Wednesday, May 6, 2015

WARGAKILANG: JJMK Yan 2015


Alhamdulillah, pada tarikh 2 Mei 2015 sempena musim cuti Hari Buruh di kilang2 industri, team NGO Wargakilang sekali lagi diberi kesempatan untuk masuk ke kg2 pedalaman menjengah dan membantu keluarga2 yang memerlukan. Kali ini di kawasan sawah padi dan pinggir pantai di sekitar daerah Merbok dan Yan, Kedah.


(Kurang lebih 70 buah kenderaan pelbagai jenis dan jenama dengan jumlah peserta hampir 250 orang, meredah kawasan2 kampung sepanjang permatang - sabuah perjalanan masuk kampung yang mengasyikkan)


(Modus operandi Wargakilang - setiap peserta bawa mai brg2 sumbangan masing2, tak kira barang apa dan berapa jumlah bilangannya. Sampai di tempat berkumpul, semua brg2 akan dikumpul dan kemudian diagih dan disusun berbaris mengikut jumlah bilangan asnaf yang disasarkan. Kali ini jumlah penerimanya ialah 40 orang, dari pelbagai kategori)


(Tiada khemah kusyen VIP atau pun khemah khas menanti. Tiba di kampung2 yang berkenaan, majlis sumbangan akan dilakukan secara spontan di mana-mana kawasan lapang yang ada, termasuklah di halaman rumah. Podium untuk pengacara majlis pula memang tak ada. Waktu masuk kg di Baling, Kedah saya pernah berdiri atas tunggul kayu jadi MC; kali ini depa suruh naik atas rumah teruih. Macam baca sajaklah pulak)


(Di Tanjung Dawai, majlis diadakan di tepi dinding rumah ja)

Tempat persinggahan kami yang pertama pagi itu ialah di sebuah kg di Merbok. Saja kami singgah di sini bawa kawan2 untuk ambil ROH Perjuangan seorang orang tua yang dikenali sebagai Paksu Romli, yang menubuhkan PUSAT TUISYEN nya sendiri di kampung ini, secara PERCUMA sejak beliau bersara hampir 20 tahun yang lepas. 


(Ada 4 buah "bangsal tuisyen" seperti ini, yg mampu memuatkan hampir 200 org pelajar dari kg2 sekitar, yg rata2nya adalah keluarga miskin dan susah. Ada antara anak2 kg ini yg kini sudah pun berjaya, jadi cikgu, engineer, balik UK dan sebagainya.)



(Hebat Paksu Romli ini, bila dijemput berucap tlg bagi sedikit kata2 nasihat - tanpa teks sebijik2 kata2 semangat melantun keluar dari mulutnya. Antara yg saya ingat, Paksu Romli pi pegang batang pokok dlm gambar ini, dia kata "Bayangkan pokok ini pokok durian, kita yg tanam durian itu, kita baja, racun dan jaga dia dari kecik. Bila dah besar dan berbuah, kita duk rasa kitalah yang bagi pokok tu berbuah WALHALnya kalau tanpa izin TUHAN, kalau DIA hantar mai halilintar, habis buah durian tu ke mana. Jadi, jangan kedekut untuk SEDEKAHkan buah tu. Mcm tu jugak dgn kita, kita ingat kita kerja besaq kerja MENEJA - kena kat batang hidung saya nie - kita duk rasa kita berjaya itu sebab usaha kita, walhal kalau bukan dgn izin Tuhan kita takkan jadi siapa kita hari ini. Maka itu, janganlah kedekut dan berkira untuk berSEDEKAH !!) 

Sabuah Tazkirah yang baik untuk memulakan perjalanan JJMK Jln2 Masuk Kg kami kali ini.


(Antara yang disantun ialah sebuah keluarga susah di Merbok - si anak yang sedang menuntut di IPTA ini ayahnya tidak mampu menyediakan Labtop. Sdra Aznee Othman mewakili YDP Wargakilang menyampaikan sumbangan Labtop kepada si anak berkenaan. Mudah2an bermanfaat)


(Dalam setiap program JJMK Wargakilang, pasti akan ada agenda di mana semua para peserta akan dibawa singgah sama ada di Pusat Tahfiz, Pondok Pengajian Agama atau pun Rumah Anak2 Yatim. Kali ini konvoi dibawa makan tengahari di Pusat Tahfiz. Mengambil kesempatan itu juga, para peserta diberi peluang untuk membeli WAKAF secara terus drpd pihak pengurusan Tahfiz)

Rata-rata penerima sumbangan kali ini adalah terdiri daripada golongan Ibu Tunggal dan juga ketua keluarga yang hilang kemampuan untuk mencari rezeki menyara keluarga.


(Makcik Rokiah, ibu tunggal anak 4 ini, waktu saya interview beliau, saya dimaklumkan salah seorang anak2nya OKU, suami meninggal dunia dan beliau pula tak berapa sihat dan tak mampu buat kerja. Makan minum beliau cakap harap orang sedekah ja - kdg2 jiran2 atau pun sanak saudara bantu. Puas hati sahabat kami, sdra Farhan dapat tlg sampaikan sumbangan. Golongan asnaf macam ini yg selalu saya cari bila masuk kg, kategori "penunggu beras fidyah")


(Makcik Umi dalam gambar ini pula menangis teresak-esak dipeluk oleh Puan Aina, Pensyarah UiTM P.Pinang sewaktu dipanggil ke hadapan utk menerima sumbangan. Wpun anak2nya kini sudah pun besar dan dewasa, namun ketabahan dan penderitaanyanya membesarkan 9 org anak2nya seorang diri sejak suaminya meninggal 9 tahun yg lepas - hanya mereka yg pernah membesar dlm keluarga Ibu Tunggal yang sedemikian saja mampu memahami dan merasai erti pengorbanan wanita tabah seperti ini. Hari ini, air matanya tumpah jua - tersentuh bangkali dgn bantuan yg tak disangka2 drpd konvoi 70 buah kereta ini. Wallah hu aklam)


(Ini pula Pn Hayati (tak berkaca mata), 36 tahun, ibu tunggal anak 3, semua masih bersekolah. Kini menyara hidup anak2nya dengan bekerja bendang, sewa 3 relong bendang orang dan buat sendiri, dapatlah sebulan lebih kurang RM500 mcm tu. Dari dressing dan cara berpakaiannya nampak begitu anggun sekali, tak nampak pun mcm orang buat bendang - tetapi terselit di sebaliknya kisah derita sebuah keluarga akibat kerja2 bendang)


(Ini Puan Hayati dan salah seorang anaknya sewaktu kami berkunjung ke rumahnya, waktu pi riki cari golongan asnaf di kawasan ini hari tu. Sedih dengar cerita beliau, suaminya meninggal dunia 5 tahun lepas kerana komplikasi paru-paru disebabkan kesan kerja-kerja meracun) 

Ingatkan suami Puan Hayati saja yang terkesan bahana RACUN rumpai ini, di bawah ini pula ada beberapa kisah yang sama yg kami temui dalam kembara JJMK Jln2 Masuk Kg kami kali ini.


(Sdra Malek Redwan sedang menerima sumbangan drpd rakan kami sdra Muhhidin - ada 3 orang anak2 kecil yg masih bersekolah, isterinya meninggal dunia 3 tahun lepas sakit kanser, dan beliau pula tak mampu nak buat kerja berat sebab sering rasa macam nak pitam kesan kerja-kerja MERACUN)


(Abang dlm gambar ini saya lupa tanya nama, tapi isterinya antara yang datang untuk terima sumbangan di Madhad Tahfiz Nurul Izzah. Waktu nak balik, dia datang jumpa saya dan saudara Aznee mai cakap terima kasih banyak2. Abang ini pun sama juga, tak boleh buat kerja berat, sakit-sakit sebab kesan MERACUN)

Abang dlm gambar di bawah ini pula rumahnya pada mata kita yg sesekali masuk kg2 kawasan bendang ini, antik dan cantik pemandangan, tapi tinggal di dalamnya seorang ketua keluarga yg kini sudah tidak mampu buat kerja2 berat kerana kesan MERACUN.


(Photo ini boleh buat POSKAD atau pun KAD RAYA)

(Abang Omar Tok Meliah (kepala hampir botak) sedang menerima sumbangan drpd sdra Azman, sahabat kami anak jati YAN yg kini menetap di Kuala Lumpur.  Abang Omar sekarang ini sakit2 kesan meracun, tulang lehernya reput dan diganti dengan tulang pinggul. Tak mampu buat kerja berat, memang asnaf yang layak terima sumbangan ini)


(Kebetulan bangkali, waktu duk browse thru Facebook kawan2, saya terjumpa gambar ini di FB sahabat kami, sdra Fazal dari Kepala Batas P Pinang, gambar petani sedang MERACUN yang diambil beliau secara tidak sengaja sewaktu program JJMK ini)


(Sangka tak sangka, pemandangan sawah bendang yang cantik di mata kita ini - di situ sudah ramai kaum tani yang tumbang kerananya dan ramai lagi yang sedang menderita kerananya - kesan toksik racun yang tidak dikawal)


(Berapa ramai lagikah kaum tani yang perlu mati meninggalkan anak2 menjadi yatim kerana racun? Berapa ramai lagi pulakah yang perlu menghabiskan sisa-sisa usia sebagai ketua keluarga yang tidak berdaya, tak mampu buat kerja berat dan sakit2 kerana racun?)

