Sunday, September 30, 2012

Mencari Matawang/Currency Akhirat


Baru-baru ini 4 hari berturut-turut hujan lebat melanda di beberapa buah daerah di negeri Kedah, saya duk ingatkan nak banjir dah. Kawan-kawan di NGO Wargakilang pun sudah bersiap sedia nak turun harung air banjir jika perlu.

Secara kebetulan, Cikgu Ayub jiran satu taman ada mai hantar beras 3 kampit; satu fidyah dan dua lagi untuk sedekah beserta sedikit barangan keperluan harian. Dia kata ada kawan dia minta tolong saya sampaikan kepada mana-mana keluarga yang memerlukan.

Hujung minggu lepas, waktu pi melawat anak di MRSM Baling, saya kona sat masuk ke kampung pi hantar sumbangan Cikgu Ayub itu ke rumah Kak Nah, seorang Ibu Tunggal anak 4 yang kematian suami beberapa tahun yang lalu.

Melihat kepada barangan yang dikirim di bawah ini, saya rasa Kak Nah memang layak menerimanya.


Kak Nah cuma kerja NGO(Noreh Getah Orang). Dalam keadaan biasa, dengan harga getah sekerap sekilo RM2 lebih sekarang ini, setelah ditolak kepada Mat Jeng (tuan punya kebun getah), bolehlah Kak Nah dapat dalam RM200 ke RM300 sebulan. Memang tak cukup untuk menyara anak-anaknya bersekolah dan anak pompuan sulungnya yg sedang belajar di Kolej Komuniti.

Kak Nah habag, dalam keadaan harga barang yang makin naik sekarang ini, untuk cover perbelanjaan keluarga, Dik Wan (anak Kak Nah yg form 4) tu bila balik sekolah ja, lepas makan dan tukar pakaian, lebih kurang jam 3 petang macam tu, nanti Dik Wan terus ke kebun getah, menoreh getah di kebun orang. Selepas dibahagi dua hasilnya dengan Kak Tek, tuan punya kebun getah itu, dapatlah sikit habuan Dik Wan untuk perbelanjaan sekolahnya.

Saya tak tanyalah pula kat Kak Nah waktu bila Dik Wan, anaknya ini mengulangkaji pelajaran atau tak penatkah waktu malam nak berjaga buat homework yg cikgu bagi setelah penat hingga ke petang menoreh getah sebaik saja balik dari sekolah.

(Sebetulnya, saya ingatkan cerita anak Ibu Tunggal balik sekolah pi menoreh getah nak bantu mak sara keluarga ini cuma wujud dalam Drama Astro saja. Rupa-rupanya dalam Dunia Realiti pun ada)

Yang agak saya terkedunya, bila saya bagi sumbangan itu, Kak Nah cakap dalam loghat Baling:

“Tima kasih la mu bawak maghi beras. Mu macam thu-thu saja kami tak leh motong 2 minggu dah sebab hujang – beras di dapo pun dah nak abih”

(Terima kasih lah sebab hang bawak mai beras, macam hang tau saja kata kami tak dapat menoreh getah 2 minggu dah sebab hujan turun – beras di dapoq pun sudah nak habis)

Sebenarnya saya pun tak terfikir macam itu, saya cuma nak menyampaikan sumbangan Cikgu Ayub itu saja, tak teringat pula macam tu.

Dalam perjalanan balik ke rumah, saya terfikir, bukan saja Kak Nah macam itu, keluarga penoreh getah yang lain itu pun macam itu juga nasib mereka – 2 minggu tak boleh menoreh, mesti ada yang beras di dapur cuma tinggal sisa.

Lantas, malam itu juga saya SMS kepada rakan-rakan terdekat minta bantuan beras. Alhamdulillah banyak juga beras yang kawan-kawan bagi.


Weekend baru ini, hari Sabtu dan Ahad, Alhamdulillah saya diberi kelapangan untuk menyempurnakan amanah kawan-kawan itu. Semua sekali ada 30 keluarga yang sempat dibantu, 15 di daerah Sik dan 15 lagi di daerah Baling, Kedah. Walaupun Cuma 10kg setiap seorang,insyaallah sudah memadai, bolehlah mereka bertahan untuk seminggu dua ini sementara hujan reda.


(Seorang Pakcik Tua yang tinggal bersama anak perempuannya (Ibu Tunggal penoreh getah) bersama beberapa orang cucunya – sedang menerima sumbangan beras di rumah Paklong Mat Zin, contact Wargakilang di daerah Nami, Sik Kedah)



(Dua keluarga penoreh getah di sebuah kampung nun jauh di kaki bukit di pedalam daerah Baling Kedah, satu kampit beras setiap keluarga - saya dinasihatkan oleh contact kami di sana untuk tidak menyiarkan gambar keluarga berkenaan supaya lain kali kami boleh pi bagi bantuan lagi - kalau tidak nanti orang yg berkuasa di kg berkenaan mungkin tidak membenarkan kami ke sana lagi, karenah birokrasi peringkat kampung yg sudah jadi perkara lumrah buat kami)

Sebenarnya saya pun agak segan nak tulis kisah ini di sini, nanti orang kata apa yang kami buat ini cuma bagi ikan, tak bagi pancing – sedangkan cerita ini bukan ada kena mengena dengan ikan atau pancing pun; kisahnya cuma berkisar bantuan sekejap saja sementara menanti hujan reda bukannya kita nak basmi kemiskinan atau pun apa.

Lagi pun siapalah kita nak basmi kemiskinan – itu kerja pihak2 berkenaan, bukan nya kerja kita.

Fikir-fikir sekali, saya merasakan apa yang berlaku ini sebenarnya ialah satu peluang depan mata, yang Tuhan bukakan untuk kita semua - untuk mencari MATAWANG AKHIRAT kalau kita nak.

Saya dengar orang alim kata di Akhirat nanti, semua mata wang di dunia ini sudah tidak diterima pakai lagi, RM ka, USD ka, Rupiah ka, Bath ka apa ka semua dah tak laku, yang laku cuma satu saja iaitu sejenis mata wang / currency yang bernama PAHALA. Maka itu, kata orang alim, sementara hidup ini buatlah PAHALA banyak-banyak kerana ia satu-satunya jenis MATA WANG yang laku di Negara AKHIRAT kelak.

Untuk kawan-kawan yang berpenat lelah angkut beras mai rumah saya tu, terima kasih banyak-banyaklah, mudah-mudahan beras berkampit-kampit itu nanti akan dijelmakan dalam bentuk Matawang PAHALA di akhirat nanti, mudah-mudahan, insyaallah.

Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang membantu, mudah-mudahan kerja buat kita ini ada manafaatnya buat kita semua. Kalau ada beras, boleh bakmai lagi.

moniermatdin@yahoo,com
30.9.12
http://www.moniermatdin.blogspot.com



3 comments:

Fahmi Ismail said...

Semoga Allah S.W.T memberi pahala serta ganjaran yang berlipat kali ganda atas usaha yang dijalankan oleh saudara Monier dan rakan-rakan WargaKilang sekalian. Semoga Allah merahmati usaha kalian...

AquariusSal said...

Salam En. Monier, thank you for sharing the photos and writing about the sedekah delivered to the rubber tappers. I think you are one of only a few people who would even think of them and remember that they might be having problem with not being able to tap rubber during this rainy season. Don't worry about un-constructive comments from others, just keep doing the good work because Allah sees and knows what our intentions are. TQ.

Mohd Monier Bin Mat Din said...

Salam, kami semua di WK ni hanyalah sebagai posmen/porter tukang bawa barang/beras ja. Pahalanya pasti buat watak-watak belakang tabir/behind the scene yg tak putus-putus menghulurkan bantuan kpd kami di WK ini tanpa rasa ragu dan sangsi.

Antara yg saya respect sangat ialah seorang Pensyarah dari USM Nibong Tebal, P Pinang yg menyahut rayuan SMS saya memohon sumbangan beras utk penoreh getah di musim hujan ni.

Hangpa imagine lah tengok seorang pensyarah dok tanggung beras 10kg angkut dari bonet kereta dia punggah masuk ke kereta saya kat depan TOL LUNAS, Kulim Kedah di kala kenderaan lain lalu lalang - 9kampit semuanya. Rasa mcm nak amik gambar nak send pi kat Naib Chanselor dia or at least kat anak2 murid dia Mahasiswa/i di USM nu sebagai contoh buat mereka...respect sungguh, ada jugak pensyarah yg berhati mulia mcm tu. Moga ada balasan PAHALAnya buat beliau dan rakan2 lain yg membantu kami selama ini...kami tak mampu membalas jasa kalian, hanya Allah SWT saja yg mampu membalasnya. Tkasih.