Wednesday, September 1, 2010

Jln-Jln Hari Merdeka: Ustazah Ramziah

Malam tadi, sementara menunggu waktu terawih, saya duduk tersandar kat dinding surau sambil dok perhati Cikgu Bakar amil zakat di taman saya dok akad terima zakat fitrah tahun ini. Saya teringat perbualan saya dengan sorang teman sehari sebelum itu, dia ada tanya pasal penerima zakat fitrah ini, siapa yang layak siapa yg tak layak dan sebagainya. Saya kata, secara mudahnya bagi kat Amil saja lah, depa tu dah gerenti masuk Asnaf yang 8.

Walaupun begitu, tak salah kalau kita nak bagi kat org-org miskin atau pun anak-anak yatim yang layak menerimanya. Kat kampong saya di Baling sana nu, tiap kali bulan puasa, dah jadi kebiasaan jiran-jiran dok mai bayar zakat beras fitrah kat arwah orang tua saya. Bukan sebab ayah saya miskin ka apa, tapi sebab dia dok ngajar anak-anak jiran ngaji quran, secara percuma, kiranya jatuh dalam kategori fisabillah.

Baru-baru ini waktu tengah dok berkira kat mana nak bagi zakat fitrah anak-anak saya tahun ini, saya teringat rumah-rumah org-org miskin dan keluarga susah yang banyak saya temui sepanjang penglibatan saya bersama rakan-rakan NGO WARGAKILANG masuk kampong keluar kampong selama ini.

Entah kenapa, dalam ramai-ramai keluarga yg pernah saya kunjungi itu, ada sebuah keluarga yang kerap muncul dan agak payah untuk dikikiskan gambar wajah mereka daripada padang pemikiran saya. Wajah seorang ibu tunggal bertudung labuh dan 5 orang anak-anak kecilnya yang pernah kami kunjungi dalam satu lawatan team wargakilang pada cuti hari buruh 2010 yg lalu, bagaikan melambai-lambai dan bergamit kata bahawa zakat fitrah saya sekeluarga tahun ini merekalah tuan empunyanya.

Lalu, bersempena cuti Hari Merdeka 2010 semalam, kami sekali lagi berkunjung ke sana, ke rumah Ustazah Ramziah di Kg Baru Selinsing, Gunung Semanggul Perak untuk bertanya khabar dan menghulurkan bantuan apa yang perlu.

Kami berempat, saya (Monier) sdra Aznee, Wahab dan Tn Haji Effendi bagaikan bersetuju secara sebulat suara bahawa berdasarkan kriteria tidak bertulis kami ini, dalam banyak-banyak keluarga, keluarga Ustazah Ramziah inilah yang paling aula sekali kalau nak disampaikan sebarang bantuan.

Apa tidaknya, setelah arwah suaminya pergi menyambut panggilan Illahi akibat kemalangan motosikal lebih kurang setahun yang lalu, tinggallah Ustazah Ramziah seorang diri bertungkus lumus membesarkan anak-anaknya seorang diri.

Kalau dulu, arwah suaminya yg bekerja sebagai Penjaga/Pembantu Am di sebuah madhad TAHFIZ menjadi ketua keluarga membawa pulang rezeki, tapi kali ini segala-galanya bergantung kepada Ustazah Ramziah untuk membesarkan anak-anaknya seorang diri.

Ustazah Ramziah dulunya pernah mengajar di PASTI, kini mencari rezeki sesuap nasi untuk anak-anaknya dengan meniaga dan berjual kuih-muih secara kecil-kecilan di perkampungan selinsing yang walaupun tak jauh dari Bukit Merah Laketown Resort, tapi agak terpinggir kedudukannya.

Tara mana sangatlah hasil jual kuih muih ini, kalau seorang dua anak mungkin bolehlah kot cover, tapi ini 5 orang anak, kecil dan masih bersekolah pula, memang bukan satu kerja yang mudah. Mungkin kerana itu agaknya, maka Ustazah Ramziah terpaksa bersetuju untuk melepaskan anak sulungnya tinggal di rumah perlindungan anak-anak yatim/miskin ABU NUR di Pengkalan Hulu, Gerik Perak.

Bukan senang sebenarnya bagi seorang ibu – walau miskin tara mana sekalipun - untuk melepaskan anaknya pergi jika tidak betul-betul berada dalam keadaan terdesak. Secara kebetulan, team Wargakilang kerap melawat rumah Abu Nur ini dan kenal rapat dengan pemiliknya Tn Hj Ahmad dan juga Ustaz Rejab di sana; insyaallah anak Ustazah Ramziah ini sedang berada dalam keadaan baik-baik belaka.

Lihatlah gambar Ustazah Ramziah dan 4 orang anak-anaknya yang masih tinggal ini:


Si lelaki yang paling besar itu sewaktu lawatan kami 1 Mei 2010 yg lalu langsung tak buka mulut bertegur sapa dengan kami, mungkin kerana menyalahkan Tuhan sebab ambik ayahnya pergi, tapi kali ini agak terbuka dan lebih ceria, terutamanya selepas sdra Aznee bagi motivasi ringkas:

Aznee Tanya: “Umur hang berapa tahun masa ayah hang mati?”
Dia jawab: “10 TAHUN”
Aznee kata: “Ha, 10 Tahun, hang kira beruntung lagi, AKU dulu ayah aku mati masa umur aku baru nak masuk 8 tahun, tak reti apa lagi. Tapi, itu tak menghalang aku untuk pulun belajaq – sampai la boleh pi UK – masuk University Manchester United. Jadi, itu bukan alasan untuk hang tak boleh berjaya."

(Sebenarnya tak dak pun Univ nama macam tu, itu MU Team Bola – tapi saja la Aznee habag mcm tu sbb itu saja yg org kenai yg bersangkut paut dengan Bandar Manchester apa ka nama tempat dia belajar di UK sana nu).

Kami berharap motivasi ringkas Aznee itu mampu memberi suntikan semangat baru kpd anak Ustazah Ramziah ini untuk belajar bersungguh-sungguh dan menjadi seorang yang berjaya sebagai membalas jasa ibunya membesarkan mereka adik beradik seorang diri.

Kami tinggalkan rumah Ustazah Ramziah dalam keadaan agak terharu dan kami berharap kunjungan ringkas kami beserta sumbangan yang tidak seberapa itu mampu membawa keceriaan kpd beliau dan anak-anaknya.

Sebelum ke rumahnya, seorang kenalan yg tinggal berdekatan bagitau jiran-jiran beliau ada dok habag yang Ustazah Ramziah ini bila musim buah suka pi ambik dan sedekah buah kat jiran-jiran. Ingatkan depa saja nak habag saja, rupa-rupanya betoi, masa nak balik tu beliau sempat lagi suruh kami ambik buah-buah sawa (ciku) yg tengah dok meranum itu.

Itulah dia peribadi mulia seorang Ustazah, susah tara mana pun, kalau ada yang boleh kita sedekah atau bantu orang, kita sedekah dan bantu setakat mana yang kita terdaya.

Berkat kesabaran dan ketabahan Ustazah Ramziah membesarkan anak-anaknya seorang diri dengan punca rezeki yang tak seberapa, dan di atas kesabarannya mengharungi ujian hidup qada dan qadar Illahi ini, kami doakan mudah-mudahan keluarga Ustazah Ramziah yang tinggal agak terpinggir di kawasan bendang di kedaerahan Gunung Semanggul ini, akan sentiasa berada di bawah LindunganNya. Amin.

Ada masa, bila lalu kot R&R Bukit Merah tu, mailah singgah jengok depa.

moniermatdin@yahoo.com
1.Sept.2010

1 comment:

joe penang said...

Salam
Create la satu group dalam fb. Jika ada org luar berminat membantu terimalah ye..
Agensi kerajaan ni bila nak bagi bantuan byk sanagat birokrasi. Inilah gunanya ngo.