus melahirkan rasa syukur dan terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan. Sdra Fazal mewakili Wargakilang sedang menyampaikan sumbangan)

Sdra Fazal kirim melalui 4WD Triton saya 200 kg beras beserta gula dan tepung serta brg2 lain sumbangan beliau dan rakan-rakan jemaahnya dari Masjid Bertam Indah, Kepala Batas Pulau Pinang. Fikir-fikir sekali, alangkah baguihnya kalau MASJID-MASJID lain di seluruh Malaysia dapat berbuat sesuatu yg serupa, buat apalah nak simpan duit ratus-ratus ribu dalam tabung masjid, bakmai sikit kat NGO-NGO macam kami ini, insyaallah kami boleh tolong sampaikan – terus ke pelantar rumah org miskin yang memerlukan.

(Turut menerima sumbangan ialah Pak Hamzah, seorang Nelayan OKU yang cacat anggota sejak lahir, bertutur sedikit gagap dan sengau bahasanya. Sdra Nazrul seorang pekerja kilang di Kemaman menyampaikan sumbangan mewakili Wargakilang)

(Gembira sungguh Pak Hamzah dengan bantuan yg tak disangka-sangka yg boleh last dua tiga bulan ini)

Seronok dan gembira tak tau nak habag bila kami lihat org2 seperti Pak Hamzah dan penerima yang lain ini gembira dan terkejut tak sangka dengan sumbangan yang begitu banyak yg kwn2 kami bagi ini. Pun begitu, di celah gembiraan tersebut, saya tidak dapat menyembunyikan emosi diri daripada menyentuh isu yang biasanya saya elakkan daripada menulisnya – isu POLITIK. Se-aci boleh saya tidak mahu mengupasnya, apatah lagi perjalanan kami adalah atas platform NGO.

Namun dua kisah di bawah ini amat tidak wajar, dan saya rasa berkewajipan untuk menulisnya.

Yang pertama, kisah Pok Long, seorang insan yang kerana miskin dan uzur nampak lebih tua dari usianya – cuma baru di awal 50an – mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah. Ketika kami melawat rumahnya untuk tujuan riki/kutip maklumat sebulan yang lepas, kami dimaklumkan untuk makanan hariannya, Pok Long akan ke pasar, kalau nasib baik ada orang sedekah adalah makanannya.

(Rumah Pok Long di pinggir pantai, betul-betul mengadap Laut China Selatan)

(Pok Long memberi izin kepada kami untuk jadikan rumahnya sebagai center agihan kepada 3 keluarga miskin yang lain)

Maklumat yang kami dapat; sewaktu parti yang didokongnya memerintah negeri kelahirannya ini, beliau mendapat bantuan zakat. Bila parti pemerintah berubah, bantuan zakat untuk Pok Long dihentikan. Ada sedikit bantuan wang kebajikan, namun bantuan yang sedikit itu baru-baru ini ditarik kembali angkara salah faham dengan pihak yg punya kuasa di tempatnya – entah salah siapa, atas sebab keuzuran, Pok Long tidak dapat hadir tatkala pembesar negeri turun dlm satu majlis khas memberi wang kebajikan tersebut secara cash yg biasanya diambil melalui bank. Mungkin ketidakhadiran Pok Long itu memberi kemaluan yang amat besar kepada pihak berkuasa di tempat beliau itu, wallah hu aklam.

Kesian sungguh kami kat Pok Long, sebab tu ada sahabat saya dari kilang INTEL Kulim, dia ada turun waktu kami mai riki cari org miskin di Tganu ini bulan lepas, tapi kali ini dia tak dpt turun, dia huluq mai kat saya RM100, dia kata, “Monier, dlm ramai-ramai yg hangpa nak pi visit nanti, hat ni hang tolong bagi kat Pok Long!!”. Saya dapat mengerti perasaan sahabat saya ini. Pok Long menjadi mangsa percaturan politik murahan peringkat bawahan!!

