Jalan-Jalan pi beraya, bila sampai satu rumah tu, saya agak terkesima bila mana dua orang adik beradik OKU, abang dan adik, bila nampak saya saja terus tanya pasal kain baju terpakai yang saya pernah bawa balik bagi kat depa suatu ketika dulu.
Beberapa tahun yang silam saya rajin dok balik kampung bawa pi kat depa kain baju terpakai yang kawan-kawan dok kirim tu, tapi semenjak beberapa menjak ini saya agak sibuk dengan urusan kerja dan urusan peribadi, jarang-jarang dah balik kampung.
Bila dok bawa kawan-kawan NGO Wargakilang Jln-Jln Masuk Kg pula, kami dah skip daerah Baling, kami pi area lain pula seperti Nami, Jeneri dan Kubur Panjang di Kedah dan juga Gunung Semanggol di sebelah Perak.
Bukannya tak mau pi Baling, tapi bila saya kerap dok bawa kwan-kwan mai bagi bantuan kat area kampung saya tu, ada suara-suara di kg dok sok sek sok sek kata macam-macam; malas nak layan suara-suara mcm tu, sedangkan kita nak buat kerja amal saja bukannya nak ligan pangkat ka apa, so saya decided cukuplah daerah Baling tu, dok nampak dlm Metro ada tokoh politik selalu dok pi bagi bantuan kat sana, biaq kat depa pula lah, baik kami pi fokus tempat lain pula.
Bila dah ada tokoh politik dok masuk kg keluar kg di daerah Baling daerah kelahiran saya tu, insyaallah lah kot nasib org-org kg saya tu akan terbela. Itulah yang saya harapkan.
Tapi, bila saya pi raya rumah Harun dan Aishah dalam gambar di bawah ni, saya jadi tak keruan bilamana si Haron (OKU), 50an yg tak berapa nak boleh cakap lancar (OKU sejak lahir) dan berjalan pun mengengsot-ngengsot, dlm bahasa yang agak pelat, dia tanya saya:
“Nik, Na Ju Yon?”
("Munik - nama panggilan saya di kg - Mana Baju Haron?")
Belum sempat saya nak jawab, adik dia si Aishah, juga OKU dlm usia 20an tiba-tiba menyampuk. Kata Aishah dlm bahasa yg lebih kurang sama pelat dengan Abang dia:
“Nik, Shah Nak Ju Shirt”
("Munik, Aishah Nak Baju T-Shirt")
Saya jadi termangu, tak tau nak kata apa, cuma sempat saya muhong kat depa kata lupa nak bawak, insyaallah lain kali saya bawak mai. Entahlah rasa sedih pun ada, rasa sayu pun ada, kita pi rumah depa nak raya (Haron & Aishah dijaga oleh kakaknya si Sadariah), tapi depa boleh minta kat kita Baju Raya pula.
Sembang pi sembang mai, Puan Sadariah habag , depa dua orang ini selalu dok sebut nama saya, depa pernah tanya kat dia:
“Hish, Nik ni Ya Nak Yi” (Hish, Munir ni, bila nak mari?)
Maksudnya bilalah saya nak mai pula bawa kain baju terpakai kat depa mcm yang pernah saya bawa suatu ketika dulu. Rasa ralatlah pula sebab ada orang dok harap kita bawa mai kain baju kat depa, dok sebut nama kita, dok tanya bila kita nak mai, sedangkan kita ini tak ingat pun kat depa, dok sibuk semedang!
Lepas balik dari kampung tu, saya jumpa memba-memba geng NGO Wargakilang, habag kata Haron dan Aishah dok tunggu kain baju terpakai dari kami. Opss, sebenarnya bukan depa 2 org saja dok tunggu, Puan Sadariah habag kawan-kawan dia hat kurang berada dari kampung-kampung yang berdekatan, ada yg dok tanya dia ada ka lagi geng depa (NGO Wargakilang) bawa mai kain baju terpakai macam dulu tu. Kalau ada, habag mai la sama, sebab depa nak sangat kain-kain baju tu.
Kata Pn Sadariah dalam loghat Baling:
“Mu thu dak munik, dema pakai baju tu sungguh-sungguh, aku tengok sendiri dema pakai baju tu mcm baju baru, bergaya sakang, gi kenuri gi pekan ahad dll”
(Hang tau dak Munir, depa pakai baju tu macam baju baru, pi kenduri kahwin, pi pekan hari dll, bergaya sungguh)
Makna kata depa appreciate dan hargai sungguh-sungguh kain baju terpakai yang bagi sesetengah kita, dok anggap mcm tak dak apa-apa tu.
Saya pun tak tau nak jawab apa kat Pn Sadariah, saya cuma dapat habag kat dia kata kain baju terpakai yg kwn-kwn bagi yang sebelum ni berlonggok kat rumah saya tu, dah habis licin kami angkut pi bagi bantuan kat mangsa banjir di Alor Setar baru-baru ni. Lihatlah gambar di bawah ini, mangsa-mangsa banjir pakat dok berebut pilih kain baju yang kami hantar tu.
Rupa-rupanya kain baju terpakai ini, yg bagi sesetengah kita mungkin tak bermakna apa-apa, tapi bagi depa-depa yang memerlukan seperti mangsa banjir mahupun org kampung biasa macam Pn Sadariah dan rakan-rakannya, apatah lagi org-org OKU yang terang tang tang tidak mampu seperti si Haron dan si Aishah dalam kisah ini, kain baju terpakai ini adalah sesuatu yang amat bermakna buat mereka.
Ada masa, pi lah cari org-org mcm depa ni, di mana-mana pun ada di Malaysia, sedekah pi lah sepasang dua yang kita ada, insyaallah depa amat menghargainya.
Sekian. Sekadar berkongsi cerita.
moniermatdin@yahoo.com
23.11.10
http://www.moniermatdin.blogspot.com/
4 comments:
Byk ka kain baju hang nak? Satu bonet cukup? Baju camna hang nak?
Apa nama kpg kat Baling tu? Mungkin aku boleh bwk 2 biji kereta ziarah dulu ke sana. Tgk apa bantuan boleh disumbangkan.
Peduli apa parti mana? Dah nampak depa x mampu kapoi. Kita p la tlg sekadar termampu. Wp atas nama ngo.
Proud that SAS has built up good boys. I am doing something similar, but for OKU Rehab at Mambong, Kuching, Sarawak. Do what we can, get people involved and get them to get people involved. If alone, we cant do much (ideas maybe and push to get it done).. but working with others can get much done.
saya google dan terjumpa website ni.. saya ada banyak baju dan seluar untuk didermakan.. baju2 tu bukan baju buruk, cuma baru2 ni saya berjaya menguruskan badan (turun hampir 20kg).. sebelum ni pakai saiz XL/L tapi skrg M pon dah muat.. ada baju yg dibeli di London lagi.. ada dua pasang kasut sukan Power (saiz 10) yang saya pakai sekejap saja sebab besar.. baju2 isteri saya pon ada.. boleh ke saya dermakan kat saudara?
Tuan Zahan,
Sila add to our FB at "wargakilang". Kat situ ada details add utk diposkan brg2 terpakai tu, insyaallah.
Post a Comment