Tuesday, December 6, 2011

JJMS: Jln-Jln Masuk Sekolah NGO Wargakilang

Pejam celik pejam celik, tak lama lagi sunyilah rumah saya ni bila budak-budak ni balik Asrama dan masuk ke sekolah semula. Termasuk yg ada kat U tu, semua sekali ada 7 orang bersekolah tahun depan; cuma tinggal 2 orang saja lagi kat rumah habuan buat semangat tak bagi sepi rumah ni nanti.

Walaupun kami suami isteri bekerja, namun mengeluhlah juga bila teringatkan nak kena sediakan perbelanjaan anak-anak sekolah ini. Itu kami yg berpendapatan tetap, macam manalah pulak dengan orang-orang kampung kat dalam-dalam yang kerja depa cuma jenis kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang?

Macam pula dengan nasib penoreh getah (bukan tauke ladang getah) yang dok kerja kuli menoreh getah di ladang orang tu? Tambah-tambah musim hujan sekarang ni, macam manalah agaknya mereka menyediakan perbelanjaan anak-anak masuk sekolah?

Kerana itu, seperti di beberapa musim cuti sekolah yang lepas, kali ini kawan-kawan di NGO Wargakilang sekali lagi dok ajak saya pi masuk kampung nak survey tengok mana-mana keluarga yg dirasakan layak diberi bantuan.

Ikhlas cakap, kadang-kadang saya naik kagum sungguh dengan kawan-kawan saya yg dua tiga orang ni, Aznee/Fendi/Shukri/Wahab, komited dan istiqamah sungguh depa dengan kerja-kerja amal dan kebajikan ini. Kalau ikutkan saya, musim cuti sekolah ni sibuk sungguh, kenduri merata dan anak-anak pun tak bawa pi cuti makan angin mana-mana lagi. Yg mak dia pula dok tarik muka dah, janji nak balik Terengganu pekena Nasi Dagang kat depan stesen teksi Bandar Chukai tu, alih-alih tak jadi pula, sibuk dengan kawan-kawan di Wargakilang ni masuk kg riki/cari org susah.

Tapi, sebab dok ingat kerja-kerja amal ni besar fadilatnya, Alhamdulillah orang rumah dan anak-anak saya paham. Antara yg saya ingat, waktu dok ajaq anak ngaji Quran hari tu, saya ada terjumpa satu ayat dalam Surah Al-Baqarah yg menyebabkan saya jadi lebih bersemangat nak buat kerja amal ini.

Ayat 274, marhumnya:

“Org2 yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau berterang-terang, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yg tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”

Rupa-rupanya, baru saya tahu, kerja amal ini selain dpt pahala adalah merupakan usaha untuk MENJAUHKAN BALA drpd berlaku kpd kita dan keluarga terdekat insyaallah.

Pahamlah saya kenapa selama ini bila saya selalu risau teringat anak-anak saya yg 9 orang tu jatuh sakit ka apa; ya lah cuba bayangkan kalau cuma 3 saja drpd 9 orang tu masuk Hospital, sure kelam kabut urusan kami suami isteri. Tetapi setakat ini Alhamdulillah, semuanya sihat wal-afiat, cuma demam sikit-sikit, ambik ubat farmasi dah kebah, tak ada sakit kronik teruk-teruk.

Semua ni saya yakin adalah kerana kerja-kerja amal yg kami lakukan secara tidak sengaja ini, yg asalnya cuma dilakukan atas dasar kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan apa-apa, tapi tak sangka rupanya ada fadilatnya yg tersembunyi seperti yang dijanjikan Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ini.

Maka itu, dengan rendah hati, saya dengan ini mewakili kawan-kawan di Wargakilang ingin menjemput tuan-puan yang berminat untuk bersama-sama kami dalam satu lagi aktiviti JJMK (Jln-Jln Masuk Kg) atau pun kali ini diberi nama JJMS (Jln2 Masuk Sekolah) untuk kesekian kalinya pada hari Sabtu 17hb Disember ini. Tujuannya ialah untuk memberi sumbangan dan bantuan persekolahan kpd keluarga-keluarga miskin/susah untuk anak-anak mereka kembali ke sekolah.

Di weekend yg lalu kami turun riki di beberapa buah desa pedalaman dalam kawasan Parlimen Kulim Bandar Bharu. Oleh kerana dlm kebanyakan aktiviti sebelum ini, kami cuma kerap masuk ke kawasan-kawasan ulu sekitar Baling dan Sik sana nu; bila jumpa ada juga orang susah kat kawasan Parlimen Kulim Bandar Bharu ni, kami jadi sedikit terkedu. Tak sangka dlm kaw Parlimen ini pun ada juga org susah.

Adik dalam gambar di bawah ini misalnya, tahun depan form 2, waktu anak saya yg usia hampir sebaya waktu ini tengah dok mengadap computer main facebook/game atau pun mengadap Astro, adik ni pulak sibuk pi mengail kat batas-batas bendang dan tebing carok/sungai. Dia habag, tiap hari dapat ikan keli 3 empat ekor (keli asli bukan bela) bawa balik bagi mak dia masak buat makan depa sekeluarga.