Ini pula lain ceritanya, kami mendapat maklumat dari guru sekolah berdekatan kisah seorang budak perempuan (form 2 waktu itu) kena tangkap dengan cikgu dsiplin kes jual rokok di sekolah. Bila di-interrogate, budak pompuan ini yang baik pelajarannya, tak ada masalah disiplin, tidak merokok – budak itu habag dia terpaksa jual rokok sebab nak cari duit belanja sekolah sebab keluarga dia org miskin. Mak dah lari beberapa tahun yang lepas tinggallah beliau 3 beradik yang masih bersekolah dibesarkan oleh ayahnya yang lumpuh kena stroke, yg bukan kata duit belanja sekolah, tapi makan minum dan kain pakai harian pun tidak menentu. Sebab tu dia jual rokok.

Kami dimaklumkan, bila cikgu pi melawat rumah budak ini nak pastikan kesahihan ceritanya, bila tengok ayah budak ini yang kena stroke mengesot-ngesot dan berkerusi roda menguruskan makan minum dan urusan rumah, bila tengok suasana dalam rumah tersebut yang macam TONGKAH PECAH, cikgu itu pula yang menangis. Maklumat sahih ini disalurkan kepada sdra Azman Alias, wakil Wargakilang di Pantai Timur.

(Gambar saya sedang menerumah Pok Der sewaktu riki wargakilang bulan lepas, rumah sudah dikemas rapi menyambut kedatangan kami)

Sdra Azman ada bertanyakan saya sama perlu atau tidak kami bantu Pok Der, atau biarkan begitu saja kerana kisah beliau amat komplikated. Kami dimaklumkan masyarakat sekeliling tak berapa peduli sangat dengan nasib beliau kerana Pok Der ini sewaktu sihatnya adalah orang “Hebat”. Org Tganu kata set-set BENG-KENG, Org Kedah kata geng “Kepala Masam”, Org Kelantan mungkin kata “GEDEBE”. Panas baran dan cari pasal sokmo. Bila kena stroke dah tak boleh berjalan, semua orang berpadan muka dengan beliau.

Saya kata, kalau ikut Islam, kita kena bantu tak kira siapa. Cuma ada sedikit masalah, - keliling rumah Pok Der gelap dengan bendera sebuah parti politik terkemuka di tanah air. Untuk mengelakkan salah faham di kalangan peserta konvoi amal Wargakilang yang saya tidak pasti latar belakang politik mereka, saya terpaksa umumkan minta mereka abaikan (ignore) bendera2 parti yang berkibar megah di hadapan rumah Pok Der ini. Kita mai nak buat kerja amal, nak bantu org susah tak kira apa parti.

Bila saya tanya Azman, dia kata biasalah kat Tganu ni, ada org suka boh bendera parti tertentu kat rumah dia sebab nak dapat bantuan. Hmm, kalau itulah matlamatnya, kesian kat Pok Der, tak dapat apa yang diharapkan – makan minum harian beliau sekeluarga, bila saya tanya, Pok Der kata cuma mengharapkan simpati kawan-kawan!!

Mungkin sebab itu bila kami hulurkan bantuan, bila dia lihat begitu punya banyak brg2 sumbangan, Pok Der tak dapat tahan air matanya, terus menangis teresak-esak. Berulang kali beliau cakap “Alhamdulillah, terima kasih, terima kasih, saya tak tau nak kata apa, tkasih tkasih, Alhamdulillah, tkasih banyak-banyak!!”.

(Pok Der menangis teresak-esak, terharu tidak dapat menahan kesedihan tatkala menerima sumbangan dari kwn-kwn di Wargakilang)

Saya tidak begitu pasti kenapa Pok Der menangis, mungkin di atas rasa terharu yang amat sangat kerana beliau kini sudah tidak berdaya dan hanya mengharap simpati orang ramai, sedangkan sewaktu sihatnya tidak ada masalah untuk Pok Der mendapatkan beras sekampit seperti itu. Sebagai seorang insan yang begitu gagah di zaman sihatnya, keegoan lelaki beliau benar-benar tercabar, menyebabkan beliau naik sebak dan terus menangis teresak-esak.

Kami bersimpati dengan perjalanan takdir yang menimpa Pok Der ini. Bukan mudah sebenarnya untuk seorang lelaki menangis. Sdra Azman cakap, beliau kenal sangat Pok Der ini sewaktu sihatnya, org yg jenis panas baran/ego dll, bukan jenis org yg mudah menangis.

Sekampit beras adalah nothing buat sebagian kita, tetapi amat besar maknanya buat mereka yang terdesak dan amat memerlukan seperti keluarga Pok Der ini.

Janganlah nilai beliau berdasarkan warna bendera di rumahnya atau pun piring ASTRO di bumbung rumah yang diberi oleh pihak-pihak tertentu secara percuma, lepas satu bulan kena potong sebab tak mampu bayar. Org nak bagi bantuan pun confuse sebab rumah ada piring ASTRO tak kan miskin kot. Kata sdra Azman, rata-rata rumah org miskin di sana ada org bagi piring ASTRO, dua tiga bulan lepas tu kena potong. Tinggallah piring ASTRO di bumbung rumah sebagai lambang kemiskinan dah reda, org dah mampu subscribe ASTRO – inilah agenda politik kelas murahan yang langsung tidak wajar kerana menjadikan org2 miskin sebagai kuda tunggangan.

(Mohon maaf kerana kali ini terpaksa sentuh isu politik sikit)

Akhir sekali, kami di-raikan oleh rakan-rakan kami di Kemaman dengan jamuan tengahari di sebuah surau berdekatan. Di situ, kami bukan setakat dihidangkan dengan sajian makanan Tganu, ikan singgang, kerepok leko, sambal belacan budu dll tetapi kami turut dihidangkan dengan nyanyian BURDAH (Org Kedah kata QOSIDAH) oleh sekumpulan anak-anak remaja dari kawasan perumahan berhampiran.

(Lagu YA HANANA….YA HANANA…berkumandang merdu, mendayu-dayu, disajikan khas untuk peserta konvoi amal Wargakilang)

Kawan-kawan yang pandai bahasa Arab bagitau Ya Hanana membawa maksud “Kami Beruntung” keranamu Nabi Muhammad SAW; yang antara lain menekankan betapa beruntungnya kita punya junjungan mulia seperti Nabi SAW sebagai idola ikutan yang begitu hebat dan mulia akhlaknya. Secara peribadi saya amat kagum dengan Rasulullah SAW yang begitu gemar bersedekah dan mampu melahirkan sahabat-sahabat Baginda yang juga amat gemar berbuat demikian.

Saya selalu teringat kisah Baginda SAW yang setiap hari bersedekah/menyuap makan kepada seorang Pengemis Yahudi buta yang mulutnya tak henti-henti mencaci baginda dan menyuruh org jangan percayakan manusia bernama Muhammad SAW ini, tapi dia sendiri tak kenal siapakah Nabi SAW itu; sehinggalah Nabi SAW wafat, bila lama dah Nabi SAW tak mai suap bagi beliau makan, bila Saidina Abu Bakar mai ganti tempat baginda nak suap makan, pengemis itu kata itu bukan si lelaki yang selalu bagi beliau makan sebab lelaki itu akan kunyah makanan itu bagi hancur terlebih dahulu sebelum suap ke mulutnya.

Pengemis ini terkejut bila Saidina Abu Bakar cakap, lelaki yang selalu mai bagi hang makan itu, yang selalu suap hang makan itu dah meninggal. Kalau hang nak tu, dia itu lah Nabi Muhammad SAW yang hang selalu duk caci, duk maki hamun itu. Terkejut Yahudi ini, terus dia masuk Islam sebab kagum dengan akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah ini – membantu tak kira apa “parti”.

Maka, mengambil sunnah Nabi SAW ini, marilah kita sama-sama buat kerja amal, kita bantu semua pihak, tak kira apa warna bendera dia, tak kira beliau itu namanya Pok Long orang PAS atau pun Pok Der orang UMNO!!

(Group Photo: sebahagian peserta konvoi amal JJMK Wargakilang Nelayan 2013)

Terima Kasih kepada semua yang membantu. Ada masa mailah join kami di lain JJMK.

Sekian, moga ada kebaikannya buat semua.
Moniermatdin@yahoo.com
12.2.13
http://www.moniermatdin.blogspot.com
http://www.faceboook.com/wargakilang

No comments: