Dalam banyak-banyak tahun, saya merasakan tahun 2016 adalah tahun yang paling memeritkan buat kaum keluarga penoreh getah.
Dalam sejarah hidup saya sebagai anak penoreh getah yang dilahirkan di daerah yang sinonim dgn getah dan isu kemiskinan, Baling Kedah ini, di tahun 2016 inilah saya melihat para penoreh getah khususnya di daerah kelahiran saya ini berada dalam keadaan tertekan sekali, sebab utamanya adalah kerana harga getah yang tidak berpihak kepada mereka, hasil getah yang bergantung kepada cuaca, di musim hujan tak boleh menoreh dan bila musim panas terik seperti El Nino di awal tahun 2016 ini pula susu amat berkurang.
Sementelah pula kos sara hidup yang meningkat, harga barang naik sedangkan hasil getah tidak sepadan. Kemuncaknya di penghujung bulan Feb dan awal Mac 2016, saya melihat warga penoreh di daerah kelahiran saya ini tertekan ke dinding dan mereka tiada pilihan melainkan terpaksa turun ke jalan raya mengangkat sepanduk berdemontrasi yang mengingatkan semua orang tentang Mogok Baling di tahun 1970an dahulu, kes yang sama - isu harga getah.
(Keratan akhbar kisah Demonstrasi Rakyat Baling di Masjid Tembak)
Tidak membenarkan diri ini dibuai dengan sentiment demo yang mungkin disalah anggap oleh sesetengah orang sebagai punya agenda politik, saya pohon bantuan rakan-rakan saya di NGO Wargakilang untuk menggembeling tenaga bersama rakan-rakan yang simpati untuk turun sendiri ke daerah Baling menghulur bantuan apa yang mampu.
Hasilnya, dengan bantuan kawan-kawan khususnya rakan-rakan FB, seorang sedikit lama-lama jadi bukit, kami berjaya mengumpulkan kurang lebih 5 Tan BERAS untuk dibawa ke sini.
(Kurang lebih sebulan selepas DEMO, kami menjejak kaki ke Masjid Tembak)
(35 buah konvoi kenderaan pelbagai jenis menurunkan lebih 3 Tan BERAS di Masjid ini)
(Rakan-rakan drpd pelbagai kumpulan NGO dan individu yang turut serta bergotong royong menghulur BERAS)
(Lebih 3 Tan BERAS diturunkan di sini)
Mengikut kata Tuan Imam (berjubah putih), terdapat kira-kira 1000 penduduk di kariah ini, BERAS 3 TAN (300 kampit) itu terpaksalah diagih-agihkan kepada 300 orang yang terpilih dahulu, yang lain insyaallah jika ada rezeki drpd penyumbang yang lain nanti, adalah habuan untuk mereka.
Saya pun tak tau nak kata apa, kami cuma bawa lebih kurang 5 TAN, selepas diturunkan 3 TAN di Masjid ini kami nak kena hantar ke dua buah kampong yang lain pula nanti, Tak apalah mudah-mudahan ada rezeki sumbangan group yang lain nanti.
Sebut pasal group, waktu tengah duk jadi MC Pengacara Majlis mengendalikan program sumbangan ini, baru saya terperasan bahawa yang turut hadir dalam 35 buah konvoi kami itu bukan semuanya rakan-rakan saya drpd NGO Wargakilang, tetapi turut serta bersama-sama kami bawa 5 Tan BERAS itu adalah kwn2 drpd pelbagai group, persatuan dan juga individu2 perseorangan.
(Sdra Syafiq baju PUTIH BIRU, group HHCS Amal non-partisan dari Perai, Pulau Pinang)
(Sdra Tat baju HIJAU, group ARC, team amal dari kawasan parlimen Padang Serai, Kedah yang saya difahamkan melalui aktiviti2 mereka pro sebuah parti politik yang sama warna dengan baju mereka)
(Cik Shima, group PEMBELA sebuah NGO yang aktif membantu golongan asnaf dari kawasan Parlimen Merbok, Sungai Petani yang saya difahamkan drpd Facebook mereka pro sebuah parti politik yang sama warna dengan warna baju mereka)
Sengaja saya tulis, nak habag kata yang turun bantu warga penoreh di daerah Baling ini semua ada, tak kira hang orang atas pagar, orang parti X parti Y dan sebagainya. Masing2 turun mai atas dasar kebajikan dan atas dasar persaudaraan dan tanggungjawab untuk membantu sesama kita.
(Turut bersama-sama kami juga dalah Team SURAU drpd Surau Arrahman (SAR), Tmn Tiram Bayan Lepas, Pulau Pinang melalui Tok Bilal mereka, sdra AJ Johan, T-Shirt Biru)
(Ada juga individu perseorangan seperti sdra Zul, Tauke HQ Restoren Kulim Hitech Park, Kulim Kedah yang turun mai bawa keta pick up dia fully loaded dengan 700 kg BERAS sumbangan peribadi. Mudah-mudahan bisness restoren saudara kita ini bertambah maju)
(Yang dukung anak itu pula adalah sdra Farid dari Jitra, Kedah seorang bisnessman supply Wallpaper. Dia habag kat saya bermula bulan Feb hari tu dia dah niat setiap roll wallpaper yang dia dapat jual, dia akan allocate sekampit beras untuk orang susah. Hari ini dia berjaya kumpulkan 640 kg BERAS hasil jualan wallpaper beliau itu untuk program ini. Mudah-mudahan lebih ramai lagi bisnessmen seperti sdra Farid ini)
(Sdra Wan baju hijau, mewakili rakan-rakan beliau staff Bank Islam Seberang Jaya turut sama bawa sumbangan untuk warga penoreh di daerah Baling)
(Puan Neesa, mai jauh dari KL bersama suaminya untuk bersama2 membantu orang2 Tembak ini)
(Miss Audrey, non Muslim drpd group Masz & Co juga ikut sekali)
Nak habag kata satu Malaysia dah tahu tentang isu penoreh getah ini, mudah-mudahan dapat menjadi iktibar buat semua.
(Last sekali, Tn Hj Hisham mewakili kami di NGO Wargakilang menyampaikan sumbangan)
(Dalam ucapan ringkas, ucapan penutup - saya cuba menyampaikan mesej kepada org2 kampong khususnya para penoreh getah ini bahawa jangan gusar kerana sesungguhnya di luar sana ada yang masih mengambil berat dan prihatin tentang untung nasib mereka - There are those who care !!)
Kami Datang Ini Kerana Kami Care.
(Mudah-mudahan mesej itu sampai kepada mereka)
(Seorang penerima tersandar di sisi BERAS sambil meneguk air mineral yang kami bawa, panas terik sangat di luar sana !!)
(Sebahagian beras-beras sumbangan)
(Sebahagian drpd 300 orang penerima yang hadir di majlis ini)
(DOA oleh Tuan Imam di hujung majlis, moga menjadi kebaikan buat semua terutama kepada rakan-rakan yang tak serik-serik menyumbang kepada program kami ini)
(Saya tak pasti mana satu drpd para peserta demo ini yang turut hadir dlm majlis kami ini, tapi adalah dirasakan majority yang turun berdemo itu ada bersama-sama kami. Alhamdulillah, tak sia-sia mereka turun ke jalanraya mengangkat sepanduk, ada juga pihak yang mendengar)
(Kami di NGO Wargakilang selaku penganjur progam sumbangan 3 TAN Beras di Masjid Tembak ini mampu menarik nafas lega. Alhamdulillaah dapat juga kami bantu warga penoreh ini walaupun hanya sekedar seorang sekampit BERAS 10 kg cuma)
Pakcik Osman antara yang sempat saya interview, baru-baru ini jual getah sekerap dapat RM47 untuk seminggu menoreh, atau pun RM47 x 4 = RM188 SEBULAN !!
Sebulan menoreh dapat RM188, tak tau nak kata pa !!
Tak perlu nak menuding jari kepada sapa-sapa.
Isu Penoreh Getah di Baling, Kedah dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya ini dah jadi macam Kisah Banjir Besar di Kelantan hari itu; ianya dah jadi macam kawasan Disaster kawasan Bencana Alam, tak usah nak salahkan sapa-sapa, ada masa mai lah sendiri bawa barang2 sumbangan,bantu mereka ini.
After all, mereka semua ini adalah saudara-saudara kita.
Terima kasih kepada semua yang turut serta dan yang terlibat dalam menjayakan konvoi kami ini.
Moga mendapat redha Allah.
Jasa kalian dikenang.
Tkasih
30.3.16
4 comments:
Barakallah fiik
blog nie dah tak aktif dah kaa?? nak tau jugak aktiviti terkini warga kilang dan misi bantuan terbaru...
Post a Comment