Wednesday, May 22, 2013

Cerita TANDAS - Yang Kita Take for Granted


Expedisi JJMK (Jln-Jln Masuk Kg) Wargakilang yang terbaru di Selama Perak pada hujung minggu yang lalu, di bulan Mei 2013 ini mengimbas kembali kenangan Jln-Jln Masuk Kampung Wargakilang pada tahun 2003, ya 2003 – tepat 10 TAHUN yang silam.

Pada tahun 2003 itu, dlm kembara masuk kampung kami di daerah Baling Kedah, kami dipertemukan dengan seorang cicit perempuan yang kematian ibu berusia 14 tahun, tinggal bersama Moyangnya yang berusia lewat 60an. Mereka berdua tinggal di sebuah rumah usang, tanpa bilik air dan tanpa tandas bernama jamban.

Kesian si cicit itu, tiap-tiap hari kalau nak melepaskan hajat terpaksa tunggu hari hampir malam, supaya tidak dikelihatan orang bila mengorek lubang nak dibuat jamban. Masih ingat lagi bila kami tanya si Moyang, apa yang mereka paling perlukan, si Nenek Tua ini cakap, cicitnya perlukan jamban.

SEPULUH TAHUN KEMUDIAN.

Kali ini kami ke sebuah kampung di pedalaman Selama, Perak. Tak sangka, kali ini kami dipertemukan semula dengan kisah yang hampir serupa – rumah tanpa bilik air dan jamban. Kita semua ini (termasuk penulis) suka bersembang politik tinggi-tinggi, tapi ada saudara kita nun jauh di pedalaman sana, bilik air dan jamban pun tak ada lagi.

(Makcik Zawiyah bertongkat kerusi, yang sudah 4 tahun kematian suami – tinggal bersama 2 orang anaknya, perempuan 16 tahun berbaju oren di belakang beliau, dan lelaki 14 tahun)

Anak lelakinya tiada di rumah, kata Makcik Zawiyah kerana segan dengan kedatangan kami.

Makcik Zawiyah membesarkan anak-anaknya ini dengan bergantung kepada wang bantuan JKM RM200 sebulan. Dalam keadaan beliau yang hampir lumpuh, berdiri dan berjalan terketar-ketar ini, apalah yang mampu beliau lakukan untuk mencari rezeki lebih buat anak-anaknya.

Kerana itu barangkali, dalam keadaan kemiskinan dan perit hidup yang mencengkam, anaknya yang berusia 14 tahun, yang sepatutnya berada di bangku sekolah, sekarang ini sudah tidak bersekolah lagi. Alasannya, untuk menjaga si ibunya yang sakit. TERKANDAS LAGI ANAK BANGSAKU!!

Yang sedihnya, seperti yang saya tulis tadi, di rumah ini tiada bilik air dan tiada jamban.

(Rumah peninggalan arwah suami – tanpa bilik air dan kemudahan tandas)

Lihatlah tong biru dalam gambar di atas – digunakan sebagai tadahan air hujan untuk kegunaan harian. Bila saya tanya tanpa jamban macam mana nak “melepas”?. Puan Zawiyah cakap, “mana-manalah”.

Maksudnya, di sekeliling rumah tersebutlah mereka jadikan tandas; kesian kat anak-anak beliau, terutamanya si perempuan yang sedang menjangkau usia remaja itu – waktu kecik kecik dulu ok lah nak melepas di mana pun tak berapa segan sangat, tapi bila dah masuk menengah, tentunya isu tandas ini menjadi keutamaan di minda mereka.

(Makcik Zawiyah terketar-ketar berdiri, menerima sumbangan drpd wakil WARGAKILANG)


(Walaupun bertimbun-timbun barang2 keperluan harian yang diberikan, tapi saya dapat merasakan ada keperluan lain yang lebih penting sedang berlegar di kotak pemikiran Puan Zawiyah)

Mungkin dia nak kata, kalaulah mereka yang ramai-ramai yang datang hari ini boleh buat sebuah bilik air/tandas untuk anak-anak aku, alangkah bagusnya!

Bagi kita, TANDAS dan JAMBAN ini adalah perkara biasa – kita selalu take for granted. Kalau sumbat di tingkat atas, ada satu lagi di tingkat bawah. Kadang-kadang ada yg rumahnya ada bilik jamban lebih banyak daripada jumlah ahli keluarganya. Tapi, bagi keluarga ini, kalau ada orang boleh tolong buat bilik air dan TANDAS, maka ianya adalah sesuatu yang amat-amat dihargai.

Sekembalinya kami dari JJMK di Selama Perak ini, antara yang dibincangkan sesama kami ialah bagaimana nak membantu keluarga ini dapatkan sebuah bilik air dan tandas yang sempurna?

Oleh kerana NGO Wargakilang kami ini hanyalah bersifat sebagai posmen tukang tunjuk jalan dan tak punya infrastruktur dan sebuah biro khusus untuk mengutip dana, kami pun tak berapa pasti apa tindakan seterusnya – sehinggalah saya menerima SMS malam tadi dari seorang sahabat (drpd NGO lain) yang turut serta.

Beliau menulis:

“Boleh bagi info makcik bertongkat yang duk kat kampung gua petai? Paksi Kerian cadang nak buat Dana buat bilik air n tandas untuk keluarga ini”

Bagaikan kata pepatah, KECIL TAPAK TANGAN – NYIRU KAMI TADAHKAN, terus saya reply SMS beliau dengan maklumat yang diminta.

(Sdra Shamsul Azman Ahmad, Setiausaha NGO Paksi Kerian Perak, berbaju biru sedang menyampaikan sumbangan kpd salah seorang penerima)

Terima kasih sdra Shamsul a.k.a Joe Penang, moga rahmat Allah bersama tuan hamba. Kalau ada kawan-kawan yang nak bantu beliau, bolehlah hubungi beliau direct di FBnya, @Joe Penang.

Atas sebarang bantuan, kami di Wargakilang mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga. Moga kerja buat kita ini ada ganjaranNYA di SANA kelak, di hari yang tiada lain yang mampu membantu kita melainkan kerja buat kita yang baik sewaktu di dunia ini. Insyaallah.

Sekian.

moniermatdin@yahoo.com
22.5.13
http://www.moniermatdin.blogspot.com
http://www.facebook.com/wargakilang



UPDATE 22.6.13 (SEBULAN KEMUDIAN)

Alhamdulillah dengan berkat kesungguhan dan keikhlasan kerja buat rakan-rakan di Wargakilang dan sahabat-sahabat yang berkenaan; dengan dikepalai oleh sdra Joe Penang dan dibantu oleh sdra Satar, Aznee dan juga seorang sahabat FB WK bernama Pakcik Jey; sebuah TANDAS dan BILIK AIR yang agak sempurna untuk keluarga Puan Zawiyah berjaya dibina dalam tempoh tak sampai sebulan.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sewaktu team AJK Wargakilang kembali ke rumah Puan Zawiyah ini untuk melakukan tinjauan. (Kami pi waktu malam, lepas balik kerja kilang).


(Bilik Air/Tandas Baru:  Pandangan Luar)


(Bilik Air/Tandas Baru: Pandangan Dalam)

(Sdra Satar sedang meneliti Kolah baru bilik mandi rumah Pn Zawiyah)


(TANDAS baru rumah Pn Zawiyah - sesuatu yang kita semua selalu take for granted)


Kami di NGO Wargakilang, mewakili Pn Zawiyah dan anak-anaknya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang membantu. Moga ada kebaikan dan ganjaranNYA buat kita semua. Terima Kasih.

No comments: