Saturday, March 30, 2013

Kisah Mesin Basuh


Malam tadi, sahabat saya,sdra Radzi, rakan NGO Wargakilang dari Penang mai rumah. Dia baru balik dari KL atas urusan kerja. On the way balik, dia sempat singgah di rumah seorang hamba Allah bernama Puan Ida di KL sana nu, pi amik kain baju terpakai, basikal, dapur gas dan juga sebuah mesin basuh. Puan Ida pesan, minta tolong sampaikan kepada mereka yang memerlukan.

Bila Radzi called saya tanya kat mana nak hantar brg2 tu, terutamanya mesin basuh yang agak besar itu, saya kata tat pa lah, bawa mai dulu ke rumah saya di Kedah ini.

Radzi sampai dah dekat jam 11 malam; terus saya called Apit, seorang sahabat – kerja full time buat bendang – yang aktif dengan kerja2 kemasyarakatan di kawasan ini. Apit kata, mesin basuh itu boleh hantar ke sebuah pusat tahfiz yang baru buka baru-baru ini.

So, malam tadi, sebaik-baik saja sampai di rumah saya, bersama seorang lagi sahabat, kami terus ke Pusat Tahfiz tersebut dengan kenderaan Triton yg Radzi bawa itu.

Masyaallah, saya tak pernah sampai pun tempat tu sebelum ini, dari jalan besar itu, kenderaan Triton itu terpaksa meredah Batas Ban (jln permatang) tidak berturap, berliku-liku antara petak-petak sawah yang luas terbentang itu. Sampai tang korner tajam, jenuh juga sdra Radzi duk kilas stering kereta nak elak daripada terbabas masuk ke dalam bendang.

Walaupun jaraknya cuma dalam setengah km dari Jalan Besar, tapi pengalaman meredah jalan batas ban yg sempit muat-muat kereta itu, sesekali terhenjut-henjut apabila menempuh jalan yang berlopak, meredah jalan kampung yang sebegini di tengah-tengah malam buta ini adalah suatu pengalaman yang menarik untuk dikongsi.

Mungkin sebab itu kot, seorang sahabat kami bernama Din dari Sungai Petani yang turut serta, dia cakap:

“Fuyo, ini baru betul namanya Jln-Jln Masuk Kg!” - saya pun rasa macam itu juga.

Sampai di sana, kami diperkenalkan kepada Mudirnya yang bernama Ustaz Ashraf.

Bila saya tanya berapa jumlah pelajarnya - Ustaz Ashraf cakap 21 orang, semuanya perempuan, berusia antara 8 hingga 18 tahun.

Bila saya tanya pula berapa orang tenaga pengajar - Ustaz Ashraf habag DUA ORANG sahaja - beliau dan isteri.

Isteri beliau seorang guru Tahfiz berpengalaman dari sebuah Pusat Tahfiz di Baling, Kedah. Ustaz Ashraf menguruskan bab makan minum dll, sementara isterinya menumpukan perhatian kepada tugas mengajar.

Bila kami tanya, ada berapa buah mesin basuh kat situ – beliau tunjukkan kami sebuah mesin basuh kat hujung sana.

(Sebuah mesin basuh untuk dikongsi oleh 21 orang pelajar)

Sahabat kami sdra Apit yang tunjukkan jalan ke situ habag, Mesin Basuh itu adalah HADIAH PERKAHWINAN untuk Ustaz Ashraf dan Isterinya waktu majlis walimatul urus mereka hari itu. Hari ini, mesin basuh itu mereka infakkan untuk kegunaan anak-anak murid mereka ini. Masyaallah – mulianya hati Ustaz dan Ustazah suami isteri ini!!

Sebab itu, bila saya lihat mesin basuh yang disedekahkan oleh Puan Ida dari KL, yang dibawa pulang beratus kilometer jauhnya ke Utara oleh sdra Radzi ini, walau pun bagi sesetengah orang hanyalah sumbangan yang biasa-biasa saja, tapi di Pusat Tahfiz ini, mesin basuh ini amat bermanafaat untuk murid-murid di sini.

(Mesin Basuh 2nd Hand dari KL)

Terima kasih Puan Ida, dan terima kasih sdra Radzi kerana bersusah payah bawa balik dari KL ini.

Dalam perjalanan pulang, waktu meredah batas ban antara petak bendang itu, saya dengar seorang sahabat saya cakap:

“Aku kagum sungguh la dengan Ustaz Ashraf suami isteri ini, sanggup korbankan diri untuk kerja-kerja agama macam ini. Pi bawa diri duduk jauh kat tempat lepas ke dalam macam ini. Zaman la ni susah nak cari pasangan suami isteri macam depa dua orang ini!”

Saya pun tak tau nak kata apa, tapi ibu bapa dari Puchong dan Banting, Selangor yang sanggup pi “buang” anak depa jauh ke tengah bendang di Utara ini, bolehlah tidor lena sebab insyaallah anak-anak mereka sekarang ini sedang berada dalam jagaan insan kamil yang terpilih. Insyaallah berkat pengorbanan dan keikhlasan pasangan suami isteri ghuraba akhir zaman ini mendidik anak-anak ini, insyaallah mereka akan membesar menjadi seorang Hafizah dan wanita solehah yang menyejukkan hati ibu bapa di masa hadapan.

(Pemandangan Madhad Tahfiz ini dari jalan besar di waktu siang)

Saya cuma nak sampaikan pesanan Apit, dia kata kalau sesiapa nak sampaikan sumbangan dalam bentuk barang-barang makanan seperti beras, sayur, lauk pauk dan barangan keperluan harian amat-amatlah di alu-alukan.

(Ustaz Ashraf berkopiah putih bersama Apit)

Ustaz Ashraf tak minta apa-apa, dia cuma cakap:
“Terima kasih di atas sumbangan Mesin Basuh ini, moga Allah SWT melimpahkan rezeki yang melimpah ruah kepada penyumbangnya”

Sekian, moga ada kebaikannya buat semua.

moniermatdin@yahoo.com
31.3.13
http://www.moniermatdin.blogspot.com

(PART II)

Dua tiga malam lepas, Apit mai rumah, kami sembang pasal Madhad Tahfiz ni, pasal Ust Ashraf dll. Saya kata kat Apit, petang tadi kat pasar mlm saya terserempak dengan Ustaz Ashraf dan Isterinya. 1st time saya jumpa isteri Ust Ashraf, Ustazah yg dok mengajar budak2 tu - berpurdah. Dua2 masih muda baru kahwin tapi sanggup korbankan masa/tenaga untuk mulakan madhad tahfiz ni.

Saya tanya berapa banyak bayaran yg ibubapa kena bayar bulan2. Apit kata, kalau ikut tu RM200 sebulan, tapi ada yg miss dan ada yg anak2 yatim yg tak dikira; so in average total x sampai RM4000 sebulan. Belanja hari2...lebih kurang RM100 sehari, sebulan RM3000 lebih, tolak api air dll belanja sampingan, tak ada apa yang tinggal untuk ustaz muda suami isteri dua orang ini....tapi depa tak kisah, depa seronok buat kerja2 agama ini, menurunkan ilmu tahfiz yg depa ada kpd generasi seterusnya.

 Antara yang menariknya mengenai pasangan suami isteri ini, Apit habag mereka dua orang ini bertemu jodoh waktu sama-sama menuntut di madhad tahfiz di Baling, Kedah. Yg suami tak pernah melihat wajah bakal isteri sebab bakal isterinya itu berpurdah. Kata Apit, Ustaz Ashraf 1st time tengok wajah isteri dia selepas akad nikah di majlis batal air sembahyang...masyaallah, hebatnya. Moga Allah SWT merahmati pasangan ustaz/ustazah muda ini.

Kalau tuan/puan ada masa, mai lah melawat sendiri madhad tahfiz ini (saya pun baru mlm tu pi, lepas ni nak kena pi kerap lagi).

Yang saya tak dapat lupanya, Apit cerita:

"Monier, kalau hang mai waktu depa duk hafal quran ramai2 jam 8 9 pagi mcm tu, bila hang dengar depa duk baca quran tu, hang boleh rasa satu mcm perasaan yg aku x tau nak habag kat hang....waktu tu burung2 yg berkicau kat pokok2 tepi bendang tu jadi sunyi sepi...burung2 tu berhenti berkicau...bila depa berhenti menghafal, burung2 nanti berkicau balik...burung2 tu pun mcm seronok dengar depa duk mengaji...hang mai lah tengok sendiri".

Ada masa, jom turun pi tengok dan bantu pasangan suami isteri ini tang mana yang patut...moga ini juga akan dikira sebagai satu kerja buat kita yang bakal diganjarkan dgn balasan pahala yg berkekalan buat kita semua di SANA kelak, insyaallah.


-sekian-

1 comment:

tihanni said...

Salam. Saya sedang membaca catatan saudara. Tiba tiba saya mendapat panggilan talipon Dari no yg tidak dikenali. Rupanya Dari Ustaz ashraf Kerana katanya dia mendapat miss call dari no phone saya walhal saya rasa saya belum menghubungi beliau, baru berniat untuk menyimpan no telefon beliau untuk memudahkan niat menyumbang di masa depan. Allah maha kaya.. Terus saya dapatkan no akaun Ustaz untuk saya salurkan sumbangan kawan2 yang kebetulan ada dalam pegangan saya ..alhamdullilah lega bila amanah dapatkan dilaksanakan.