Mudah-mudahan sedikit kisah terpendam yang kami temui dalam kembara masuk kampung di bumi Merbok dan Yan ini mampu menggamit pihak berwajib untuk berbuat sesuatu. Mudah-mudahan.


(Bagi rakan2 yang pertama kali ke bumi Yan, pemandangan sawah bendang terhampar luas di kaki gunung Jerai ini adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan)


(Untuk mereka yang berasal dari desa, pemandangan seperti ini, anak2 terjun dari dahan pokok, mandi-manda di tali air bendang pasti menggamit memori)


(Saya dimaklumkan ada org2 kampung yang berduyun2 datang, terkejut sebab mereka ingat ada kematian di rumah ini, ya lah tiba2 saja berpuluh2 buah kereta tiba2 bersesak masuk parking di batas permatang ini yang biasanya sunyi sepi jarang2 ada kenderaan masuk)


(Rumah Tok Meliah ini adalah rumah terakhir dalam kembara JJMK NGO Wargakilang melawat dan memberi sumbangan untuk 40 orang Asnaf ini. Saya lihat rakan-rakan macam tak mahu pulang, mungkin suatu perjalanan kembara masuk kampung yang begitu menginsafkan dan pemandangan yang indah tak pernah dilalui sebelum ini)


(Bagi saya pula ada misi yang belum selesai)

Dalam ramai-ramai penerima itu, hati saya melekat kepada keluarga En Rani ini. Keluarga ini ada 6 orang anak, 17 tahun, 15, 11, 8, 5 dan 2 tahun. Bila saya tanya kerja apa, En Rani cakap kerja kampung. Saya tanya kalau kerja kampung, cuba habag kat saya bangun tidur pagi semalam buat kerja apa?

En Rani cakap, pagi semalam dia pi potong/ragut rumput - bagi lembu tauke makan.
Ada orang minta dia tolong jaga beberapa ekor lembu.

Dapat upah sehari berapa? - tak dapat upah.
En Rani cakap, semalam tauke bawa mai 2 kg GULA upah bagi lembu makan.

Beras pula? - Tauke bagi 10kg beras, boleh tahan satu minggu makan.

Ikan? - isteri beliau pi jetty tunggu nelayan balik dari laut, nanti dia tolong asing2kan ikan dan angkat naik ke jetty, dapatlah upah saki baki ikan tu habuan mereka sekeluarga makan sehari dua.

Saya tanya AYAM? - depa dua orang gelak, isteri dia cakap "Tunggu RAYA!!"

Kemudian saya tanya tambah lagi:

"Anak isteri, pernah ka bawa pi makan Char kuew teow ka apa kat warung2 tepi jalan?"

En Rani cakap:
"Malulah Encik tanya saya mcm tu depan isteri saya"

Isteri dia senyum saja.

En Rani kata:
"Tak pernah - paling mewah yang pernah kami makan ialah MAGGI MEE, masak makan di rumah"

Aduih, terhirisnya rasa !!

Insyaallah nanti saya mai lagi.


(SEKIAN LAPURAN JJMK NGO WARGAKILANG KALI INI)

Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Dan tkasih juga kpd rakan2 yang empunya gambar.
Mudah-mudahan ada ganjaranNya yang menanti.

Sehingga ketemu lagi.

Salam hormat.

Mohd Monier Mat Din
6.5.15

5 comments:

Unknown said...

lama sungguh tak dengar berita warga kilang. rindu amat sangat. tahniah!!!!!!!!!!!!!

bonafidie said...

Terima Kasih atas perkongsian cerita
Tersedar seketika.terhiris rasa
Syukur Alhamdulillah
Semoga kita sntiasa besederhana
Bila nk mkn mewah2 terasa teringt kat depa
Allahuakhbar

bonafidie said...
This comment has been removed by the author.
arzule82 said...

dah lama ada niat nak join tapi diri sendiri pun hidup susah lagi..macam mana tu....

Unknown said...

Terbaik....kipidap sattar n senior2