(Rumah tanpa pintu yg sempurna)

Ayah dia En Razali Bin Bakar cumalah pekerja kampung (jenis kais pagi makan pagi kais petang makan petang), ada 3 orang anak nak kena sediakan perbelanjaan nak masuk sekolah tak lama lagi ni.

Ini pula gambar Abu Hassan bin Ishak, nampak muda tapi dah 40an.


Apa kerja dia? – macam En Razali juga, kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Berpagi-pagi lagi sudah keluar rumah meredah bukit dan hutan, pi cari petai. Jumpa ja pokok petai terus panjat sampai ke JULAI (hujung ranting) petik petai-petai tu dari Julai ke Julai. Berpetang-petang, pikul dan tanggung petai-petai itu bawa balik ke kampung. Kemudian tolak kpd peraih dgn harga yg tidak seberapa, lepaslah untuk makan minum keluarganya buat sehari dua. Esok lusa ulang lagi, mcm tu lah rutin Abg Abu Hassan tiap-tiap hari.

Mungkin kerana terlalu leka dan kusyuk dgn dunia petainya, saban hari nun jauh di puncak rimba , lalu sikit demi sedikit beliau terpisah dari dunia nyata; tak kisah dan tak peduli agaknya bila mana anaknya yg sepatutnya tahun depan Tingkatan 3, tahun ini berhenti sekolah drop macam tu saja.

Hanyut lagi seorang anak kita dibawa arus kemiskinan bangsa!!

Tak dapat saya bayangkan masa depan anak Abu Hassan ini; di kilang saya kerja ini, kalau ada SPM pun belum tentu boleh masuk, inikan pula tak ada PMR!

Entahlah, kalau tulis lebih-lebih nanti bunyi emosi pulak. Mailah kita bantu apa yg kita mampu, tak payah dok salahkan sapa-sapa, biarlah SOLDADU-SOLDADU POLITIK BANGSA bertempur sesama mereka di atas sana, tapi untuk kita rakyat marhain ini, marilah berpijak di bumi nyata:

“Sesungguhnya biar apa pun orang kata, isu kemiskinan masih tetap merupakan agenda utama permasalahan bangsa” – Prof Ungku Aziz.

Sekampit beras yg kita bawa untuk keluarga ini dan lebih 20 keluarga yg lain yg bakal kita kunjung nanti mungkin tidak akan mampu membasmi kemiskinan dlm erti kata yg sebenarnya, tetapi memberi peluang untuk mereka tersenyum lebar menjelang sekolah dibuka,insyaallah orang alim kata besar pahalanya.

Maka itu, kpd yg berminat nak turut serta, sebelum jam 8:00 pagi Sabtu 17hb Disember 2011, sila berkumpul di Parking Lot KHTP, Kulim Kedah.

Mudah-mudahan kerja buat kita yg tak seberapa ini insyaallah akan dikira sebagai pahala yang berkekalan di SANA kelak. Insyaallah!!

Sekian.
moniermatdin@yahoo.com
6.12.11
http://www.moniermatdin.blogspot.com

5 comments:

Unknown said...

assalamualaikum... bro ada tak listing budak yg perlukan bantuan sekolah... menengah\rendah, lelaki/perempuan , darjah/tingakatan... sumbangan makanan mcm biasa jg ka...

Mohd Monier Bin Mat Din said...

Akan diposkan details oleh sahabat2 dlm FB wargakilang insyaallah...

Fahmi Ismail said...

Semoga Allah merahmati segala amal jariah dan sumbangan saudara Monier dan semua ahli wargakilang yang terlibat...tulis dalam blog macam ni satu usaha yang bagus sebab boleh tunjuk kat kaum keluarga;khususnya anak-anak dan bini untuk lebih insaf dan bersemangat untuk tolong orang fakir dan miskin

skautmaste said...

Saudara Monier,
Mohon dapat emailkan keluarga2 yang memerlukan bantuan di sekitar Kulim Bandar Baharu. emilakan ke mzakuan68@gmail.com. Bila nak datang ke Badlishah lagi???? Salam kat Tipah!!!

Mohd Monier Bin Mat Din said...

Salam Cikgu Zakuan,
Tak daklah pulak senarai org2 miskin kat area Kulim/BB ni, kami pi hari tu pun dipandu oleh cikgu sebuah sekolah rendah kat situ. Mcm tulah modus operandi kami kat mana2...dibantu oleh org tempatan kat situ, sama ada "org kuat" kat situ or cikgu2 sekolah or geng2 kilang yg kebetulan tinggal kat area situ. Sekolah badlishah, ada dua tiga org lagi sek rendah kat rumah ni, doakan depa pun dpt 5A gak..insyaallah dpt masuk Sek Badlishah lagi..:-)))