Tuesday, September 7, 2010

Jln-Jln Masuk Kg: Menjelang Aidilfitri

5 Sept 2010, weekend baru ni sekali lagi kami diberi peluang dan kelapangan untuk meneruskan aktiviti jln-jln masuk kg menghulurkan bantuan dan sumbangan di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Alhamdulillah perjalanan kami yang disertai oleh 31 buah kenderaan kereta/MPV/4WD ini berjalan lancar. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang turut serta yang datang dari berbagai buah kilang, antaranya Intel, Fuji, Siltera, Celestica, Infineon, Hoya, Toyo Memori, Fujimi, Schenker, Jabil, Lumiled, Seagate, Venture, Honeywell dan lain-lain. Ada juga yg mai dari UiTM, cikgu sekolah dan org-org perseorangan yang turut serta.



Masuk minggu ini, dah boleh dikatakan non-stop dah tiap-tiap minggu core-team NGO Wargakilang ini dok bawa kawan-kawan masuk kg.



Yang sebenarnya, kami ini hanyalah bertindak sebagai posmen atau pun tukang tunjuk jalan saja, tapi yang bagi barang-barang itu adalah depa-depa yang kami bawa itu. Sebab itu bila ada orang dok talipon kami minta tolong org susah itu org susah ini, kami tak dapat nak menolong; kami bukannya ada dana pun, cuma setakat tukang tunjuk jalan saja.

Alhamdulillah, dalam dok jadi tukang tunjuk jalan itu pun, banyak balasan yang kami dapat yang Allah bagi cash kat kami kat dunia ini. Sempena bulan puasa ini, mungkin elok kot saya kongsi sedikit kat sini sebagai tazkirah bersama.

Dalam perjalanan ke Nami hari tu, waktu dok sembang-sembang, kawan saya si Aznee tu ada habag; dia cerita entah pasal apa kebelakangan ini dia perasan yang dalam banyak hal, terutamanya bila ada masalah kat tempat kerja, Tuhan selalu permudahkan dia bagi ada jalan keluar. Kadang-kadang ada isu yang pada logik akal dan adat di tempat kerja itu mustahil dapat diselesaikan, tapi tiba-tiba dipermudahkan Tuhan dan dapat diselesaikan dengan senang sekali.

Macam mana dia buat? Aznee habag benda ini yang bila dia cerita kat sesetengah kwn dia, depa payah nak paham. Aznee habag dia selalu tawasul/ungkit dengan Tuhan dengan kerja-kerja amal dia buat tu, masuk kg keluar kg, melawat rumah anak-anak yatim dsgnya ini, dia minta kat Tuhan kalaulah ada sebarang pahala drpd usaha kerja amalnya itu, minta ditukarkan dgn dipermudahkan urusan kerjanya itu. Dalam banyak hal, setakat ini alhamdullilah permintaan beliau itu kerap dimakbulkan.

Bila dia cakap mcm tu, baru saya teringat kisah dalam satu buku motivasi yg saya baca, yg memetik dari satu kisah dari Sahih Bukhari, kisah 3 org Pemuda yang terperangkap di dalam GUA bila batu besar tiba-tiba jatuh dan menutup pintu gua itu. Depa pulun tolak tapi tak boleh keluar juga. Lalu, 3 org pemuda ini bermesyuarat dan berpakat nak tawasul/ungkit dgn Tuhan di atas benda-benda baik yg pernah depa lakukan. Bila org pertama ungkit benda baik yg dia buat, batu itu bergerak sikit. Bila org kedua ungkit, batu tu bergerak sikit lagi. Masuk org yg ketiga, terus pintu gua itu terbuka. Nak tau kisah depa tu, boleh cari dalam kitab Sahih Bukhari.

Macam itu juga dengan kerja amal jln-jln masuk kg tolong org miskin ini, kalau ikut Sahih Bukhari itu, boleh ungkit kalau kita nak. Tapi, kalau saya tulis kisah-kisah benar yang saya alami sendiri sejak dok buat kerja amal ini, nanti nampak riak pula. Biarlah kawan-kawan rapat saya dalam team wargakilang ini saja yg tau kisah-kisah saya tu. Cumanya nak habag kata daripada pengalaman peribadi dan pengalaman rakan-rakan yg lain, mailah kita sama-sama buat kerja amal bantu org-org susah ini, insyaallah di waktu akhir zaman ini Tuhan akan bayar cash kat kita di Dunia ini lagi; itu yg mampu saya katakan. Percayalah JANJI Tuhan kerena sesungguhnya TUHAN itu tidak pernah memungkiri JANJI [At-Taubah 111].

Berbalik kepada jln-jln masuk kg 5 Sept baru-baru ini. Ada dua benda yang saya nak cerita kat sini. Satu, inilah perjalanan yang paling ramai sekali yang turut serta; rekod setakat ini pada 29 Aug 2010 lepas iaitu sejumlah 17 biji kereta, tapi kali ini pecah rekod, sampai 31 bijik. No wonder la baru ja lepas traffic lite Kulim Hitech Park, cuma 7 bijik kereta saja yang bersama saya, hat lain entah mcm mana boleh terkona ke Sidam ka mana. Tapi, alhamdulilah sebab negeri Kedah ini bukannya besar mana sangat pun, last sekali konvoy 31 buah kereta itu bertaut kembali.

Yang kedua, dalam banyak-banyak perjalanan yg sudah saya lalui takat ini, sebuah rumah ber-attap rumbia yang kami kunjungi hari itu adalah yang paling menyentuh perasaan saya.

Dalam laporan saya kepada Pengerusi KCSC (Persatuan Pengurus Keselamatan Kilang-Kilang Kulim Hitech) – kerana lawatan itu juga adalah atas kapasiti saya sebagai Pengurus Keselamatan (Security Manager) di tempat kerja yang diberi tanggungjawab untuk mengetuai aktiviti kemasyarakatan kilang-kilang Kulim Hitech Park melalui KCSC kali ini, dan kami menggunakan pondok-pondok pengawal di kilang-kilang seluruh Kulim Hitech sebagai pusat mengumpulkan barang-barang sumbangan – saya menyertakan 2 keping gambar di bawah ini dan menulis:

“IT’S LIKE MY HOUSE WHEN I WAS A CHILD; A JOURNEY TO MY OWN PAST”


Terjemahan: Rumah penoreh ber-atap rumbia ini – dengan dinding buluhnya, dengan jemoghannya dan dengan ayaq achaq nya hampir sebijik seperti rumah saya sewaktu saya kecik dulu-dulu. Perjalanan masuk kg wargakilang kali ini, bagi saya secara peribadi, bagaikan kembara merentas masa ke zaman saya yang silam.

Begitu Nostalgik Sekali !!


Dalam perjalanan seterusnya kami berhenti dan memberi sumbangan barangan makanan, dan ada rakan-rakan yang memberi duit raya kepada keluarga-keluarga doif yang kami temui itu, antaranya ialah satu keluarga penoreh dalam gambar di bawah ini. Kasihan beliau, dibesarkan dalam orbit kemiskinan, bila berkeluarga anak-anaknya pula terpaksa mewarisi kemiskinan itu, hidup dgn rumah beratap rumbia dan dinding buluh TIADA API TIADA BEKALAN AIR. Kerja menoreh di pokok org, baru saja dibuang kerja menjelang raya kerana Tauke lebih suka ambik penoreh upahan dari Siam menggantikan org tempatan – ya lah, penoreh tempatan hasil getah kena bahagi dua, 50/50. Kalau dgn buruh dari luar, boleh adjust 60/40 dan sebagainya, boleh untung majikan. Sebijik mcm cerita lama di kilang-kilang.



Yang paling menarik dan paling menjadi kenang-kenangan kpd rakan-rakan yang turut serta ialah majlis penyampaian sumbangan kpd 15 keluarga miskin dan 15 org warga emas yg terpilih. 30 org drpd peserta expedisi ini dipilih secara rawak utk menyampaikan sumbangan berkenaan. Berikut adalah sebahagian drpd gambar-gambar di majlis penyampaian barangan tersebut:

Yang menariknya, setiap keluarga mendapat sumbangan bukan setakat sekampit beras tetapi bertimbun beras, gula dan brg2 keperluan harian yang lain. Bagi sesetengah mereka, harga brg2 tersebut mungkin menyamai sebulan pendapatan harian mereka yg rata-ratanya bekerja kg atau pun menoreh getah di pokok orang.

Mungkin kerana itu agaknya, maka Mak Long dalam gambar di bawah ini sejak mula disebut namanya untuk datang ke depan menerima sumbangan, beliau tidak berganjak daripada longgokan barang-barang bahagiannya itu, mungkin takut org lain ambik atau pun apa, atau pun mungkin Mak Long ini terkesima kerana seumur hidup beliau belum pernah ada org pi bagi sedekah brg-brg sebanyak itu. Maka kerana itu beliau jaga sungguh-sungguh longgokan barangan miliknya itu bagaikan menatang minyak yang penuh.



Bertuah besarlah sesiapa yang menyumbang beras, gula, tepung, teh, biskut dan lain-lain barangan itu; insyaallah dengan rasa syukur tak terhingga Mak Long ini terhadap sedekah yg diberi, maka insyaallah lah akan ada pahala besar yang menanti kpd penyumbang dan juga siapa-siapa yg tolong kutip, pack dan angkut brg-brg itu mai ke NAMI, Sik/Kuala Nerang Kedah ini.




Akhir kata di kala kita bergembira menyambut aidilfitri, jangan lupa insan-insan lara seperti Maklong ini dan rakan-rakannya di pedalaman sana ini. Ada masa mailah jengok depa.
Depa pasti menghargainya.

Salam Aidilfitri.
Maaf Zahir Bathin.

moniermatdin@yahoo.com
7 sept 2010
http://moniermatdin.blogspot.com

6 comments:

محمد زهراوي said...

baca cerita rasa teringin nak cari gheja belah sana.nak join dengan abg2 semua

Pak_Anjang said...

Salam MMD:
Seronok baca pengalaman & usaha kalian- tahniah! Teruskan usaha murni ini. Moga Allah SWT shj yang membalas dengan setimpal usaha kita ini.

Saya dah share dgn kawan2 dlm FB saya. Dapat citer drp sahabat group mail kami.
Selamat Hari Raya Aidil fitri
Taqabbalallahu minna wa minkum.

Hanz Newman said...

Saya sedih kerana, berbanding dengan saudara & sahabat yang bersungguh-sunguh bersusah payah menolong orang susah, terlalunya sikit atau hampir tiada sumbangan saya keada fakir miskin, di sana sini selama hari ini. Moga usaha kalian semua dipermudah, diberkati & diterima Allah. Moga saya jua esok esok ni mampu menyumbang bakti kepada warga yang memerlukan pertolongan.

joe penang said...

Nasihat saya
Kalu nak bagi beras tu, anggarkan jgn lebih 3 bulan. Pas 3 bulan beras akan dimasuki bubuk.
Boleh makan. Tapi satu keja plak nak tapis bubuk tu..
Tahniah. Teruskan kerja2 kemasyarakatan dan dakwah ni. Moga Allah meredhai. Amin

Mohd Monier Bin Mat Din said...

Pengalaman kami, org2 kg x mcm kita org bandar. Depa kalau kita sedekah bagi kat depa 2 kampit beras, nanti tinggal sekampit saja, sekampit lagi depa bagi kat jiran. Kami pernah pi longgok bertimbun2 beras di satu rumah anak-anak yatim/miskin di Sik, ada kot dlm 40 lima puluh kampit beras 10kg. Nak tau apa jadi lepas tu? si Jo, anak Hj Ahmad penyelia rumah yatim tu, dia bawa van buruk dia tu pi agih-agihkan beras2 tu kat rumah mak ayah budak2 miskin yg depa bela tu. Jo pernah bawa kami pusin pi rumah-rumah mak ayah budak2 tu, memang org miskin sungguh. Ringkasnya, rumah org2 miskin ka rumah anak2 yatim ka, kalau hat kat belah-belah kg tu, hangpa pi longgok saja, insyaallah tak kena makan bubuk aih sebab belum sempat bubuk nak mai, nanti depa dah distribute kat jiran2 yg sama waktu dgn depa. Mcm juga kain baju terpakai yg saya bawa balik kg saya di Baling sana nu, depa pakat berebut mcm bini-bini kita dok berebut beli baju raya kat shopping-shopping compleks nu.

Sedekah aja lah....berapa kampit pun tat pa.

jerangkoong said...

salam bro MMD, bilakah akan dilakukan lawatan terdekat? lagu mana nak join expedisi ni?