Monday, November 29, 2010

Kisah Haron dan Aishah

Alhamdulillah, entah mcm mana setelah artikel saya yg bertajuk "Kisah Kain Baju Terpakai" itu melayang merata internet, ramai yg email offer nak bagi sumbangan kain baju untuk dua beradik OKU, si Haron dan si Aishah yang saya ceritakan tu. http://moniermatdin.blogspot.com/2010/11/kisah-kain-baju-terpakai.html

Dua tiga hari lepas, sorang sahabat, NGO Wargakilang dari Guar Perahu, Pulau Pinang call, dia ajak saya pi hantar kain baju tu kat rumah Haron. Masalahnya mcm dok habag, kebelakangan ni saya agak sibuk sikit; nak pi siang tak ada masa; so malam tadi Ahad mlm Isnin 28 Nov bersama dgn 2 org kawan yg lain, kami bertolak pi ke Baling.

Sampai sana lebih kurang jam 9:30 mlm; depa tak tidoq lagi. Bukan sebab tak mau tidoq tapi entah mcm mana, kebetulan barangkali, waktu kami sampai tu air banjir baru surut (pelik sungguh, banjir di Alor Setar baru ja reda, ini banjir kat kampung di pedalaman Baling pulak, saya pun tak paham fenomena cuaca la nie).


Saya tak mau tulis panjang-panjang, cuma nak cut & paste gambaq Haron dan adik dia si Aishah yg seronok tak kira bila kami mai rumah depa; rumah Pn Sadariah malam-malam buta mcm tu tanpa call or sms terlebih dahulu.

Biarlah gambar-gambar di bawah ini yg berbicara. Bila tuan-tuan dan puan-puan tengok gambaq-gambaq nie, bolehlah kot tuan/puan paham pasal apa saya dan kwn-kwn di NGO Wargakilang ini cukup seronok buat kerja-kerja amal nie, walaupun tengah mlm member ajak mai Baling, dan esoknya pagi-pagi lagi dah nak kena masuk kilang masuk kerja pulak.


Sesungguhnya kegembiraan melihat insan lain gembira adalah sesuatu yg tak mampu dicatatkan dengan tulisan mahupun kata-kata.

Waktu kami sampai sdra Haron baru nak masuk tidoq, tak pakai baju. Dia dok ketawa tak habis-habis bila saya kata baju ni ok baju tu ok. Semua dia nak try.


Antara yang sdra Haron minta kat saya hari tu ialah Seluar. Bila dapat saja seluar, dengan tangannya yg terketaq-ketaq itu (OKU) dia cuba tarik zip keluar; cuba punya cuba x boleh jugak. Kami tolong adjust bagi kat dia.


Saudari Aishah, adik sdra Haron bila tengok berlonggok-longgok kain baju yg sahabat-sahabat saya bawa itu, dia dok tunggu bilalah dia nak dapat habuannya - especially baju T.Shirt yg dia minta kat saya hari tu.


Hah - ini dia T.Shirt untuk Aishah. Saya kata kat dia siap ada jenama MILO lagi, Aishah seronok tak kira, drpd asalnya malu-malu, terus ketawa berdekah-dekah. Seronok sungguh dia!


Masa kami sampai mlm tu, hujan renyai-renyai, kesian jugak kat sdra Haron tak pakai baju, tak sejuk ka dia? Fendi kawan saya suggest bagi Haron try sehelai baju Jaket yg sesat mai dalam longgokan baju-baju tu. Terketaq-ketaq Haron dok try sarungkan Jaket tu.
Finally, dapat jugak Haron pakai Jaket tu - fuh! senyum lebar dia...



Banyak lagi beg plastik yang belum dibuka, kami pesan kat Puan Sadariah (saudara perempuan Haron dan Aishah yg menjaga mereka) suruh buka yg selebihnya pagi esok. Mana yg sesuai bagi kat depa, yg selebihnya tolong agih-agihkan kat org-org kampung yg memerlukan.

Puan Sadariah habag kata t.kasih banyak-banyak kpd yg tolong bagi kain baju tu, dia kata malam ini sure Haron tak tidoq sampai pagi, kalau tidoq pun mesti dok kepit kain baju yg kami bagi tu. Macam tu lah dia tiap kali kalau ada sapa-sapa bagi baju atau kain kat dia; dia appreciate sungguh-sungguh.


Terima kasih kpd kawan-kawan yg tolong kutip kain baju terpakai itu, saya pun tak kenai sapa, insyaallah di atas kegembiraan yg terpancar di mata Haron dan Aishah ini, insyallah lah ada balasan pahalanya buat kita semua.


Terima Kasih.
29.11.10
Join facebook wargakilang at "wargakilang" (huruf kecil bersambung)

No comments: