Friday, November 23, 2012

JJMS Wargakilang: Selama dan Batu Kurau, PERAK


Malam tadi saya dijemput memberikan ceramah motivasi di sebuah Kem Tahfiz sempena musim cuti sekolah di sebuah masjid berdekatan. Untuk memberi semangat mereka menghafaz Al-Quran, saya kongsi dengan mereka beberapa bukti dari sudut Sains yang menunjukkan bahawa Al-Quran itu memang dari Allah SWT dan bukan ciptaan manusia. Saya petik satu contoh ayat Al-Quran dalam surah Al-an’am ayat 125, Allah SWT berfirman maksudnya “Dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit”.

Saya kata Nabi Muhammad SAW bukan pernah naik kapalterbang, mana dia tau kata kalau kita naik ke langit dada jadi sesak dan sempit (sebab tak cukup Oxigen)? Melainkan yang cerita itu ialah Allah SWT sendiri.

Sebab itu sekarang ini bila kita nak kapalterbang, mula-mula sekali pramugari akan peringatkan kita macam mana nak guna bekalan oxygen kalau berlaku kecemasan sebab kat atas sana nu oxygen tak cukup. Kemudian saya tanya budak-budak itu, berapa ramai dari kamu yang pernah naik kapalterbang?

Tu dia, ramai lah jugak yg pernah naik – bermakna kata ramai antara mereka ini insyaallah anak orang2 senang, ya lah yang mampu bayar yuran kem tahfiz itu tiga empat ratus untuk selama dua minggu, tak seperti anak-anak orang susah yang kami temui dalam riki kawan-kawan kami cari org susah di kawasan pedalaman Perak di sekitar Selama dan Batu Kurau baru-baru ini: untuk program Jln-Jln Masuk Kg Wargakilang memberi bantuan persediaan persekolahan kepada keluarga miskin dan susah di situ.

(Kak Aya dan 3 orang anak-anaknya: antara rumah yang akan dikunjungi nanti)

Sebetulnya saya sendiri tak berapa familiar dengan jalan-jalan di kawasan Perak Utara ini, seumur hidup baru sekali saya menjejakkan kaki ke daerah Batu Kurau waktu pi ikut kawan-kawan pi bagi bantuan daging korban di musim Raya Korban baru-baru ini.

Kalau ikut peta di bawah ini, Sdra Satar dan Tuan Haji Fendi dari bahagian Logistik Trafik kami ini, plan nak bawa kami masuk jauh ke kg-kg di pedalaman Perak, dari Kulim Hitech Park, Kulim Kedah, ke Mahang ke ke Felda Ijok, melalui Lenggong dan terus ke Batu Kurau melalui kawasan hutan, jalan kampung dan ladang kelapa sawit.


(Tuan Hj Fendi pesan Minyak Kena Penuh!)

Kalau ikutkan gambar-gambar yang dirakamkan oleh Team Riki wargakilang ini, saya dapat merasakan bahawa kemiskinan di kawasan Batu Kurau ini tak jauh berbeza kalau nak dibandingkan dengan kawasan pedalaman lain di Kedah, Kelantan mahu pun Terengganu.

(Antara keluarga yg akan menerima sumbangan JJMS – Jln2 Masuk Sekolah nanti)

Kita akan turut kunjungi keluarga malang, 6 orang anak-anak YATIM PIATU yang kehilangan ayah dan ibu dalam satu kemalangan jalan raya tak lama dulu. Yang sulung di tingkatan satu.

(Sebahagian daripada 6 orang anak-anak YATIM PIATU ini bersama-sama dengan sepupu mereka)

Mereka kini tinggal menetap di rumah Nenek mereka ini bersama bapa saudara mereka yang hanya bekerja sebagai seorang JAGA. Mudah-mudahan sumbangan peralatan sekolah berupa beg sekolah, pen, pembaris, pensil, kotak pensil dll lagi ini mampu meringankan bebanan Nenek dan juga Bapa Saudara mereka ini.

Antara keluarga lain yang termasuk dalam senarai penerima ialah keluarga En Shahrun di sebuah perkampungan melayu tradisional di pedalaman Batu Kurau.


(Anak-anak En Shahrun dalam gambar ini juga insyaallah akan menerima sumbangan)

(Cikgu Sujari, yang dulu kerja kilang tetapi kini menjadi Cikgu Sekolah Rendah banyak membantu kami mengenal pasti anak-anak muridnya yang miskin dan susah yang perlukan bantuan. Kami berharap lebih ramai lagi guru-guru khususnya di kawasan pedalaman dapat bekerjasama dengan berbagai perkumpulan NGO seperti kami)


(Rumah En Dahalan (15 x 15), ada 6 orang anak-anak yang masih bersekolah di peringkat menengah dan rendah, yang insyaallah akan kita bantu seadanya)

Semua sekali ada 25 keluarga yang tersenarai, dengan jumlah kanak-kanak sekolah yang perlukan bantuan hampir 110 orang. Dalam banyak-banyak keluarga berkenaan, hati kecil saya amat tersentuh dengan keluarga Pn Niza, seorang Ibu Tunggal yang kematian suami secara mengejut, kini berhempas pulas untuk membesarkan 6 orang anak-anaknya (yg sulung pompuan 15 tahun) di samping terpaksa menyara 2 orang lagi anak saudaranya yang tinggal bersama Ibunya yang sedang dimamah usia.

(Pn Niza bertudung coklat atas kerusi dan sebahagian daripada anak-anaknya & anak2 saudaranya bersama teman-teman mereka yang baru naik dari mandi sungai kat tepi rumah ibu beliau tatkala kami mengunjungi keluarga ini tak lama dulu)

Saya tak dapat imagine macam mana berserabutnya perasaan Pn Niza nak sediakan pakaian & peralatan persekolahan untuk 6 org anak dan 2 orang anak-anak saudaranya itu. Paling kurang pun beliau perlukan dalam RM800, mengambil kira beg sekolah saja pun dah harga RM50 sekarang (10 tahun dulu, harganya sekitar RM25-RM29, sekarang ini beg budak Tadika pun dah mencecah RM35).

Di manalah beliau nak cekau duit sebanyak itu sebab kerja sebagai Operator Kilang nak dapat RM800 sebulan jenuh nak bercengkang mata buat OT – kami tau la sebab kami pun kerja kilang.

Cumanya, dapat saya bayangkan perasaan LEGA selega-leganya dan terima kasih serta bersyukur tak terkira di pihak Pn Niza jika sekiranya pada hari lawatan kita ke sana pada 16hb Dis 2012 nanti, ada dermawan yang sudi bawa mai 8 beg sekolah beserta peralatan penuh untuk anak-anak di bawah jagaannya. Pn Niza tentunya tak mampu membalas jasa tuan puan itu, hanya Allah SWT saja yang mampu membalasnya.

Besar sebenarnya manafaat membantu Ibu Tunggal ini, dan besar juga manafaatnya kalau kita dapat sedekahkan barangan persekolahan ini khususnya alat-alat tulis dan yang sewaktu dengannya.

Malam tadi, selepas habis ceramah motivasi, saya berbual panjang dengan Ustaz Zul, Ketua Pengarah Kem Tahfiz berkenaan yang sering dijemput memberi kuliah/ceramah di masjid-masjid dan surau berdekatan. Bila saya cerita kat dia kata NGO Wargakilang plan nak masuk kampung bagi bantuan persekolahan seperti beg sekolah dan alatulis, pen pensil dan sebagainya ini, Ustaz Zul cakap:

“Ha, bila sebut nak pi bagi pen/pensil ini, saya teringat firman Tuhan dalam Al-Quran surah Al-Alaq (Iqraq) iaitu surah pertama yang diturunkan. Dalam surah itu Allah SWT berfirman -Iqraq warobbukal akromullazi a’llama bilqolam – maksudnya Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan”

Kata Ustaz, apa yang kami plan nak buat itu elok sangat dah sebab dalam surah itu sendiri Allah SWT sebut kalau nak belajar kena ada PENA (Pen/Pensil), maka elok sangat kalau kami pi bagi sumbangan pen/pensil dan lain-lain itu. Alhamdulillah, saya pun tak perasan sebenarnya.

Cuma yang tak dapat saya lupa bila Ustaz habag, kalau orang yang guna pen/pensil yang kita bagi itu untuk belajar menulis ALIF BA TA katakan, dan hasil daripada belajar alif ba ta itu orang itu dapat baca Fatihah, dan dapat mendirikan solat, maka insyaallah tempias pahalanya dengan izin Allah akan sampai jua kat kita.

Tak sangka niat asal kami cuma nak pi bantu bagi peralatan untuk persediaan persekolahan biasa biasa ja, rupa-rupanya dari segi agama ada kesannya hingga ke Akhirat sana.

Ada masa mai la join kami, tunggu di parking lot KHTP, Kulim Kedah jam 8.00 pagi Ahad 16 Dis 2012. Bawalah barang-barang sumbangan anda setakat yang ada, nanti kita kongsi sorang sikit insyaallah cukup untuk semua.

(Di cek-point terakhir, sebuah rumah di pinggir sungai di Pantai Besar, Ijok, kita akan singgah berkelah dan mandi manda. Sila bawakan pakaian dan peralatan perkelahan yang berkaitan)

Terima Kasih

moniermatdin@yahoo.com
24.11.12
http://www.moniermatdin.blogspot.com
http://www.facebook.com/wargakilang

No comments: